3 Kisah Kejayaan Peserta Seminar SEO Majalah Niaga 2012

April 20, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Ketika ini, tim Majalah Niaga sudah berjaya mengendalikan Seminar SEO sebanyak dua kali berturut-turut.

Seminar SEO Majalah Niaga

Sesi yang ketiga (dan juga sesi yang terakhir) Seminar SEO akan diadakan pada 5 Mei 2012 (daftar di sini). Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi kisah kejayaan para peserta yang mengaplikasikan strategi pemasaran SEO yang dikongsikan oleh Tuan Hasbul ‘Aqill dan Aqif Azizan.

3 Kisah Kejayaan Peserta Seminar SEO Majalah Niaga

Sepanjang dua sesi Seminar SEO yang dikendalikan oleh tim Majalah Niaga, kami menerima pelbagai respon positif daripada para peserta. Ada yang berjaya menduduki tangga pertama enjin carian untuk kata kunci tertentu.

Kisah Kejayaan Peserta Seminar SEO Majalah Niaga

Ada juga yang berjaya melihat hasil strategi yang diimplimentasikan. Ini secara tidak langsung memberikan semangat kepada kami untuk terus berjuang memandaikan bangsa menerusi seminar-seminar anjuran Majalah Niaga.

Ketiga-tiga peserta yang ingin kami tonjolkan dalam kisah kejayaan Seminar SEO ini adalah:

  1. Wan Zaki.
  2. Shafina Bazilah.
  3. Ihzam Khairi.

Kisah Kejayaan #1 – Wan Zaki

Beliau adalah individu terawal yang berkongsi kisah kejayaan selepas mengaplikasikan teknik pemasaran SEO yang dikongsikan oleh tim Majalah Niaga.

Seminar SEO Majalah Niaga - Wan Zaki

Perkongsian beliau ini dilakukan menerusi blognya iaitu Wan Zaki (dot) com secara sukarela.

Kata kunci (keywords) yang berjaya didominasi oleh beliau dalam enjin carian Google adalah:

Majalah Inspirasi Kejayaan

Ia adalah kata kunci untuk majalah terbitan Irfan Khairi Sdn Bhd yang baru dilancarkan tidak kurang dari 3 bulan.

Lebih menarik, satu daripada teknik mudah yang dikongsikan ini berjaya membantu blognya untuk berada dalam halaman pertama (first page) di Google.

Semua ini berlaku dalam masa kurang 3 jam sahaja.

Sila baca kisah kejayaan beliau dengan lebih lanjut menerusi pautan di bawah:

Kisah Kejayaan Peserta Seminar SEO Majalah Niaga (Wan Zaki)

Kisah Kejayaan #2 – Shafina Bazilah

Beliau merupakan wakil kaum hawa yang berkongsi pengalamannya, selepas menyertai Seminar SEO pada 10 Mac 2012 (sesi pertama). Cikpuan Shafina Bazilah merupakan pakar freelance writing dan pembinaan laman web korporat.

Seminar SEO Majalah Niaga - Shafina Bazilah

Antara subjek yang menarik dikongsikan dalam blog beliau adalah tujuan menyertai Seminar SEO. Cikpuan Shafina Bazilah sendiri adalah freelance writer yang sudah berpengalaman dalam penulisan SEO sejak tahun 2009.

Tujuan beliau menghadiri Seminar SEO adalah untuk menambah ilmu optimasi enjin carian daripada kedua-dua penceramah (Hasbul ‘Aqill & Aqif Azizan). Konsepnya mudah.

Semakin banyak ilmu yang beliau peroleh, semakin tinggi caj yang dapat dikenakan kepada klien yang ingin mendapatkan khidmat penulisan SEO daripada beliau.

Boleh ikuti kisah kejayaan beliau yang selanjutnya menerusi pautan di bawah:

Kisah Kejayaan Peserta Seminar SEO Majalah Niaga (Shafina Bazilah)

Kisah Kejayaan #3 – Ihzam Khairi

Beliau merupakan bekas peserta Seminar Blogging, dan juga antara peserta yang sentiasa memberikan komitmen melebihi 100% ketika berlangsungnya Seminar SEO.

Seminar SEO Majalah Niaga - Ihzam Khairi

Malah, Tuan Ihzam Khairi merupakan peserta yang paling aktif dan sentiasa melemparkan senyuman yang menawan kepada para peserta lain.

Kisah kejayaan beliau ini dapat memberikan inspirasi kepada bakal peserta Seminar SEO pada 5 Mei 2012 (Klik di sini untuk mendaftar).

