3 Tabiat Buruk Mengurus Wang Peribadi

June 11, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan

Peringkat #1 : Belanja Dahulu, Simpan Kemudian

Kita seringkali dikejutkan dengan ramai graduan yang diisytiharkan muflis ketika mula bekerja. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Apabila menerima gaji bulanan, mereka lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu, dan hanya meninggalkan sebahagian kecil gaji bulanan untuk disimpan.

chart1

Malah yang lebih kronik, mereka memilih kad kredit sebagai jalan mudah untuk berbelanja semata-mata mahu memuaskan nafsu mereka. Yang akhirnya, mereka lemas dalam krisis kewangan yang mereka cipta sendiri.

Ini adalah tabiat buruk yang ramai laksanakan. Kerana tidak kiralah berapa besar pun gaji, kita sehabis daya ingin menghabiskan juga. Bahkan apabila baki akaun tinggal RM100 sekalipun, kita akan tergoda untuk berbelanja terutamanya apabila termakan dengan godaan musim jualan murah.

Solusi

Saya syorkan agar anda menyimpan duit simpanan anda itu di akaun berasingan. Mulakan dengan kadar simpanan kecil, hatta RM50 pun. Mulakan & biasakan dengan tabiat ini, anda bakal punyai simpanan yang meningkat secara berperingkat. Anda akan cenderung untuk lebih berjimat cermat, dan bertindak matang dalam berbelanja.

chart2

Cadangan : Wujudkan akaun untuk tabung penampan anda, sekurang-sekurangnya berjumlah 3 bulan gaji anda.

Peringkat #2 : Simpanan Wang Tidak Digandakan

Apakah agenda seterusnya apabila telah berjaya mewujudkan tabung penampan? Gandakan duit dengan pelaburan. Simpanan dalam tabung penampan hanya mampu berkembang dalam kadar 1-2% setahun, dimana ia tidak akan menandingi krisis inflasi untuk jangka masa panjang.

chart3

Solusi

Peringkat permulaan, saya sarankan agar anda melabur dalam saham amanah. Dalam masa sama, anda tetapkan matlamat dan jangka masa pelaburan anda.

chart4

Pelaburan saham amanah adalah lebih baik untuk jangka masa 3-5 tahun.

Contoh Perbandingan Pelaburan

1) RM100 sebulan selama 30 tahun

  • Simpanan dalam bank (purata 2% setahun) : RM49,310
  • Simpanan dalam saham amanah (Purata 9% setahun) : RM171,734

Mulakan pelaburan anda, selepas anda punyai simpanan 3 bulan gaji anda!

Peringkat #3 : Melabur Tanpa Bekalan Ilmu & Mentor

Ketika anda menyuarakan hasrat untuk melabur, berduyun-duyunlah agen saham amanah, dan agen insurans datang mendekati anda, memujuk dan menggoda untuk melabur bersama mereka.

chart5

Ini situasi biasa. Namun ramai individu membuat  keputusan secara melulu kerana termakan pujuk rayu agen tanpa memahami instrumen pelaburan yang sesuai dengan kehendak dan objektif .

Secara amnya prioriti utama agen adalah mendapat jualan dan meraih komisen, daripada membantu anda memahami lebih dalam risiko sebenar dan tujuan instrument pelaburan tersebut.

Solusi

chart6

Objektif anda mesti mempunyai jangkamasa (3,5, atau 10 tahun) dengan jumlah yang spesifik. Contohnya beli rumah dalam masa 5 tahun sambil mengambil kira anggaran harga, kesan inflasi dan jumlah simpanan yang sedia ada.

Sebagai permulaan, anda boleh dapatkan buku-buku penasihat kewangan tempatan seperti Azizi Ali,Yap Ming Hui & Suntara Segar sebagai rujukan.


Tags: , , , ,

Komen (9)

  1. Nak tanya, macamana kita nak menganggarkan harga dalam jangka masa tentu, kadar inflasi dan juga jumlah wang sedia

    Saya seorang guru matematik,tetapi saya sangat lemah dalam pengiraan matematik

  2. boleh saya tau formula math utk dapatkan 171ribu
    dalam masa 30 tahun, rm100 sebulan simpanan?
    Adakah ianya juga merujuk pd ASB?

Pendapat anda?