4 Idea Bisnes Pantas & Menguntungkan Masa Kini

June 12, 2013 — Penulis:

Kategori: Konvensional / Perniagaan

Dunia perniagaan pada hari ini penuh dengan pelbagai produk serta barangan yang  mampu menarik perhatian para pengguna. Kepelbagaian barangan serta kemajuan produk bergerak di dalam situasi yang sangat pantas selaras dengan kemajuan teknologi dan kepakaran terkini.

Takrif perniagaan zaman siber adalah suatu urusan jual-beli yang melibatkan pertukaran barangan dan wang ringgit yang dilakukan dengan cepat menggunakan teknologi terkini seperti pembayaran kad kredit secara ‘online’, ‘internet-banking’ dan ‘direct-transfer’.

Memahami kehendak pengguna merupakan suatu aspek yang sangat penting sebelum memulakan sesuatu perniagaan.  Perancangan sebelum memulakan perniagaan amat penting bagi menjamin kejayaan sesuatu usaha perniagaan tersebut.

Suatu ketika dahulu, perniagaan kenderaan atau kereta terpakai merupakan suatu perniagaan yang menguntungkan. Ini kerana pada ketika itu harga kereta-kereta terpakai setara dan tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan kereta baru yang terdapat di pasaran.

kereta-terpakai

Walau bagaimanapun, masa telah berubah dan keadaan pasaran telah pun berbeza pada masa kini. Terdapat lambakan pelbagai kereta terpakai yang dijual dalam pasaran semasa. Hasilnya, harga-harga kenderaan terpakai telah menjunam jatuh.

Ini ditambah pula dengan polisi syarikat-syarikat insuran tempatan yang mengenakan caj yang tinggi kepada kenderaan-kenderaan yang sudah ber’umur’. Justeru, terdapat pelbagai pilihan lain serta peluang perniagaan lain yang boleh diceburi oleh bakal usahawan pada hari ini selain bisnes kereta terpakai.

Menurut Sean Stonefield dari Forbes.com, terdapat lebih daripada 20 perniagaan yang telah dikenal pasti boleh dimulakan dengan segera. Perkataan ‘segera’ tersebut adalah berdasarkan kepada jumlah kos permulaan yang lebih rendah dan penggunaan perkakasan yang agak minimum bagi memulakan perniagaan-perniagaan tersebut.

Di antara perniagaan-perniagaan baru yang dicadangkan ialah:

 

#1 – Hos Perjumpaan Korporat & Sosial

Kadar pengangguran di Malaysia mencatatkan lebih kurang 3% – 3.1% pada masa kini (Jabatan Statistik Negara: www.statistics.gov.my). Dengan kadar tersebut, ruang masa yang dimiliki oleh penduduk Malaysia agak kurang terbatas dan ramai orang mempunyai lebihan masa yang agak ketara.

Tujuan diadakan perjumpaan tersebut adalah bagi mengumpul maklumat individu dan ianya sebagai platform untuk orang ramai bertukar-tukar maklumat mengenai perniagaan dan produk.

Pihak hos akan mengumpulkan data para peserta dan ianya akan dijadikan sumber rujukan oleh pihak ketiga dengan persetujuan para peserta. Pihak hos perjumpaan mempunyai data simpanan (database) yang boleh digunakan sebagai produk perniagaan. Maklumat tersebut amat bernilai harganya terutamanya di dalam pasaran terbuka pada masa sekarang.

 

#2 – Pembersih lukisan ‘grafitti’

Lukisan graffiti di tempat awam atau persendirian merupakan suatu idea kreatif yang tidak berapa digemari oleh pelbagai pihak termasuk pihak Majlis Perbandaran atau pemilik premis individu.

Walaupun lukisan graffiti semakin diterima di dalam masyarakat sebagi suatu cabang industri kreatif yang baru, ianya masih belum dapat diterima oleh sesetengah pihak di dalam masyarakat.

grafitti

Justeru, pihak Majlis Perbandaran ada menyediakan kawasan-kawasan yang digazetkan kepada para pelukis graffiti untuk mencurah idea kreatif mereka di dinding-dinding tertentu.

Kewujudan fenomena tersebut membuka peluang kepada usahawan yang berminat untuk menceburkan diri di dalam bidang pembersihan lukisan-lukisan graffiti di tempat-tempat yang tidak digazetkan.

Kelengkapan awal yang diperlukan ialah sistem pancutan air bergerak (mobile water-jet piping), berus penyental dan cecair pencuci yang boleh menanggalkan cat-cat terbabit.

#3 – Penyediaan Taman Asuhan Kanak-kanak

Perkembangan dunia  moden menyebabkan kedua-kedua ibu dan bapa di dalam sesebuah keluarga mempunyai karier yang tetap bagi memenuhi tuntutan perbelanjaan keluarga.

Anak-anak yang sedang membesar memerlukan didikan dan tempat jagaan yang sesuai sementera menunggu ibu bapa mereka pulang dari pejabat masing-masing.

