3 Tip Dr Azizan Osman Bagi Menarik Lebih Ramai Pelanggan

June 06, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Richworks Resources Sdn Bhd, Dr Azizan Osman yang kini cukup popular dengan Seminar Marketing Power. Seminar ini disertai oleh ribuan orang bagi mengetahui rahsia beliau menggandakan pelanggan dalam jangka masa yang singkat.

Dr. Azizan Osman

Sebelum ini, Dr Azizan juga dikenali sebagai pakar motivasi apabila berjaya menarik puluhan ribu orang, bagi menyertai Seminar Potensi Diri. Ini jelas menunjukkan beliau sememangnya tahu teknik-teknik bagi menarik perhatian pelanggan.

Mana-mana usahawan, atau buku-buku bisnes yang ada di sekeliling kita bersetuju pemasaran adalah kekuatan utama perniagaan. Terdapat 1001 cara pemasaran yang boleh dilakukan, lebih-lebih lagi apabila wujudnya medium pemasaran 2.0, iaitu internet.

Namun, Dr Azizan tidak menyarankan kita untuk menguasai semua teknik pemasaran. Ini kerana dalam pemasaran, kualiti perlu diutamakan berbanding kuantiti. Kita hanya perlu implimentasikan teknik pemasaran yang efektif untuk bisnes.

Perkhidmatan Pelanggan Luar Biasa

Pelanggan yang suka pada bisnes kita, berkemungkinan besar akan menghebahkan perkara-perkara yang baik tentang bisnes kita pada rakan-rakan mereka. Perbuatan ini didorong oleh sejauh mana kita melayan mereka, ketika mereka ingin membeli produk.

Perkhidmatan pelanggan luar biasa

Perbuatan seperti mengangkat telefon sebelum deringan yang ketiga, serta melayan pelanggan dengan penuh sopan dan mesra, adalah cara yang terbaik bagi membuatkan mereka selesa dengan kita.

Dalam emel pula, kita seharusnya biasakan diri untuk melayan kerenah pelanggan dengan menggunakan bahasa yang baik. Sebagai contoh, pastikan kita membalas emel pelanggan dalam masa yang singkat. Elakkan daripada membiarkan mereka terus menunggu. Apabila mereka menunggu, maka bahagian sokongan (support) bisnes kita akan dipandang rendah.

Kad Perniagaan Kreatif

Kad perniagaan adalah senjata pemasaran yang sering dilupakan oleh usahawan masa kini. Walau pun ia adalah medium offline, tetapi ia merupakan senjata pemasaran yang relevan.

Kad perniagaan kreatif

Dalam kad perniagaan, kita seharusnya meletakkan maklumat bidang kepakaran. Elakkan daripada meletakkan biodata diri terlampau banyak. Fokus pada bidang kepakaran, bagi membantu mereka mengetahui bagaimana servis atau produk kita boleh menolong diri mereka.

Dr Azizan juga menyarankan supaya kita membiasakan diri, agar memberikan 2 keping kad perniagaan apabila kita memperkenalkan diri kepada pelanggan. Ini bertujuan memudahkan mereka untuk memberikan kad bisnes kita kepada orang lain, iaitu prospek yang memerlukan perkhidmatan kita.

Ini adalah cara paling mudah dan berkesan, bagi melakukan pemasaran viral terhadap bisnes.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (mrdaygloinkdphotos)


Tags: , , , , , , , , , , , , ,
seo

Laporan Percuma Dominasi Google Dengan Kuasa SEO

Muat turun segera secara percuma 7 rahsia dominasi Google dengan kuasa SEO.

Muat Turun Sekarang

Komen (32)

  1. maafkan saya kalau komen ini tidak sesuai.

    mungkin azizan dan program ni bagus, tapi memang tak adil guna title ‘Doktor’ yg tidak wujud. jadi isu hari tu sampaikan facebook page pun kene tutup

    tengok azizi ali, pakai nama biasa pun still boleh meletup.

    1. salam nadrah,

      saya pelik juga, kenapa perlu letak title dr di pangkal nama, walhal ia satu penipuan, tak kan tak tau hukum halal haram hasil drp bisnes tu jadi darah daging anak beranak pulak tuh.

      banyak contoh manusia yang masuk bakul angkat sendiri ini mengaku pakar motivasi, promote bagai nak giler buku2, produk kesihatan lelaki, dan terkini gila bagaimana nak jadi jutawan fakir.

      apa, kalau tak ada pangkal nama dr, tak boleh jual ker produk tuh?

      donia-donia… alahai

  2. Satu perkongsian yang amat menarik.Tidak terpikir langsung tips yang diberikan amat mudah
    tapi efektif untuk diamalkan terutamanya tips bagi 2 kad perniagaan.
    Selalunya kalau kad perniagaan ni bagi satu aje dan jangan kedekut fikir dah bagi
    atau tidak. Saya amalkan 2 muka surat depan belakang.Depan maklumat kita. Belakang pasal
    perniagaan kita. Boleh diamalkan. Tahniah dan terima kasih daun keladi.

  3. Dr Azizan Osman ini, tip pemasaran yang diberinya lain sedikit dari kebiasaan. Ada satu tip yang saya baca darinya yang kita selalu memberi hadiah kepada pelanggan barangan yang bercetak perniagaan kita berupa pen, payung, beg dan seumpamanya dan sesekali patut diberikan sesuatu yang orang tidak pernah beri, contohnya seperti seluar dalam yang bercetak perniagaan kita! Ada sesiapa mahu ikut tip ini?

