3 Langkah Penting Membina Kredibiliti Melalui Blog

May 18, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Menurut Pat Flynn dalam audionya di SmartPassiveIncome.com, antara faktor blogger yang terhenti sekerat jalan dalam dunia blogging adalah disebabkan tidak membina kredibiliti terlebih dahulu melalui blog.

Sebaliknya, katanya lagi ramai blogger masih mengemaskini blog semata-mata untuk mendapatkan trafik tanpa mengambil kira kualiti artikel yang dihasilkan. Jelasnya, perkara ini akan memberi kesan negatif kepada mereka sendiri apabila pengunjung blog sedar artikel yang disiarkan tidak memenuhi kehendak & keperluan mereka.

Salah satu contoh blog adalah ViperChill.com, yang telah dibina oleh pemiliknya Glen Allsop sejak 2006. Katanya, langkah pertama yang diambil beliau ketika peringkat awal adalah dengan membina kredibiliti terlebih dahulu, iaitu dengan menghasilkan artikel yang berkualiti.

Kesannya, kini beliau berjaya membina jenama dengan baik, buktinya, jumlah subscriber blognya telah mencecah lebih 10,000 & jumlah pengunjung bulanan mencecah sehingga 70,000.

Bagi membina kredibiliti melalui blog, 3 langkah penting yang telah dinyatakan oleh Glen Allsopp dalam blognya iaitu ViperChill.com. Apa yang dinyatakan adalah perkara yang telah & sedang praktikkan bagi memastikan blognya kekal dengan autoritinya tersendiri.

Sediakan Kandungan yang Berkualiti

Menurut artikel yang ditulis oleh Aditya Mahes di Problogger.net, beliau menyatakan antara cara beliau membina kredibiliti dengan cepat melalui blog adalah dengan menyediakan artikel yang cukup berkualiti.

Katanya, secara tidak langsung pelawat akan sentiasa berkunjung ke blog & ternanti-nanti artikel yang akan disiarkan. Dengan wujudnya sosial media seperti Facebook & Twitter, pemasaran viral juga akan cepat berlaku apabila pengunjung kongsikan artikel kepada rakan-rakan yang lain.

Dengan menyediakan kandungan artikel yang berkualiti secara konsisten, pelawat akan menghargai & meletak kepercayaan yang tinggi kepada pemilik blog.

Mewujudkan Kerjasama Antara Blogger-blogger

Kerjasama antara blogger adalah cara cepat & mudah untuk membina kredibiliti dengan blog. Cara ini boleh dilaksanakan dengan menjemput blogger-blogger tersebut, untuk turut serta membuat perkongsian di blog ataupun menemuramah mereka.

Sebagai contoh, jika kita selidik blog JonathanVolk.com, kita akan dapati beliau seringkali menemuramah blogger/usahawan lain, dan siarkan di blog dalam bentuk artikel temuramah & podcast.

Jonathan Volk, seorang blogger terkemuka dunia

Cara ini juga digunakan oleh Pat Flynn di blog SmartPassiveIncome.com. Pat Flynn juga seringkali menjemput blogger-blogger lain seperti Chris Guthrie, Tyrone Shum untuk turut serta menulis artikel di blog.

Namun, mungkin sesetengah blogger baru menghadapi kesukaran untuk menjemput blogger terkenal disebabkan faktor autoriti yang masih lemah. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menunjukkan skil blogging yang betul.

Antaranya adalah menghasilkan artikel yang unik & berkualiti. Oleh itu, blogger blogger akan mempercayai kesungguhan kita membina blog.

Pengstrukturan & Desain Themes yang Profesional

Meskipun ramai yang menganggap kandungan artikel di blog adalah perkara penting, namun ia tidak bermakna perkara lain boleh dipandang sebelah mata, termasuklah penstrukturan & desain theme.

Desain theme yang profesional memudahkan pembaca untuk mengenalpasti “brand” yang kita ketengahkan, sekaligus meningkatkan kredibiliti kita.

