Sebuah persatuan bebas telah ditubuhkan oleh lebih 100 peruncit dalam industri teknologi maklumat (IT). Tujuan penubuhan ini adalah untuk menyelamat dan menjaga hak mereka sebagai peruncit IT.

Dalam forum yang bertajuk, “Kelangsungan Hidup Peruncit IT” yang dianjurkan oleh Pengarah Urusan 1 Utopia Bhd iaitu Chin Boon Long, golongan peruncit ini telah menandatangani petisyen sebagai signal persetujuan kerjasama.
Persatuan bebas ini dikenali sebagai satu entiti asing yang berbeza daripada Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM). Antara penyelesaian yang mereka mahukan adalah:
- Mengurangkan komitmen stok yang tidak realistik.
- Meningkatkan margin keuntungan.
- Pengurangan bilangan pameran dagangan (dari 9 pameran setahun menjadi 3 pameran sahaja setahun).
Isu ini diambil serius oleh pengarah eksekutif PIKOM iaitu Ong Kian Yiew, dan beliau akan membentangkan setiap isu di dalam majlis yang akan diadakan dalam masa dua minggu dari sekarang.
Komen (1)