3 Rahsia Senjata Jualan Media Sosial

March 12, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Bagaimana untuk jelaskan fungsi media sosial? Dan paling penting bagaimana untuk mendapatkan pembeli dari media sosial?

Adakah anda menggunakan media sosial sepenuhnya? Adakah anda masih lagi guna pelbagai perisian tertentu untuk mencantikkan Facebook Tab anda dan sebagainya?

Yang pasti penggunaan media sosial adalah untuk:

  1. Memastikan  jenama anda diketahui oleh lebih ramai orang.
  2. Mendapatkan seramai mungkin mereka yang berminat dengan produk anda.
  3. Membina hubungan dari masa ke masa dengan pelanggan untuk membolehkan mereka mendapat tindak balas langsung daripada anda.

Baiklah, artikel kali ini adalah fokus kepada prinsip asas perniagaan, iaitu pada anda, si penjual produk dan pelanggan yang membeli.

Kenapa anda perlu fokuskan kepada prinsip asas dalam perniagaan? Ini kerana kalau anda terus mengikuti perkembangan teknologi seperti perubahan paparan antaramuka dan sistem penyampaian, semua ini akan terus berubah.

Buktinya, lihat apa berlaku kepada Facebook Pages baru-baru ini? Dari tahun 2009 terus berubah drastik, sehinggakan sekarang masih tidak relevan lagi. Contohnya penggunaan kedai online di Facebook, penggunaan tab dan sebagainya.

Ia tidak lagi dipaparkan sebagai tempat utama, tetapi disimpan dalam pautan aplikasi tersebut. Sehinggakan susah untuk pelawat meninjau terus dari laman utama.

Fokus Utama Pemasaran Media Sosial

Berbalik kepada fokus utama pemasaran media sosial.

2 jenis pengiklanan

Sudah pasti anda jelas dan ketahui, terdapat 2 jenis pengiklanan dilakukan di Internet. Iaitu pengiklanan berbayar dan pengiklanan percuma.

Dalam berbayar anda gunakan Google Adwords dan menggunakan Facebook Ads.

Ini kerana menurut kajian daripada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), pengguna di Malaysia mempunyai peratusan sehingga 60% mencari maklumat menggunakan enjin pencarian Google.

Selebihnya bertanya maklumat mengenai produk di Facebook, diikuti oleh Twitter.

Jadi apakah peralatan utama anda dalam media sosial?

Blog.

Anda wajib menggunakan blog, dan contoh blog yang baik adalah blog yang relevan dengan web jualan utama anda.

Contohnya, web jualan anda ialah http://www.tudungmuslimah.com.

Jadi anda mesti bina blog anda contohnya http://blog.tudungmuslimah.com atau http://www.tudungmuslimah.com/blog.

#1 – Kenapa Mesti Menggunakan Blog?

Ramai yang menganggap blog ini bukan jenis media sosial.

Tip pemasaran blog

Pandangan peribadi saya ialah kalau sudah katakan media sosial, mestilah satu alat komunikasi kepada umum (sosial). Dan hubungan ini boleh mendapatkan tindak balas 2 hala dalam satu masa.

Jadi berdasarkan ciri ini, saya katakan blog atau kaedah blogging adalah kaedah media sosial .

Anda boleh terus tanya dan memperoleh jawapan dalam masa yang sama. Anda boleh menggunakan komen di blog atau menggunakan Facebook Comments yang sudah ada di blog.

Menurut Hubspot.com, penjual yang menggunakan blog di laman jualan mereka menerima 434% lebih tinggi pelawat dari mereka yang tidak menggunakan blog di laman jualan.

Kenapa ini berlaku? Ini kerana jika anda blogging untuk produk anda, anda akan dapat lebih banyak index page oleh Google. Dan sekaligus meningkatkan kualiti SEO anda.  Hasilnya, 3-4 kali ganda pembeli meningkat dalam masa yang sama.

#2 – Youtube – Memukau Pelanggan Secara Visual

Youtube – Satu kaedah turun temurun, tetapi yang pasti masih lagi relevan sehingga kini.

Ustaz Azhar Idrus - Youtube

Ambil contoh, dalam seminggu berapa kali anda tonton video youtube? Dalam sehari berapa kali?

Dan adakah anda perasan atau tidak, banyak video kuliah agama contohnya Ustaz Azhar Idrus banyak timbul di Newsfeed Facebook anda?

Apa cerita dengan Najwa Latif? Asalnya dari video Youtube dan semakin popular.

Dan jangan lupa, penggunaan smartphone dan komputer ringan seperti iPad, serta tablet lain. Semua ini mempunyai akses terus kepada Youtube. Sekaligus ini adalah faktor Youtube mendapat paparan yang tinggi setiap masa.

Menurut buku SocialNomics, terdapat hampir 3 bilion video dimuat naik setiap hari. Ini menunjukkan permintaan amat tinggi di dalam Youtube terutamanya dalam perkara ‘how-to’.

