Tiga Peraturan Penting Sebelum Mula Menjual

February 02, 2011 — Penulis:

Kategori: Konvensional

Kurangnya aktiviti menjual menyebabkan kebanyakan bisnes kurang maju. Setiap pengusaha bisnes harus tahu bagaimana untuk menjual produk mereka kepada pelanggan. Tidak kira betapa hebat produk kita, jika kita tidak mampu menjual, maka bisnes kita akan gagal.

Peraturan Penting Sebelum Menjual

Ramai yang takut untuk menjual kerana mereka tidak mahu dianggap sebagai jurujual. Ini berikutan salesman adalah golongan yang hanya tahu menjual, menjual, dan menjual. Sehinggakan pelanggan naik menyampah berjumpa mereka.

Namun, sedarkah bahawa setiap hari kita menjual? Hari ini, mungkin kita mencadangkan rakan kita ke gerai A, jika mereka mahu makan tomyam yang sedap dengan harga berpatutan.

Sebenarnya, cadangan kepada rakan itu adalah aktiviti menjual. Bezanya ialah, kita tidak memperoleh sebarang komisyen apabila mereka pergi ke kedai yang kita cadangkan.

Tiga Peraturan Penting Untuk Menjual

Mari kita nilai situasi kedua ini. Si Abu mencadangkan Ali untuk mendapatkan sabun mandi yang harum dengan harga berpatutan. Tetapi jika Ali mahu mendapatkan sabun tersebut, beliau perlu beli menerusi Abu. Secara tidak langsung Abu mendapat komisyen, dengan hanya mencadangkan produk kepada Ali.

Walaupun contoh di atas menunjukkan bahawa proses menjual itu mudah. Namun masih ramai yang gagal menjual. Ini kerana mereka sering terlupa 3 peraturan penting ketika menjual:

#1 Pelanggan Mesti Mengenali Peniaga

Proses menjual dimulakan dengan hubungan yang baik. Jika kita tidak memperkenalkan diri kita kepada prospek, mustahil mereka akan mempunyai kepercayaan ke atas kita. Jika prospek tersebut adalah keluarga kita sendiri, maka mudah untuk melakukan jualan.

Untuk prospek yang tidak dikenali. Kita perlu memastikan bahawa mereka selesa dengan diri kita. Keadaan ini dapat diwujudkan menerusi:

  • Memperkenalkan diri sebelum mula menjual
  • Senyum
  • Bercakap dengan nada yang sopan
  • Berkenalan serba sedikit dengan prospek

#2 Bagaimana Produk Kita Boleh Membantu

Katakan produk jualan kita adalah sabun. Jika mahu menjual sabun, pastikan sabun tersebut unik dari segi USP (Unique Selling Proposition) atau harga. Jika tidak, prospek tidak akan terpengaruh untuk membeli. Kerana mereka boleh dapatkan sabun yang sama di kedai runcit.

Kita juga perlu tahu keistimewaan yang menjadikan sabun ini boleh dijual dengan mudah. Sebagai contoh, sabun X mampu memberikan haruman badan yang berpanjangan, meskipun kita bersukan. Harganya jauh lebih murah daripada sabun sedia ada di pasaran.

Dengan mencadangkan solusi, kita dapat kenalpasti siapa sasaran pembeli. Dalam contoh sabun X, sasaran pembeli adalah mereka yang aktif bersukan.

#3 Beri Arahan Seterusnya

Ramai penjual mengambil masa yang lama untuk menerangkan kelebihan produk kepada prospek. Tetapi hanya segelintir sahaja yang mampu menghasilkan jualan. Mereka ini telah mengenal pasti waktu yang tepat untuk memberi arahan kepada prospek supaya mengambil langkah seterusnya, yakni pembelian.

Kajian menunjukkan 70% pembeli akan melakukan pembelian jika mereka diberi arahan untuk membeli. Jadi, kita perlu tahu masa yang sesuai untuk memberi arahan.

Masa yang terbaik adalah selepas kita menerangkan kelebihan produk tersebut. Antara arahan yang boleh diajukan kepada pembeli adalah seperti berikut:

  • “Jadi, encik mahu beli berapa?”
  • “Encik ada apa-apa soalan? Boleh saya ambil terus pesanan?”
  • “Adakah encik berminat? Jika berminat, boleh kita teruskan urusan jual beli”

Dalam apa-apa urusan yang melibatkan jualan, kita perlu menghormati apa jua keputusan atau respon yang diberikan oleh prospek. Jangan memaksa mereka untuk membeli, kelak kredibiliti kita akan tercalar.

*Kredit gambar yang diambil daripada Deviantart (Veniamin)


Tags: , , , , ,
kajiankes

Kajian Kes Majalah Niaga

Ini pendedahan ekslusif bagaimana kami menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM5xxx sebulan menggunakan platform blog. Percuma dalam tempoh masa TERHAD.

Muat Turun Sekarang

Komen (35)

  1. Ya! Baru sahaja saya balik daripada membeli sabun tadi. Kenapa saya pilih kedai itu sebab ia dibuka 24 jam. Jadi senang bagi orang yang ingin membeli pada bila-bila masa sahaja. Cuma saya kenal kedai itu bukan daripada Abu. Saya kenal dari TV :)

  2. Terima kasih di atas perkongsian artikel yang baik ini. Walau bagaimanapun ke tiga-tiga peraturan tersebut di atas memerlukan kemahiran berkomunikasi yang tinggi. Sesuai pada tempat dan masa adalah penting sebelum sesuatu kejayaan urusniga itu berlaku. Tidak terkecuali bagi mereka yang telah mempunyai premis perniagaan. Kekurangan yang biasa dilihat di kedai-kedai konvensional adalah tidak mesra pelanggan setelah mereka memperolehi profit yang tinggi.

