3 Kaedah Tetapkan Gaji Pemilik Bisnes

December 27, 2013 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Konvensional / Perniagaan

Siapa yang menyangka, dengan bermodalkan gaji bulanan, Jason Bussanich mampu membuka pusat kiropraktik, Westlake Chiropractic di Lake Oswego, Ore sementara isterinya pula Kyra, membuka sebuah kedai kek bebas-gluten – Crave Bake Shop.

Mereka bekerja keras dan konsisten dalam menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal yang diperoleh setiap bulan, iaitu gaji mereka.

“Dua tahun yang pertama saya memulakan perniagaan ini, saya langsung tidak mengambil walau sesen duit hasil keuntungan perniagaan yang dijalankan”, kata Kyra. “Malah sehingga kini, saya sekiranya saya mengambil sejumlah wang daripada hasil perniagaan, ia tidak lebih bertujuan untuk membayar bil-bil utiliti.”

Gaji1

Menurut akauntan Kyra, beliau boleh saja mengambil lebih, malah jika beliau mahu, keseluruhan jumlah keuntungan. Namun, Kyra lebih cenderung melakukan pelaburan semula untuk perniagaan beliau.

Perkara yang sama berlaku kepada Jason. “Saya akan rasa bersalah sekiranya saya tidak menambah aliran tunai dalam perniagaan saya,” kata Jason.

Beliau menambah, “Saya kini dalam tahun kedua menjalankan perniagaan ini, namun gaji yang saya beri kepada diri sendiri lebih rendah berbanding gaji yang saya berikan kepada pekerja-pekerja saya. Dengan cara ini, saya menggunakan wang keuntungan untuk membeli peralatan kiropraktik yang baru.”

Daripada dua situasi di atas, ada dua perkara yang boleh disimpulkan. Pertama, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan wang yang diperoleh syarikat untuk memenuhi keperluan asas harian.

Kedua, keuntungan syarikat boleh terus disimpan atau lakukan pelaburan semula untuk keuntungan atau perolehan jangka panjang.

Gaji Untuk Modal

Tiada pendapat yang salah mahupun betul. Walau bagaimanapun, ada tiga (3) kaedah untuk melakukan kedua-dua di atas—simpan duit untuk jangka panjang, dalam masa yang sama kembangkan bisnes anda daripada aliran tunai yang sama.

1. Bayar Jumlah yang Layak Anda Terima

Di internet, hampir apa sahaja maklumat boleh diperoleh dengan mudah. Manfaatkan laman sesawang seperti salary.com atau glassdoor.com untuk belajar cara menetapkan gaji diri sendiri.

Ramai lagi di luar sana yang mendiami bumi milik Allah yang luas ini mempunyai persamaan jawatan, jenis perniagaan mahupun kerjaya dengan anda. Contohi, perbaiki (jika perlu) dan aplikasikan kaedah menggaji diri sendiri yang diguna mereka.

Beri gaji yang selayaknya anda terima. Anda mungkin bos di perusahaan yang anda jalankan, tetapi sekiranya anda hanya duduk di dalam bilik berpendingin hawa, melayari internet sepanjang masa, tidak melakukan kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal, gaji yang layak buat anda ialah RM1,000 (sekadar contoh).

Gaji Pemilik Bisnes

Contohi Amanda K. Larrinaga, usahawan berjaya dari Denver. Beliau menetapkan gaji untuk diri sendiri. Menurut beliau lagi, jika pada satu-satu masa beliau tidak dapat membayar pinjaman atau lain-lain keperluan perniagaan, beliau tidak akan mengambil gaji pada bulan tersebut. Cara ini menyebabkan beliau termotivasi untuk mencari penyelesaian kepada masalah kewangan yang dihadapi syarikat beliau.

2. Jadikan Setiap Bulan Sebagai Bulan Bonus

Kebanyakan pemilik perniagaan membayar gaji untuk diri sendiri dengan apa sahaja yang berbaki di penghujung hari. Baki tersebut di anggap sebagai ‘gaji bonus’ kepada pemilik perusahaan.

“Saya membayar semua perbelanjaan yang berkaitan dengan perniagaan setiap bulan, mengetepikan dana untuk cukai dan kemudian selebihnya barulah diambil sebagai gaji saya, ” kata Debbie Dragon, pemilik bersama Valley View.

Gaji

Tambah beliau, jumlah gaji beliau setiap bulan berbeza kerana keuntungan syarikat juga berbeza setiap bulan. Sebagai pemilik penuh perniagaan dan keuntungan syarikat, adalah tidak wajar anda mengambil gaji untuk diri anda sendiri dengan jumlah yang sama walaupun pada bulan tersebut syarikat tidak mencatatkan keuntungan yang tinggi.