Brian Clark, pemilik blog CopyBlogger.com

Kebanyakan blog-blog terkenal seperti Copyblogger.com & Problogger.net, mereka menggunakan desain theme profesional & ringkas yang nyata berbeza berbanding blog-blog yang lain supaya mereka dapat membina autoriti blog tersebut.

Sebagai contohnya, Smartpassiveincome.com iaitu blog kepunyaan Pat Flynn, menggunakan ciri-ciri unik dalam penstrukturan & desain theme blognya termasuk :

  • Kombinasi warna theme yang digunakan iaitu merah gelap & hijau muda.
  • Logo “Smart Passive Income” di bahagian atas kiri
  • Statistik follower di Twitter & jumlah subsriber di Feedburner meyakinkan pembaca untuk terus serta bertindak.
  • Jumlah komen terpapar di setiap artikel juga membawa pembaca yang lain untuk turut serta tinggalkan komen
  • Penggunaan font yang senang untuk dibaca
  • Page ‘Archives’, ‘Podcast’, ‘Getting Started’ & ‘Resources’ bagi memudahkan pembaca

Panduan Komprehensif Menubuhkan Blog Autoriti

Panduan Bina Blog Sendiri

Jika tuan dan puan masih tercari-cari panduan berguna untuk menghasilkan blog wordpress, kami sarankan agar anda memiliki ebook Panduan Lengkap Membina Blog Sendiri yang ditulis oleh blogger & usahawan internet terkenal, saudara Zulfadli aka Smartzul.

Dengan serendah RM35 sahaja, anda boleh belajar cara membina blog sendiri tanpa perlu mengupah orang lain melakukannya.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (JohnChowjdlasica)


Tags: , , , , ,

Komen (16)

  1. afiq aiman
    May 19, 2011

    artikel yang sangat membantu dalam membina kredibiliti seseorang blogger. tak kira sama ada anda seorang designer atau copywriter, apa yang anda perlu adalah blog! dan blog yang anda bina itu seharusnya mempunya daya tarikan yang tinggi dalam kalangan pelawat blog anda — saranan saya, utamakan penulisan artikel yang berkualiti!

  2. Terima kasih atas perkongsian ilmu blogging yang sangat bermanfaat ini.
    Dengan membina kredibiliti ia akan dapat meningkatkan kepercayaan pembaca
    untuk terus mengunjungi blog.
    Kualiti artikel yang baik juga adalah bagus untuk masa hadapan blog.

  3. Saya akui kandungan berkualiti akan menarik pembaca baru dan membina pembaca setia. Sebaik sahaja membuka pautan ViperChill.Com, saya terus tertarik dengan beberapa artikel dalam blog tersebut.

  4. Terima kasih atas perkongsian mengenai dunia blogging.Kredibiliti memainkan peranan yang penting untuk menarik minat para pembaca.

  5. Ya lah…Saya setuju dengan pendapat muhammad fakhruddin. Pertama kali buka ViperChill.com tu membuatkan saya tertarik. Tajuk pun dah membuatkan saya nak tahu apa artikel yang dikongsikan. Bagaimana pun thumb up kepada majalahniaga sebab kongsi info ni.Langkah pertama adalah membina kredibiliti dulu.

  6. Terima kasih kerana info ini, Kini saya baru sedar betapa penting menulis dengan niat berkongsi ilmu bukan semata2 mencari duit 🙂 Kesimpulan yang dapat saya buat tentang artikel ini 🙂

  7. Kandungan berkualiti dengan desain blog yang kena di mata menarik di hati dan ditambah dengan Bahasa Melayu tinggi pasti membuatkan blogger itu dihormati.

  8. Terima kasih diatas perkongsian. Medium blog adalah luahan, pendapat dan
    isi hati penulis blog tersebut. Kajian perlu dilakukan sebelum ia dikeluarkan.
    Minta pandangan daripada kawan-kawan terdekat untuk komen bagi penambahbaikan.

Pendapat anda?