  4. hanifah binti abdul karim
    August 1, 2011

    salam dr azizan,sebenarnya saya berminat dgn kejayaan dr,bagaimana saya nak jadi org yg berjaya juga///?

    1. Yang pertamanya, sila ubah mindset anda. Pastu tgk cashflow anda adakah ia berpenyakit? Jika banyak negatif, postifkan semula cashflow anda. Caranya belajar memanipulasi kewangan dan start buat bisnes yang anda tahu, menjana keuntungan. Dan baca banyak buku dan cari mentor yg berjaya yang anda suka nak tiru dia. Lain bidang, lain mentor. Cari guru yg betul. Sekian.

  5. MAT SUKRI B MAT LUDIN
    December 5, 2011

    Saya berminat untuk mengikuti seminar tuan,di mana tempat yang terdekat boleh saya pergi.Saya berada di bangi.

  6. saya berminat untuk menyertai seminar, saya berada diSelayang. Saya ada membuat perniagaan secara sampingan, masalah saya tidak pandai untuk menceritakan produk saya.

  7. Mohd fadzil
    January 4, 2012

    Sy bekerja sbgai technician di kilang kereta..dan sy juga melakukan kerja 4time iaitu consutant di maa takaful dan sy ada join mlm iaitu forever living..soalan sy apa yg harus sy lakukan utk berjaya menarik pelangan mengikut konsep marketing power?

  8. Zainun Ab Karim
    January 18, 2012

    Saya berminat untuk menyertai seminar Dr. Bila kah Dr akan mengadakan seminar tersebut di Kuantan or Kuala Terengganu.

  9. Meor Aziz Meor Ramli
    January 21, 2012

    Saya berminat untuk menyertai seminar yang Dr. anjurkan. Di manakah lokasi yang terhampir diadakan kerana saya tinggal di Teluk Intan, Perak.

  10. Saya pun ada terbaca artikel Bahasa Inggeris yang menyarankan enam perkara penting untuk mendapat wang melalui blog. Antara yang dinyatakan adalah membina email list dan lain-lain seperti yang dinyatakan dalam artikel ini. Langkah “memikat” prospek untuk menjadi pelanggan adalah suatu yang penting dan perlu dipelajari segala teknik dan penyampaiannya di laman blog. Kalau tidak, blog yang dihasilkan itu tidak akan kemana. Orang Negori Sembila kata – mengabieh kan bores ajo!.

  11. As Salam – Dr
    Saya telah hadiri seminar Jutawan Industri pada 19.10.2012 – Sebagai orang melayu tuan merupakan salah seorang anak melayu yang menjadi kebanggakan bangsa kita. Sambutan yang luar biasa hadiri adalah atas usaha/kejayaan tuan yang begitu cemerlang sekali. Seminar yang DR anjurkan pada hari itu merupakan lambang kejayaan kami orang melayu juga untuk DR khasnya. Biarpuan punggung beralaskan kapet letak kaki, kami rasa peluang bersama-sama DR amat bertuah sekali. Tip-tip yang dihantar melalui email saya merupakan sumbangan yang tidak ternilai. Sebagai rumusan suka saya nyata di sini bawa saya juga telah menghadiri seminar bersama-sama dengan Dato’ Dr Maznah baru-baru ini di Kota Bharu . Apa yang saya perhatikan dan hendak bagi tahu, tuan berdua orang kuat berdoa untuk kejayaan masing-masing. Syabas DR

  12. saya pernah mengikuti program dr…memeng best giler..memang meletop abis..
    sebenarnya nak jadi usahawan berjaya cuma perlu ubah diri sendiri menjadi seorang positif dan diikuti dengan usaha yang berterusan…dr dah bagi hampir beratus tip untuk buat marketing..semuanye berkesan..sy baru pakai satu tip dah menjadi…anda bila lagi?

  13. Aura Dr Azizan memang hebat. Seminar yang terbaru adalah Berani memang memberi kesan yang mendalam untuk saya berubah. Kepakaran beliau dalam marketing memang hebat juga. Rugi jika tidak berguru dengan beliau

  14. Assalammualaikum…Dr.
    Saya ingin mohon jasa baik Dr. Saya ingin berjaya dlm hidup ini,.ramai org memandang rendah pd sy..sekarang sy mahu berubah dan berkeyakinan..tetapi sy sendiri tdk tahu apekah keistimewaan yang ade pd diri sy…sy hrp Dr. sedia membantu sy.

    Sekian,Terima kasih

  15. NUR SAKINAH BINTI MUSTAFA
    April 15, 2013

    salam…dr.Azizan sy mhu berjya lam hdp ni..tp sy x tau bgaimna cranya..sy berminat pd bsns intrnet..terima kasih

  16. tahniah atas kejayaan dr. bukan mudah orang nak berkongsi ilmu dengan kita dan lain lain. berbagai dugaan yang perlu dilalui. teruskan perjuangan yang belum selesai.

    1. SETIAP ORANG XPERNAH PUAS HATI DGN KEJAYAAN ORANG..SEMOGA LANGKAH2 YANG DIBERI BOLEH MENYELAMATKAN HIDUP SESEORANG..

  17. Saya seorang kontraktor sambilan.. ingin mencari lebih banyak keuntungan.. berikan saya tips untuk mengubah kehidupan.

Pendapat anda?