3. Tetapkan Jumlah Minimum Gaji Bulanan Anda

Sekiranya perniagaan anda dalam fasa sedang membangun, pertimbangkan perkara-perkara penting yang perlu dibayar terlebih dahulu. Antara yang perlu diberi fokus adalah seperti:

  • Bayaran sewa bulanan;
  • Kereta;
  • Perbelanjaan keperluan di rumah.

Jumlah wang yang anda ambil daripada keuntungan syarikat anda sendiri untuk membayar perkara-perkara di atas sebenarnya merupakan jumlah gaji anda untuk bulan tersebut!

Sebagai contoh, usahawan suami-isteri seperti yang disebutkan di awal artikel,  berusaha untuk memperoleh pendapatan/keuntungan yang lebih sedikit daripada bulan sebelumnya agar dapat menyediakan keperluan ahli keluarganya.

Baki keseluruhan keuntungan tersebut di jadikan pelaburan semula untuk perusahaan masing-masing. Inilah cara mereka melipat gandakan keuntungan di samping tidak culas memberi gaji minimum pada diri sendiri.

Kaedah-kaedah yang dicadangkan tidaklah sesukar mana, hanya sekiranya anda jujur dalam melaksanakan kaedah-kaedah di atas. Sekiranya struktur perancangan bisnes anda tidak melibatkan sistem pembahagian gaji untuk diri sendiri yang seimbang dengan keuntungan syarikat anda, jelas sekali ia bukan sebuah model bisnes yang realistik.

Sebelum Tim Majalah Niaga ‘tinggalkan’ pembaca hebat sekalian, kami mahu kongsikan trivia ‘Nombor dan Cara Pembahagian Gaji’ untuk panduan anda di masa akan datang. Selamat berhujung minggu!

Penggajian

Nombor dan Gaji

  • Tetapkan jumlah gaji anda berdasarkan pendapatan/keuntungan terendah yang diperoleh syarikat 12 bulan yang lalu.
  • Elakkan sama sekali menetapkan gaji dengan berdasarkan keuntungan tertinggi.
  • Menurut National Federation of Independent Business, peraturan asasnya ialah, pemilik perusahaan sama sekali tidak boleh mengambil 50 peratus daripada keuntungan syarikat untuk diri sendiri.
  • Wujudkan sebuah ‘tabung kecemasan’. Usahawan Jason Bussanich berkongsi idea, “Cubalah untuk meminumkan perbelanjaan syarikat dalam salah satu bulan, sebagai langkah berjaga-jaga.” Beliau tidak akan mengambil gaji sekiranya pada bulan tersebut syarikatnya mengalami sedikit kerugian.

Kredit foto: wc_photographyblassbooksjabberwocky381687519155993740168751915


Tags: , , , ,

Komen (8)

  1. Menarik untuk difikirkan tentang cara mengambil gaji taukeh ini. Yang pastinya tak boleh kesemua keuntungan perniagaan dijadikan jumlah gaji taukeh. Terima kasih atas perkongsian ini.

  2. Sesetengah peniaga mencari pendapatan sendiri tidak mengamalkan konsep Entiti & Untung/Gaji. Apabila ini berlaku peniaga akan lalui saat tdak tahu dimana keuntungan yang mereka peroleh. Oleh itu, penting bg peniaga mempunyai rekod kewangan, perbelanjaan, modal dan yang berkait utk mengelakkan sebarang risiko kerugian. Selamat menyambut Tahun Baru 2014. Semoga Tahun 2014 memberi 1 impak yg lebih dari sebelum ini

  3. memang satu entri yang amat berguna untuk para usahawan. al maklum lah, ramai di antara usahawan-usahawan baru dah dpt keuntungan sikit dah mula berbelanja lebih dan terlupa apa yang lebih penting harus didahulukan dengan keuntungan yang ada. 🙂

    Anwar Abdullah @ Kaio
    Co-founder/Pemandu Pelancong
    http://iluvtour.com

  4. Ya betul. Saya ambil gaji saya pun rm800 sahaja. Sistem enterprise atau milikan tunggal membenarkan kita menggunakan 100% keuntungan hasil niaga utk peribadi kita sendiri tapi sekiranya terjafi krisis gawat atau sewa kedai naik mendadak masa tu akan menimbulkan bebanan yang sangat kuat.

Pendapat anda?