3 Dosa Besar Pelaburan Hartanah – Rugi, Lebur, Kecewa

September 19, 2012 — Penulis:

Kategori: Hartanah / Pelaburan

Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca setia Majalah Niaga. Sebelum ini saya telah memuatkan artikel yang berjudul beli rumah tanpa modal, dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca Majalah Niaga kerana sangat teruja dengan artikel tersebut.

Saya juga mendapat e-mel dan soalan-soalan tentangnya.

3-dosa-besar-pelaburan-hartanah

Saya sekali lagi ingin berkongsi dengan anda kesilapan-kesilapan yang dilakukan apabila kita hendak membeli rumah. Perkara ini selalu terjadi kepada pembeli-pembeli baru yang sedang mencari rumah idaman mereka

3 Dosa Besar Pelaburan Hartanah

Antara 3 kesilapan yang sering pembeli baru lakukan ketika nak beli rumah ialah:-

#1 – Cepat Jatuh Cinta – Tanpa Menilai Kemampuan

Apabila dilamun cinta memang susah hendak melupakannya. Kita akan membayangkan betapa syoknya dapat duduk rumah baru dengan perabot-perabot dan hiasan dalaman yang cantik.

Kita akan membayangkan sesuatu yang tidak pasti di luar kemampuan kita. Seelok-eloknya lebih baik kita terus mencari rumah yang mampu kita miliki mengikut kemampuan kita.

Sebaik-baiknya cari rumah yang paling murah dan kalau kita tak puas hati, kita naikkan sikit harga rumah yang kita cari tersebut. Dengan ini, kita akan lebih berhati-hati dalam mencari harga rumah yang sesuai dengan keadaan ekonomi kita waktu itu.

Kemudian, jika sudah mampu bolehlah berangan lagi dan pada masa itu kita dah bersedia dan mampu memiliki rumah idaman mengikut kehendak kita.

#2 – Ikut Perasaan Syok Sendiri

Kita sering mengikut perasaan dan beranggapan itulah rumah yang kita idam-idamkan selama ini. Kita berpendapat yang selepas ini tiada lagi rumah yang lebih baik akan kita jumpa untuk dijadikan milik kita.

Jangan terjebak dengan perasaan tersebut kerana tidak semua rumah yang kita temui dan lihat sempurna sepenuhnya. Ada lagi rumah yang lain kat luar sana yang mungkin lebih baik pada masa akan datang.

Ketika ini mungkin itu sahaja projek atau rumah yang cantik dari segi kaca mata anda. Saya belajar daripada pengalaman ayah saya yang membeli rumah, dan pada ketika itu tidak banyak pilihan.

Kemudian ayah saya mahu atau tidak mesti juga beli atas faktor umur (dari segi pinjaman dan tahun meminjam). Setahun selepas itu banyak projek baru yang lebih baik.

Jadi berhati-hati  dalam memilih rumah dan sebaik-baiknya elakkan daripada tergesa-gesa mencari rumah impian anda.

#3 – Cepat Angkat Bendera Putih

Kita sudah menghabiskan banyak waktu mencari dan melihat rumah contoh yang ingin kita miliki. Namun, harga rumah yang kita impikan dan suka tersebut sangat mahal. Keadaan kewangan kita pula tidak mengizinkan.

Jadi kita patah semangat untuk mencari dan berusaha lagi. Waktu kita patah semangat itulah kadang-kadang kita beli rumah yang mungkin kita tidak suka.

Anda mesti cuba elakkan daripada keadaan macam ini. Sebab ada kemungkinan, kita tidak akan duduk lama dan akan mencari rumah lain. Kalau kena dengan lokasi, rumah kita akan naik nilai tetapi kalau tidak kena cara, kita yang akan mengalami kerugian.

Jangan buat keputusan ketika kita sedang kecewa dan berputus asa. Kadang-kadang keputusan yang kita buat ketika itu kurang bijak.

Jadi ketiga-tiga kesilapan ini mesti dielakkan setiap kali kita nak beli rumah. Ini kerana kita akan banyak membazirkan wang dan masa jika kita seringkali membuat kesilapan demi kesilapan.

9 Cara Cegah Dosa Besar Pelaburan Hartanah

Melalui tiga kesilapan ini saya juga ingin berkongsi saranan dan tip bagaimana hendak mengatasinya, Maka saya ingin berikan pembaca Majalah Niaga 9 tip untuk anda mengubah kesalahan kepada perkara yang lebih baik untuk masa dan wang anda.

Berikut adalah tip ringkas daripada saya:

  1. Simpan dan gandakan wang anda.
  2. Beli rumah dengan harga yang murah.
  3. Anda mesti peruntukkan satu perempat daripada gaji (1/4 Gaji) untuk membayar pinjaman rumah anda.
  4. Kawal emosi dan perasaan kita.
  5. Mesti ada projek baru yang lebih baik untuk kita.
  6. Peruntukkan masa membaca dan menambah ilmu tentang hartanah.
  7. Jangan cepat putus asa kawan! Cari lagi rumah idaman anda.
  8. Elak beli rumah waktu tengah putus asa. Berikan masa dan tempoh untuk anda bertenang.
  9. Gunakan wang anda sebaik-baiknya daripada membeli rumah yang kurang memuaskan.

Saya harap pembaca berpuas hati dengan 3 kesalahan dan 9 tip untuk mengatasi kesilapan tersebut. Sehingga bertemu lagi di lain artikel. Selamat maju jaya.

Kredit gambar dari Flickr: (mateoutah, fuzzysaurus)


Tags: , , ,

Komen (1)

  1. Salam.sy berminat utk beli apt utk dsewakan. Harga rumah tersebut 185k below market price. Sewa dsana around 800. Ansurans yg sy perlu byr pd bank juga around 800.soalan sy adkh berbaloi sy beli memandgkan hrpn sy sbnrny utk mndpt lebihan income drpd duit sewa itu. Sy bhrp sgt en dpt bg tnjuk ajr pd sy

Pendapat anda?