4 Faktor Pengaruhi Kedudukan Di Enjin Carian 2013 (Infografik)

July 26, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Pemasaran SEO merupakan antara pemasaran internet yang paling berkesan untuk mendapatkan trafik ke website atau blog anda hanya melalui enjin carian seperti Google.

Namun begitu teknik SEO berubah-ubah dari sehari ke sehari kerana enjin carian terutamanya Google sering mengemaskini algorithm enjin cariannya dari semasa ke semasa, yang paling terkini Google Penguin 2.0 (22 Mei 2013).

Ini bermakna jika pada hari ini website atau blog anda berada di page pertama dengan menggunakan teknik seo tertentu, pada masa depan website atau blog anda tidak semestinya akan sentiasa berada di situ. Jangan terkejut jika ia jatuh ke page 4,5 ataupun terus hilang dari Google.

Jadi apakah faktor terkini yang mempengaruhi kedudukan website dan blog anda di enjin carian bagi tahun 2013 ini?

Baru-baru ini pihak SearchMetrics telah merumuskan kajian bagaimana anda mampu meningkatkan ranking website atau blog anda di Google dan apakah faktor penting yang mendorong kenaikan ranking tersebut dalam bentuk infografik di bawah untuk anda semua.

ranking-factors-uk-2013-infographic

-Sila klik gambar untuk pembacaan yang lebih jelas-

 

(Sumber gambar: planetc1)


Tags: , , , , , , , ,

Komen (5)

  1. google plus profile pula terlalu sensitif…sampai skrang profile saya kene suspend. x pasti apa mereka mahu.

Pendapat anda?