15 Ayat Jualan Yang Menarik Perhatian

January 12, 2015 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Pemasaran / Strategi Online & Offline

Biasa kedengaran, biasa juga orang menyebutnya apabila menjual. Semuanya disebutkan semata-mata menarik perhatian dan minat orang ramai untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan.

Orang beratur

 

Biarlah apa juga produk yang ditawarkan, penting ada ayat tertentu yang memberikan satu kuasa yang hebat pada penawaran. Barulah bakal pembeli akan merasa WOW menambahkan keyakinan untuk terus mempercayai apa yang di perkatakan.

Ayat-ayat yang selalu diperkatakan adalah,

  1. Mencetuskan satu fenomena
  2. Cukup luar biasa
  3. Satu produk bagi penyelesaian semua masalah
  4. Semua pengguna jatuh hati
  5. Testimoni yang ada amat teruja
  6. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya
  7. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal pasti cari lagi
  8. Harga mampu milik
  9. Kalau tak percaya, takkan saya perkatakan
  10. Untuk hari ini sahaja harga sebegini ditawarkan
  11. Kalau tidak di pecah ruyungnya manakan dapat sagunya
  12. Produk hebat kegilaan orang ramai
  13. Ini sahaja stok yang ada, dapatkan segera
  14. Yang lain bukan tak bagus tapi ini yang terbaik
  15. Jangan ikut kata hati tapi ikut permintaan orang ramai

Kalau nak tiru dengan ayat-ayat yang dinyatakan dipersilakan. Gunakan sebaik mungkin, asalkan jangan menipu. Besar pula dosanya pula sebagaimana firman Allah yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah: 42)

Gunakan sebaik mungkin.

 Kredit: Jankolas


Tags: , ,

Komen (9)

  1. Betul tu tuan, yang penting jangan menipu macam ayat “Untuk hari ini sahaja harga sebegini ditawarkan”. Esok lusa pun harga sama juga. Tawaran sama juga. Menipu ni dosa. Bimbang rezeki yang dapat tak berkat.

  2. “Yang lain bukan tak bagus tapi ini yang terbaik”

    – setuju..jangan kutuk produk orang, tapi ceritakan kelebihan produk kita berbanding yang lain. Dato’ Fadzilah Kamsah pun ada pesan perkara yang sama 🙂

  3. Perniagaan diibaratkan sebagai medan menyebarkan dakwah. Dan dakwah paling utama dalam berniaga ialah menunjukkan akhlak mulia ketika menjalankan aktiviti jualbeli mahupun pemasaran.

    Salah satunya ialah benar dalam penyampaian maklumat berkaitan dengan tawaran yang diberikan. Kata-kata sangat penting untuk dipenuhi.

    Sekali menipu pembeli,mungkin kita akan hilang kepercayaan dari mereka.

Pendapat anda?