    1. Ya, betul. Komunikasi jualan masih lagi perlu digunakan, walaupun kita berada di era perniagaan internet. Kerana pelanggan kini mempunyai pilihan yang banyak, untuk membeli produk. Jadi, adalah tugas kita sebagai peniaga, untuk menjadi yang terbaik dan ‘stand out from the crowd’. :)

  3. Bagus sangat info nie. Jarang peniaga praktikkan terutama langkah yang ke 3. Jika ada pun bukan pada masa yang sesuai dan nada seperti memaksa.Terima kasih kerana perkongsian yang cukup bermanfaat. Teruskan berkongsi maklumat tuan Aqif.

  4. Langkah ke tiga tu, orang buat MLM atau Direct Selling selalu guna. Kadang-kadang kalau terlalu memaksa rasa geram jugak tu. Lepas tu konfem kalau terserempak nak lari jer dari si penjual tu.

    1. Ya. Jika kita tidak memberi arahan seterusnya, maka berkemungkinan besar kita tidak akan berjaya menukar prospek kepada pembeli. Namun, terdapat perbezaan yang ketara, antara memberi arahan dan juga memaksa.

      :)

    2. hahaha . setuju dengan nie… yang xbest kalo yang wat MLM tue member sendiri..
      pas dia mula wat MLM , jumpa jer asyik nak citer pasal MLM dia… :P

  5. Saya setuju artikel ini…
    saya ada pengalaman yang mana gagal untuk melakukan tips yg ketiga..

    Pada satu hari saya perkenalkan kpd sahabat saya tetang satu perniagaan MLM HPA. Panjang juga la saya cerita pada dia. Kerana takut untuk memaksa dia. saya tunggu soalan dr dia ” boleh saya join ?”. tp tak muncul2… sesi kami berakhir bergitu sahaja. Namun beberapa bulan kemudia, saya dapat tahu yang dia dah join perniagaan ini dengan org lain… Kecewa rasanya…

    1. Tidak mengapa tuan. Gagal menaja prospek, tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Saya seronok, kerana tuan dapat berkongsi pengalaman dalam perniagaan MLM bersama para pembaca.

      Ini kerana, antara cabaran yang terbesar untuk mengamalkan ketiga-tiga peraturan ini, adalah menerusi perniagaan ‘direct selling’. :)

  6. Tips ketiga kadang2 membuatkan org rase bengang dgn si penjual apabila sistem komunikasi si penjual tidak bagus. Contohnya si penjual yang hanya meyatakan sikit sahaja tentang produknya kemudian telah betanya kepada pelanggan “Jadi, encik mahu beli berapa?”
    “Encik ada apa-apa soalan? Boleh saya ambil terus pesanan?”
    “Adakah encik berminat? Jika berminat, boleh kita teruskan urusan jual beli”. Kemudian sering memaksa pelanggannya, sedangkan informasi yang si penjual nyatakan hanyalah asasnya sahaja.

  7. Pegalaman manis yang pertama saya rasakan, semasa saya nak beli ayam organik, nampak kawan lama menunggu dlm kereta bersama anaknya. Dia tanya nak ke mana, saya “jawab beli ayam”…”eik..kat sini pun ada jual ayam..?” agak terperanjat.

    Yelah kat situ (HPA la)… saya terus tanya nak ayam tak, organik, sedap, halal..blb..bla…bla,
    “aku tak bawa duit…” jawabnya (tak mau la tu) Saya jb “tak pe aku belanja…” Terus masuk dlm kedai, beli tiga ekor, beri kat dia seekor.

    Terus gasak lagi… dah beli water filter?… “belum” jbnya ringkas… “kat sini murah tak sampai 2-3 ribu… kalau jd ahli lagi murah…, Dah jadi ahli belum” cucuk lagi… “belum, eerr tak bawak duit…” tak nak lagi…

    “Tunggu kejap”… masuk balik dlm kedai beli kitniaga, terus pass kat dia.
    “aku tak bawa duit”… alasan lagi!

    Tapi ptg tu saya dpt balik borang dah siap isi dan sain, duit kit niaga dengan harga ayam sekali… (kdg2 kita, kena terjah jugak… tapi tengok orang & keadaan la…)

    Tulah pengalaman…. selepas baca DreamDiamond…hehehe..

    P/s mungkin sesuai utk tip yg ke 3

  8. Assalamualaikum

    Satu artikel yang baik. Langkah ketiga tu antara terpenting dan saya rasa ramai gagal melakukannya dengan baik. Bagaimanapun pengalaman guru terbaik, selain ilmu.. skil akan bertambah baik jika selalu dipraktikkan.

  9. Tuan Aqif,

    Artikel yang amat berguna untuk mereka yang berjinak-jinak dalam bidang usahawan seperti saya. Terima Kasih.

  10. Salam, tips yang menarik untuk menjual secara offline. Sesuai ke kalau buat bisnes cara online. Kita tak jumpa customer.. boleh explain skit. Terima kasih banyak.

Pendapat anda?