Peluang untuk membuka pusat jagaan atau asuhan kanak-kanak merupakan suatu idea yang mempunyai kadar permintaan yang tinggi pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, para usahawan perlu mempersiapkan entiti perniagaan tersebut dengan lesen Majlis Perbandaran dari Majlis Tempatan serta tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan di dalam bidang pendidikan awal.

 

#4 – Perkhidmatan pelupusan dokumen & kertas bergerak (mobile paper-shredding service)

Perniagaan yang beroperasi pada masa sekarang menggunakan pelbagai dokumen berbentuk fizikal walaupun penggunaan ‘soft-copy’ sentiasa digalakkan bagi tujuan merendahkan kos operasi perniagaan dan untuk kebaikan alam sekitar.

Dokumen-dokumen yang dicetak di atas kertas apabila tidak lagi digunakan mestilah dilupuskan secara berjadual atau teratur bagi mengekalkan kerahsiaan dan mematuhi standard operasi perniagaan.

Ini membuka peluang kepada para usahawan yang ingin menceburi perniagaan melupuskan dokumen bergerak. Dengan berbekalkan mesih pelupusan (shredding-machine) dan kenderaan, usahawan tersebut bebas untuk bergerak dari pejabat ke pejabat.

kertas 1

Terdapat beberapa lagi jenis perniagaan yang boleh dimulakan dengan segera dan ringkas, tetapi ianya memerlukan penelitian rapi sebelum memulakan aktiviti perniagaan tersebut. Kajian mengenai kos dan aliran tunai mesti dirangka sebelum memulakan sesuatu perniagaan tersebut.

Dunia perniagaan yang semakin global mencetuskan pelbagai idea perniagaan yang menarik bagi para usahawan baru yang ingin menceburkan diri di dalam dunia perniagaan. Walau bagaimanapun, para usahawan tidak perlu terburu-buru di dalam menceburkan diri di dalam dunia perniagaan.

Ini kerana kajian pasaran dan persediaan ilmu simpan kira dan matematik penting bagi menjamin kesinambungan sesuatu usaha tersebut.

 

(Sumber gambar:  televisual,  magne.alvheim,  Melissa of craftgasm)


Tags: , , , , , , , ,
seo

Laporan Percuma Dominasi Google Dengan Kuasa SEO

Muat turun segera secara percuma 7 rahsia dominasi Google dengan kuasa SEO.

Muat Turun Sekarang

Komen (29)

  1. Idea no.4 agak sukar utk dilihat dilakukan.
    Hampir kesemua syarikat menganggap dokumen mereka adalah rahsia yg perlu dijaga.
    Utk membiarkan org lain tolong lupuskannya agak tidak masuk akal. Sedangkan syarikat mampu sahaja membeli mesin shredder sendiri.

    1. Saya seorang pemegang diploma pendidikan awal kanak2 dan pernah mengikuti krusus asuhan kanak2 yg diadakan oleh kebajikan masyarakat Untuk membuat cadangan no 3 bukan semudah y d sangka.. Banyak syarat2 yg di perlukan..Malah ramai kawan2 saya yg membuka pusat asuhan menghadapi banyak masalah untuk mendapatkan lesen dr beberapa pihak tertentu.. melainkan membuka pusat asuhan secara tidak sah..maksudnya membuka pusat asuhan yg tidak mempunyai lesen. Risikonya terlalu tinggi…

  2. 1. Idea no.4 sebenarnya boleh dilaksanakan ..sebenarnya terdapat beberapa syrkt di Malaysia yg menjalankan bisnes ini dibawah bidang PENGURUSAN REKOD. Cumanya kebanyakan adalah syarikat luar yg telah established di beberapa negara maju.
    2. Dalam bidang PENGURUSAN REKOD memang terdapat 1 aktiviti wajib yg mesti dilaksanakan oleh syarikat & jabatan iaitu aktiviti pemisahan rekod yg termasuk didalamnya adalah pemusnahan rekod.
    3. Aktiviti pemusnahan rekod boleh dilaksanakan oleh syarikat/jabatan sendiri atau diserahkan kpd syarikat yg dilantik utk menjalankan aktiviti pemusnahan rekod.
    Terima kasih

    Hafiz Radzi
    Jurulatih/Perunding Utama
    PENGURUSAN REKOD BISNES & KERAJAAN

  3. Idea No 3 tampak menarik tetapi risikonya teramatlah tinggi kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan anak orang. Dapat beberapa peluang tapi terpaksa tolak kerana tidak boleh handle risiko itu. :)

  4. Idea No 3 tampak menarik tetapi risikonya teramatlah tinggi kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan anak orang. Dapat beberapa peluang tapi terpaksa tolak kerana tidak boleh handle risiko itu.