#3 – Facebook – 12 Juta Pelanggan Untuk Anda

Facebook – Di Malaysia terdapat hampir 12 juta pengguna Facebook daripada 17.4 Juta pengguna Internet seluruh Malaysia.

Kekuatan utama Facebook ialah mempunyai demografik dan psikografik yang lengkap.

Demografik bermaksud anda tahu dimana lokasi mereka pada asasnya. Sekaligus ini membolehkan anda tahu di mana kumpulan sasaran anda berada.

Contohnya jika anda mahu lakukan seminar atau buka booth, anda tahu di mana mereka yang ‘engage’ dengan anda berada.

Contoh Fan Page saya – Mohd Azrul – Internet & Affiliate Marketer.

Rata-rata mereka yang engage dengan saya ialah mereka yang berada di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan di luar kawasan Lembah Klang.

Daripada data tersebut, saya fokus kepada kawasan Lembah Klang jika melakukan aktiviti. Begitu juga anda, pastikan anda kenali siapa yang ‘Like’ fan page anda.

Di Facebook, anda boleh masukkan video-video yang telah anda buat di Youtube, dan biasanya video yang mendidik, memberi inspirasi, kelakar atau pelik akan dikongsikan.

Jadi jenama anda lebih viral (merebak) kepada bakal pelanggan baru.

Blog, Youtube & Facebook – Senjata Perniagaan Internet

Perkara utama ialah anda mempunyai blog di web jualan anda. Dan pastikan anda kemaskini maklumat dari semasa semasa.

Cari Maklumat Guna Google

Yang kedua ialah anda mesti mempunyai Youtube, dan membuka channel anda sendiri untuk fokus kepada pengguna Youtube dan mereka yang mencari maklumat melalui Google.

Jika anda perasan, setiap kali anda melakukan carian, anda akan dapati ada video Youtube keluar di paparan muka pertama di enjin carian.

Kenapa ini berlaku? Kerana Google dan Youtube adalah di bawah satu pengurusan yang sama. Sudah tentu mereka saling bantu mempromosi satu sama lain.

Yang ketiga ialah mempunyai akaun Facebook Pages. Dengan ini anda boleh membuka kedai responsif anda yang boleh membantu pemahaman, pertanyaan dan respon pelanggan.

Mungkin anda tertanya apa yang perlu dikongsikan di blog atau Facebook Pages. Di bawah ini saya sediakan beberapa tip ringkas yang boleh memberi nilai tambah kepada anda.

  1. Pilih perbincangan semasa – Contohnya jika anda melihat ada cerita mengenai industri dalam mana-mana media, apa anda perlu buat ialah kongsikan pendapat anda mengenai perbincangan semasa yang berkait dengan produk anda.
  2. Ceritakan benda baru – Anda boleh ceritakan benda-benda terbaru dalam industri anda, dari segi teknologi, platfom, atau idea-idea baru yang berkait dengan perniagaan atau topik anda.
  3. Ceritakan perkara lama dengan cara baru – Anda boleh juga mengambil maklumat yang sudah lama seperti tip pemasaran, motivasi atau inspirasi dengan cara anda sendiri. Sekaligus ini juga membuatkan anda dan pelawat belajar secara tidak langsung.
  4. Cerita mengenai orang yang hebat- Anda boleh tag nama-nama orang hebat atau gunakan fungsi mention (contoh: @majalahniaga)  nama-nama hebat untuk artikel anda tulis.
  5. Mudahkan – Banyak mana sekalipun maklumat anda, pastikan mudahkan mereka untuk menerima maklumat. Contohnya apabila menulis dalam blog pastikan isikan penulisan hanya 3 baris maksimum, dan diselangi dengan gambar-gambar penerangan.

Akhir kata, terima kasih kerana membaca sehingga habis. Akan datang, saya akan tulis mengenai bagaimana pemasaran media sosial untuk mendapatkan lebih ramai pelawat, prospek, pembeli dan lebih ramai pembeli.

Kredit: Mehfuz Hussain, Behind The Hustle, Red Mum, ekamil, rutty


Tags: , , , , ,

Komen (9)

  1. Syukur kerana jelas dan Tuan Izzat dapat belajar sesuatu, semoga dapat mengambil sesuatu dari sini dan teruskan dengan penggunaan dalam bidang saudara.

  2. Saudara Gero memang pakar media sosial. Terbaiklah. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat. Memang banyak lagi kena belajar nih.. Harap tuan dapat kongsi ilmu tentang FB timeline lak..

  3. Terima kasih artikal yang sangat membantu.Alhamdulillah setakat ini saya menggunakan 3 cara yg disebutkan diatas.Memang berkesan.Terima kasih sharing artikal yg sangat bermanfaat ini 🙂

Pendapat anda?