3 Asas Penting SEO – Dominasi Enjin Carian

March 02, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Bergantung pada teknik pemasaran Internet yang memerlukan kerahan tenaga selama 24 jam adalah satu aktiviti yang berisiko.

Permasaran Internet Berkesan

Contohnya, pemasaran Facebook. Apabila laman Facebook sudah ditutup, maka kita akan kehilangan sumber trafik ke laman web.

Situasi ini yang menyebabkan beberapa bisnes Internet yang baru berkecimpung boleh hancur dalam jangka masa tertentu.

Untuk mengatasi situasi ini, adalah penting untuk para usahawan dan bakal usahawan Internet memahami pemasaran yang berkemampuan untuk memberikan pelanggan tanpa henti.

Iaitu pemasaran SEO.

SEO adalah akronim kepada perkataan:

  • (S) – Search.
  • (E) – Engine.
  • (O) – Optimization.

Yang membawa maksud pada strategi optimasi laman web, untuk meletakkan laman web kita dalam kedudukan tertinggi enjin carian, apabila pengguna enjin carian melakukan carian menerusi Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

300 Juta Prospek Menanti Anda

Setiap hari, Google menganggarkan 300 juta pengguna Internet di seluruh dunia menggunakan servis mereka untuk mencari maklumat.

300 Juta Pelanggan Menanti Anda

Sebagai contoh, pengguna Internet yang mahu mencari produk pelangsingan badan berkemungkinan besar akan menaip kata kunci ‘produk langsingkan badan’ pada ruangan carian Google.

Dari situ, mereka akan menjumpai ribuan laman web yang akan memaparkan maklumat berkaitan dengan kata kunci yang ditaip.

Bagi laman web yang berada pada kedudukan nombor satu, peluang untuk mereka memperoleh jualan adalah lebih tinggi.

Kerana bagi pengguna Internet, laman web yang berada pada kedudukan tertinggi enjin carian mempunyai kualiti maklumat yang tinggi, dan dijamin dapat memenuhi keperluan mereka.

Ini adalah kuasa enjin carian.

Bayangkan, mulai hari ini, apabila pengguna Internet menaip kata kunci yang berkaitan dengan produk kita, laman web kita yang akan berada dalam kedudukan tertinggi (top 10) enjin carian.

Ini yang menjadikan perniagaan Internet seseorang itu tidak berhenti menerima pelanggan-pelanggan baru.

Lebih menggembirakan, pemasaran ini akan terus berlaku tanpa memerlukan kerahan tenaga daripada kita.

Jadi, apakah asas-asas untuk menguasai enjin carian?

Apakah strategi SEO yang perlu usahawan Internet gunakan hari ini?

3 Asas SEO Untuk Dominasi Enjin Carian

Umumnya, enjin carian seperti Google memberikan kelebihan kepada laman web yang menepati ciri asas optimasi seperti:

  1. Domain.
  2. Title tags.
  3. Description tags.

#1 – Domain

Gunakan nama domain yang mempunyai kata kunci produk. Sebagai contoh, jika kita menjual tudung Aidijuma, nama domain yang terbaik untuk mendapat kedudukan tertinggi dalam enjin carian adalah seperti berikut:

  1. www.tudungaidijuma.com.
  2. www.selendangaidijuma.com.
  3. www.aidijumatudung.com.

Semakin ia berkaitan dengan kata kunci, semakin mudah untuk kita mendominasi enjin carian.

Mengenai penggunaan extension .com, .net dan sebagainya. Berikut adalah kajian daripada pakar-pakar SEO mengenai susunan domain extension yang sesuai:

  1. (.com).
  2. (.org).
  3. (.net).

Bagi penggunaan domain dalam negara seperti (.com.my), atau (.my), ia hanya sesuai sekiranya produk kita hanya tertumpu pada pasaran dalam negara sahaja.

#2 – Title Tags

Penggunaan tajuk laman web amat penting bagi memastikan enjin carian mengetahui tujuan laman web kita ditubuhkan.

Rahsia Pemasaran SEO - Fungsi Title Tags

Kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik laman web adalah tidak mengoptimasikan Title Tags dengan betul. Ini yang menyebabkan laman web mereka menerima kesan yang negatif terhadap SEO.

Justeru itu, apabila menulis Title Tags, masukkan kata kunci yang berkaitan dengan produk kita.

Sebagai contoh, Majalah Niaga menggunakan Title Tags ‘Majalah Niaga – Sumber Informasi Usahawan‘ kerana kata kunci yang kami sasarkan adalah usahawan.

Memandangkan pemasaran SEO di Malaysia tidak begitu kompetitif, apa sahaja carian yang berkaitan dengan kata kunci ‘usahawan’, mereka pasti akan jumpa laman web Majalah Niaga.

#3 – Guna CMS (Content Management System)

Antara cara yang paling mudah untuk kita mengoptimasikan laman web dengan SEO adalah menerusi CMS (Content Management System).

CMS adalah aplikasi yang memudahkan pembinaan dan pengstrukturan laman web. Antara CMS yang biasa digunakan oleh rakyat tempatan adalah Joomla dan WordPress.

Penggunaan CMS ini dapat memudahkan kita untuk melakukan optimasi tanpa perlu belajar kod-kod pengaturcaraan web.

Oleh yang demikian, sinergikan laman web kita dengan CMS yang dipandang tinggi oleh enjin carian. Berdasarkan pengalaman kami, WordPress adalah CMS yang terbaik untuk Search Engine Optimization.

Dapatkan 7 Rahsia Dominasi Enjin Carian – PERCUMA

Tim Majalah Niaga baru sahaja selesai menerbitkan laporan terbaru berkaitan dengan industri perniagaan Internet. Laporan ini berjudul ‘7 Rahsia Dominasi Enjin Carian Dengan SEO’.

Ia adalah laporan yang akan menunjukkan kepada anda, tentang kaedah-kaedah untuk meletakkan laman web di tangga pertama enjin carian.

Tanpa perlu menghabiskan wang untuk membayar servis SEO.

>> Download Laporan ‘Rahsia SEO’ (Klik Di Sini) <<

Muat turun sekarang, baca, praktik dan kongsikan kepada kami tentang pengalaman anda selepas membaca laporan eksklusif ini menerusi ruangan komen di bawah.

Atau tulis satu ulasan eksklusif tentang laporan ini di blog anda.

Kredit: Ema Studios, H.L Tam


Tags: , , , , , , ,

Komen (7)

  1. rasanya ada tertinggal satu psl Description Tags tu. boleh terangkan dgn detail lagi. tq 🙂

Pendapat anda?