3 Tip Dekorasi Pejabat Baru – Segar, Jimat dan Bahagia

September 06, 2012 — Penulis:

Kategori: Pejabat

Sudah memperolehi kunci untuk pejabat baru anda, tetapi tertanya-tanya konsep dekorasi yang sesuai dengan imej perniagaan yang dijalankan?

Tip Dekorasi Pejabat Baru

Baki modal cukup-cukup makan sahaja. Di sini, saya kongsikan tiga tip dekorasi yang boleh dimulakan dahulu.

  1. Dinding adalah kanvas
  2. Perabot terpakai masih boleh dipakai
  3. Tiru seperti galeri perabot

#1 – Dinding Adalah Kanvas

Tiada apa yang lebih mudah untuk mengubah dinding putih yang membosankan kepada warna-warna yang ceria dan menarik untuk pejabat anda.

Lukisan Mural - Dinding Pejabat

Memilih warna yang sesuai memang memeningkan kepala, tetapi tidak apabila mengikuti dua pilihan ini:

  1. Pilih warna daripada warna jenama / warna logo / warna syarikat anda – Contoh, warna korporat Celcom warna biru, lihat logo dan pejabat mereka.
  2. Pilih berdasarkan ‘feel’ warna tersebut – Boleh layari artikel tentang warna dan efeknya.

Ingin dinding pejabat lebih menarik dan lebih kreatif? Hasilkan mural berdasarkan bentuk logo atau nama syarikat, lanskap atau lukisan abstrak (jangan terlalu abstrak, nanti bertambah pening kita melihatnya).

#2 – Perabot Terpakai Masih Boleh Dipakai

Bagi mereka yang mempunyai modal lebih, pejabat mereka dapat dihiasi dengan perabot-perabot baru. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai bajet yang ketat, perabot terpakai adalah pilihan yang terbaik.

Perabot Terpakai Malaysia

Ada satu cerita yang menarik terdapat dalam buku Memulakan Bisnes Sendiri. Pengarangnya Ainon Mohd mengkongsikan salah satu cara mencipta gambaran kita adalah orang bisnes yang berjaya adalah berdasarkan perabot pejabat. Beliau menyatakan ,

“Membuat pembelian perabot baru menandakan kita baru sahaja membuka pejabat dan belum lama dalam bisnes. Perabot lama memberikan imej kita seperti sudah bertahun-tahun membuka perniagaan.”

Perabot lama atau terpakai boleh dibeli di kedai perabot terpakai (junk shop). Untuk maklumat, kedai perabot terpakai juga menyediakan perkhidmatan membaik pulih perabot dan membaiki upholsteri dengan fabrik dan isian baru.

#3 – Tiru Seperti Galeri Perabot

Apa persamaan tipikal setiap pejabat yang pernah anda lawati dan perhatikan? Perabot yang ada semuanya sama. Sofa jenis sama, kerusi kerja warna sama, ruang kerja dan ruang makan meja sama.

Tiru Seperti Galeri Perabot

Kerana dengan pembelian perabot secara pukal, kosnya murah. Itu kalau ruang pejabat kita besar dan ada lebih seratus orang pekerja.

Bagi pejabat kecil gunakan cara seperti galeri perabot. Bermaksud, pejabat kita mempunyai  pelbagai jenis rupa perabot. Contoh, ruang menunggu dipelbagaikan kerusinya. Kerusi kerja dibezakan warnanya seperti konsep mix and match.

Tiga tip yang saya kongsikan, formulanya sama seperti ‘gunakan apa yang ada di tangan’. Setelah mendapat untung, untung dan untung. Bolehlah naik taraf perabot dan alatan pejabat atau mengambil pereka profesional untuk membantu mencantikkan pejabat anda.

Kredit: Jillian Anne Photography, Billhd, Emmauspreston, Goodnight London.

Facebook Comments

Tags: , , , ,

Komen (3)

  1. saya suka dgn formula ‘gunakan apa yang ada di tangan’.

    ada sesetengah org lebih suka menghabiskan byk wang utk hias opis sehingga melibatkan ribuan ringgit supaya nampak menarik..dia tak sedar yg dia baru nak start berniaga..last2 duit pun abis ke situ je..

Pendapat anda?