3 Teknik Asas Pembungkusan Produk Fizikal

June 16, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Sekiranya kita adalah seorang penjual barangan berbentuk fizikal dalam dunia internet seperti di portal eBay, portal Lelong atau di laman web anda sendiri, salah satu perkara yang wajib dipelajari adalah teknik yang tepat, untuk membungkus barang yang akan anda hantar kepada para pelanggan.

Tip membungkus kotak dengan betul

Teknik pembungkusan barang yang tepat akan mampu mencapai 3 objektif utama iaitu:

  1. Barang akan sampai di tempat pembeli dalam keadaan selamat.
  2. Pembeli akan menerima barang dalam keadaan yang kemas dan teratur.
  3. Teknik pembungkusan yang baik akan menampilkan imej yang profesional.

Sekiranya anda mampu mencapai ketiga-tiga objektif ini, anda boleh dianggap sebagai seorang usahawan yang menjual barangan fizikal dengan jayanya.

Teknik pembungkusan yang tepat merupakan perkara yang kurang mendapat perhatian oleh seseorang usahawan. Lebih-lebih lagi mereka yang baru menjual di portal eBay atau Lelong.

Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda 3 asas utama untuk menghasilkan satu bungkusan yang baik.

Asas #1 – Bungkusan Luar

Asas pertama dalam menghasilkan satu bungkusan yang baik adalah bungkusan luar.

Bungkusan luar adalah lapisan pertama yang akan dilihat oleh pelanggan-pelanggan kita, apabila mereka menerima barang pembelian.

Contoh bungkusan luar adalah seperti kotak kadbod, kotak kayu, bekas plastik atau sebarang bahan lain.

Tip pembungkusan produk

Bungkusan luar merupakan asas yang penting bagi menjamin keselamatan produk fizikal semasa penghantaran. Walaupun kita menggunakan syarikat penghantaran yang terkemuka untuk menghantar barangan, ia tidak bermaksud mereka dapat memberi jaminan pada keselamatan barang kita, semasa proses penghantaran.

Memandangkan mereka akan menguruskan beratus-ribu bungkusan, dan surat pada setiap hari, maka sudah pasti akan ada masanya yang bungkusan kit tidak dijaga seperti sepatutnya. Hal ini berlaku meskipun kita telah meletakkan tanda Fragile (mudah pecah) padanya.

Oleh itu, ia menjadi tanggungjawab kita untuk mencari bungkusan luar yang sesuai, untuk menjaga keselamatan barangan semasa penghantaran. Setiap bungkusan luar untuk produk berbeza-beza. Kita perlu pastikan mana satu yang sesuai untuk digunakan.

Asas #2 – Bungkusan Dalam

Asas yang seterusnya di dalam menghasilkan bungkusan yang baik adalah bungkusan dalam.

Bungkusan dalam penting kerana ia memberikan sokongan kepada barang fizika, dalam bungkusan luar yang telah kita tetapkan.

Setelah barang dimasukkan ke dalam bungkusan luar yang khas seperti sebuah kotak kadbod, kita tidak mahu barang itu tergolek-golek dalam bungkusan luar yang telah kita gunakan. Jika barang dalam kotak itu tidak stabil, atau tiada sokongan khas, maka ia akan lebih mudah untuk rosak.

Oleh itu, penggunaan bungkusan dalam adalah satu aspek penting bagi menghasilkan satu bungkusan yang baik. Bungkusan dalam yang baik akan menampilkan diri kita sebarang seorang penjual yang profesional.

Jenis bungkusan dalam yang sering digunakan adalah pembalut buih (bubble wrap), pembalut foam (foam wrap), pembalut plastik (plastic wrap) dan juga keratan kertas kadbod.

Macbook Pro box packaging

Kepentingannya di sini adalah, bungkusan dalam yang kita gunakan boleh menstabilkan barang, tidak merosakkannya dan boleh memberikan keselamatan tambahan kepada barang.

Asas #3 – Penutupan

Penutupan yang saya maksudkan dalam asas ini adalah bahan yang kita gunakan, untuk menutup keseluruhan kotak.

Contoh bahan penutupan yang sering digunakan adalah pita pelekat atau cellotape, dawai kokot (stapler) dan gam pelekat. Tidak semua bahan penutupan adalah sesuai digunakan dalam semua keadaan. Ia bergantung pada jenis bungkusan luar dan bungkusan dalam yang kita gunakan.

Oleh itu, kita perlu memilih bahan penutupan yang sesuai, agar cara penutupan dapat menampilkan imej professional kita sebagai seorang penjual.

Itulah sedikit sebanyak pengetahuan yang boleh saya kongsikan mengenai teknik pembungkusan yang tepat. Maklumat ini mungkin nampak remeh, atau tidak penting kepada sesetengah orang.

Tetapi ingin saya tekankan, jika kita ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya, perkara-perkara kecil dan remeh inilah yang jika dilakukan dengan baik akan mampu membezakan diri kita, dengan ribuan penjual produk fizikal lain dalam dunia internet.

Sehingga berjumpa di lain hari, salam hormat dan salam kejayaan dari saya. 🙂

Kredit gambar: monophysite,


Tags: , , , ,

Komen (7)

  1. very nice info indeed! terima kasih….saya mmg sedang tercari2 cara terbaik utk pembungkusan dan penghantaran barang. THUMBS UP majalah niaga! 😀

  2. Asyraf Aziz
    June 17, 2011

    Satu info yang sangat bermanfaat buat semua.
    Terima kasih diucapkan kepada Tuan Eruwan Gerry,
    dan tidak lupa juga kepada semua tim MajalahNiaga
    kerana menerbitkan artikel ini 🙂

  3. Nice…nilai2 ini paling penting dalam memaksikan kualiti sama dengan nilai yang dibelanjakan pelanggan… tempatkan diri kita sebagai pelanggan 😀

  4. Ilmu membungkus ni pun penting. Untuk short term dan juga long term perniagaan. Bila pelanggan seronok barang yang diterima dalam keadaan baik. Mesti mereka nak beli lagi. Terima kasih tuan Eruwan Gerry.

Leave a Reply to Akmal Najiy Batal (Cancel)