2 Strategi Beli Rumah Pelaburan dan Untung Berganda

June 06, 2012 — Penulis:

Kategori: Hartanah

“Mahu beli atau tidak?”

Satu persoalan yang sering membuatkan seseorang itu buntu apabila ingin membuat keputusan, lebih-lebih lagi untuk pembelian rumah pelaburan pertama mereka.

Jika rumah untuk didiami ianya tidaklah sebegitu sukar kerana seseorang itu hanya perlu memikirkan tentang kemampuan untuk membayar hutang bank dan juga lokasi rumah yang ingin dibeli.

strategi-beli-rumah-pelaburan-dan-untung-berganda-1

Namun bagi senario pembelian rumah pelaburan, ianya agak berbeza kerana selain daripada lokasi, bantuan kalkulator amat diperlukan bagi mengira sama ada rumah yang dibeli bakal menjanjikan pulangan yang lumayan atau pun tidak.

Bagi saya yang bermatlamatkan pendapatan pasif dari pelaburan hartanah yang saya beli, kebiasaannya 2 perkara asas berikut akan diberikan perhatian sebelum sesebuah rumah itu saya beli.

Kerana ianya menjadi formula asas di dalam memastikan sama ada ianya berbaloi untuk dijadikan rumah pelaburan atau tidak.

2 perkara asas yang saya maksudkan itu ialah:

Harga Rumah Di Bawah Nilai Pasaran Semasa

Harga rumah memainkan peranan terpenting bagi saya sebelum membuat keputusan.

Kebiasaannya, saya akan pastikan harga rumah yang ingin dibeli itu berada sekurang-kurangnya 20% hingga 30% di bawah nilai pasaran semasa di kawasan tersebut.

Ini bagi memudahkan saya memperolehi ‘keuntungan semasa pembelian’ yang membawa maksud keuntungan sebenar telah pun diketahui, semasa rumah itu dibeli lagi tanpa perlu menunggu ianya dijual semula.

Ambil contoh berikut untuk mencerahkan lagi maksud yang saya cuba sampaikan:

Harga beli: RM100,000.

Nilai pasaran: RM130,000.

Keuntungan semasa pembelian : RM130,000 – RM100,000 = RM30,000

Semasa rumah ini dibeli sahaja saya sudah mengetahui yang saya telah pun meraih keuntungan ‘upfront’ sebanyak RM30,000.

Tanpa perlu harga jualan semula dan diandaikan yang harga rumah tersebut meningkat sebanyak 20% pada masa hadapan, sudah tentu keuntungan yang bakal diperolehi akan menjadi lebih banyak dan berbaloi.

Di mana semuanya oleh kerana membeli pada harga sebelumnya yang rendah.

Kadar Sewa Hasilkan Aliran Tunai Positif

Perkara kedua yang akan saya pastikan sebelum pembelian dibuat adalah lebihan sewa yang akan saya perolehi.

Bagi seorang yang bermatlamatkan pendapatan pasif dari sewa rumah, lebihan sewa merupakan antara penilaian asas sebelum pembelian dilakukan.

strategi-beli-rumah-pelaburan-dan-untung-berganda

Aliran tunai positif di sini membawa maksud kadar sewa yang diperolehi perlulah menjana lebihan wang bagi saya selepas ditolak segala macam bayaran seperti installment bank, yuran penyelenggaraan, cukai taksiran dan sebagainya.

Lebihan inilah yang selalu diertikan sebagai pendapatan pasif di mana saya akan pasti menerimanya setiap bulan selama mana si penyewa melunaskan bayaran sewa seperti yang dijanjikan.

Ya, tidaklah sesukar mana sebenarnya untuk membuat keputusan pembelian rumah pelaburan.

Apa yang anda perlu lakukan hanya memastikan kedua-dua perkara asas ini mencapai matlamat pembelian anda, dan saya pasti sekiranya 2 poin tersebut anda ikuti, insyaallah ianya bakal menjanjikan pulangan yang lumayan untuk anda di masa akan datang.

Kredit gambar dari Flickr: ( Images_of_MoneyJorge Lascar)


Tags: , ,

Komen (3)

  1. Isi penting yang paling penting dalam pelaburan hartanah untuk bermatlamat dapat pasif income…
    Tapi kalau nak main flipping lain cerita la..

Leave a Reply to Azydy Batal (Cancel)