Setakat ini, hasil optimasi beliau selepas mengaplikasikan teknik pemasaran SEO untuk kata 3 kata kunci yang disasarkan berjaya mendapat kedudukan nombor 7, 11 dan 2 dalam enjin carian (sumber: ww.google.com.my).

(* Kata kunci terpaksa disembunyikan bagi menjaga privasi peserta Seminar SEO).

Bonus – Ulasan Daripada Zulhilmi Zainudin

Secara peribadi, saya berikan 9/10 bintang kepada tim Majalah Niaga di atas anjuran Seminar SEO kali ini.

Tuan Zulhimi Zainudin merupakan pereka grafik dan juga usahawan Internet mudah. Kehadiran beliau ke Seminar SEO Majalah Niaga adalah untuk menuntut ilmu pemasaran Internet.

Seminar SEO Majalah Niaga - Zulhilmi Zainudin

Supaya ilmu ini dapat diaplikasikan dalam empayar perniagaan Internet yang sedang dibangunkannya. Beliau banyak berkongsi tentang pengalamannya menghadiri Seminar SEO.

Serta bagaimana seminar ini membantu menjawab persoalan-persoalan yang selama ini bermain dalam fikiran beliau. Klik di sini untuk membaca pengalamannya.

Daftar Seminar SEO Majalah Niaga – RM150 Sahaja (Diskaun)

Kejayaan para peserta Seminar SEO anjuran tim Majalah Niaga bukan magik daripada Tuan Hasbul ‘Aqill dan Aqif Azizan. Ia adalah komitmen para peserta yang segera bertindak selepas mendapatkan ilmu yang betul.

Seminar SEO Majalah Niaga

Justeru itu, kami berbesar hati untuk menjemput tuan dan cikpuan untuk menyertai Seminar SEO kami.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan di bawah. Ketika ini ia hanya dibuka untuk 10 orang sahaja lagi.

Daftar Seminar SEO Majalah Niaga (Klik Di Sini)

Mari kita sama-sama mendominasi Google dengan cara yang betul, mudah dan berkesan!

Kredit: Wan Zaki, Shafina Bazilah, Zulhilmi Zainudin.


Tags: , , , , ,

Komen (6)

  1. Pertama sekali tahniah atas penerbitan artikel ini dan terima kasih kerana sudi memilih saya untuk memaparkan kejayaan yang telah saya kecapi dalam dunia SEO ini.
    Tahniah juga atas kejayaan Majalahniaga mengadakan seminar SEO pada sesi yang lepas. Kesan seminar SEO itu sehingga ke hari ini dapat dirasai. Perkongsian yang diberikan sangat bermakna kerana ilmu yang dikongsi boleh dikatakan lengkap dan up to date.
    Bukan itu sahaja, jujur dan ikhlas mereka ini tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
    Jika anda di seminar itu, apa jua soalan yang ditanya akan dijawab dengan profesional tetapi secara santai.
    Susah untuk anda hadiri seminar yang sebegitu bagus tetapi dalam kuantiti peserta yang sedikit di mana pihak penganjur dapat fokus dan lebih teratur.
    Jadi, apa tunggu lagi.. daftar sekarang untuk hadir ke SEMINAR INI!

    bekas peserta SEO Majalah niaga.
    p/s : saya sudah mulakan langkah mendominasi search engine.. anda pula bagaimana? =)

  2. Terima kasih tim Majalah Niaga di atas perkongsian ilmu di dalam Seminar SEO baru-baru ini.
    Ternyata seminar ini membantu saya memperkukuhkan lagi ilmu asas SEO yang sebelum ini hanya saya pelajari melalui ebook sahaja.

    Kepada yang ingin berguru ilmu-ilmu teknikal seperti ilmu pemasaran SEO seperti ini, hadir seminar adalah lebih baik. Seminar SEO ini juga adalah ‘hands-on’ seminar. Mereka buat, kita ‘follow’ dan tanya jika tidak faham. Mudah!

  3. Assalamualaikum wbt.

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Majalah Niaga kerana sudi mengetengahkan kisah kejayaan saya beserta dua rakan peserta Seminar SEO yang lain dalam entri ini.

    Saya berasa amat bertuah kerana menyertai Seminar SEO ini kerana ilmu yang dicurahkan cukup berharga terutama dalam bidang yang saya ceburi iaitu bidang freelance writing dan web development.

    Saya akan kekal menyokong segala perkongsian ilmu yang bakal dianjurkan oleh Majalah Niaga di masa hadapan, InsyaAllah 🙂

Pendapat anda?