  5. nordin bin abdullah
    June 17, 2013

    saya seorang yg membuka transit untuk kanak2 yg berumur 4 tahun hingga 12 tahun .kerana umur tersebut senag untuk di perhatikan .sehingga sekarang cita2 saya untuk membuka lebih banyak cawangan2 ke seluruh malaysia .-(ust din .tadika islam .kafa.kelas mengaji)

  6. Menarik idea biz ni, Saya nak buka car wash. Agak-agak idea biz ni ada dalam senarai tak nanti?
    Nak tau tips tentang biz car wash yang lain dari yang lain.

  7. nordin bin abdullah
    June 19, 2013

    Salam .saya ada bisnes tadika islam .kafa(kelas frdhu ain} kelas mengaji.mula2 saya bukak kelas memang payah di segi tenaga pengajar . kadang2 pelajar 30 orang pelajar saya mengajar mengaji . tapi lama kelamaan saya gajikan pekerja . selepas mengajar mengaji saya ke rumah2 utuk mengajar ke rumah pulak .memang sibuk tapi seronok sbb kita sibarkan ilmu .kelas tadika islam saya mengajar {saya g kursus tadika} saya mengajar kafa .dan saya gajar mengaji . kadang2 bibik tak ada so saya masak ,kebetulan saya pandai jugak mask2 ni .so setelah 6 tahun saya kena perluaskan lagi dan tinggikan lagi ape2 ilmu . inshaaalh akan bukak kelas tahfis full time dan part time .dan kelas2 tafaquh fiddin untuk kaum ibu dan bapa{kelas mendalami ilmu2 islam} semuga dengan ilmu yg ada dapat memberi sedikit sebanyak ilmu kpd anak2 dan ibu bapa . tapi adakah di luar saya sanggup buat mcm saya ?

  8. Saya amat tertarik dengan 4 idea bisnes segera. Sekarang pun masih ramai yang mengangur. Mungkin boleh ditambah satu lagi iaitu bisnes dropship. Ianya menjadi trend masa kini di Malaysia.

  9. Tak terfikir pulak bole buat mobile shredder. Tapi mcm mana agaknya nk usung machine tu ke hulu ke hilir ya.kebanyakan corporate company menyerahkan kerja pelupusan tu ke vendor masing2. Contohnya bank2 akan melupuskan document yang lebih dari 7 tahun. Vendor yang menyediakan servis menyimpan document ni biasanya akan dapat hak melupuskan terus dokumen tersebut.

  10. Setuju dengan Akmal Aizat, Biz Dropship Boleh Menjana Keuntungan Yang Banyak Dan Kurang Risiko.
    Hanya Perlu Servis Customer Dengan Baik Dan Jujur. Hanya Perlu Blog Yang Berkualiti Dari Segi Isi Kandungan, Traffic Dan Target. InsyaAllah Maju.

  11. salam..

    Idea-idea yang bernas diberikan oleh majalahniaga..

    saya juga sedang bangunkan 7 produk jenama sendiri.

    Alhamdulillah, bakal dilancarkan pada bulan 11 ini.
    InsyaAllah doakan.

    1. DD ad buat dropshipping, modal kecil n xd hassle. Cuma promote brg/estore n d rest company dropshipping yg uruskan. Kita tunggu commission. Cuma persentage sikit 20-40%. & xd leverage.
      Begitu juga DD juga sorg distributor pd produk makanan sunnah, modal kecil persentage pun sikit 20-40% gk. Xd leverage.
      Modal pasti untung belum tentu bila nk dapt.

      En.Hafiz..So bisnes networking adalah paling MUDAH & PANTAS..modal kecil, xd risiko, latihan,bimbingan disediakan percuma termasuk benefits2 lain & untung pun byk n cepat. Ad sykt yg beri hingga 71% payout. Walaubagaimanapun jgn mudah tertipu dgn pelbagai bisnes networking dluar..buat research, selidik kekukuhan sykt, jumpa org yg betul utk btanya. Jgn suka ikut2 je tau.

      Bisnes networking juga best dlakukn secara online.
      Online+ Networking = Massive & insanity Results.
      Kami di LGM (Lead Generation Mastery) melakuknnya.

  12. Actually,dlm bidang makanan pun boleh untung.Sebagai contoh ape yg sy nmpk di tesco,mereka letak roti kopi panas di ruang luar dan dilabelkan dgn haraga rm1..ape yg sy nampk pelanggan suka membeli dlm keadaan roti yg masih panas (memenuhi cita rasa pengguna).Roti perkara mudah yg boleh dibuat jika ada kemahuan dan buka minda untuk belajar.Just suggestion.

  13. buka biz yg boleh buat anda kaya..
    1-jadi penjenama bg produk sendiri
    contoh: cipta satu kiosk dan marketkan dlm ruang iklan letak syarat2 yg ringkas spt stiap kiosk atas jenama anda disewa belikan dan barangan basah dibawah kualiti penjenama..(anda juga yg suply brg basah tu..)
    sbb ramai peniaga melayu yg minat dan kekurangan modal anda bantu dgn konsep sewa milik.
    contoh harga kiosk dan barang2 basah lengkap bg waffle stall saya taruk lbh kurang rm2800.00
    ansuran sebulan kiosk rm280x10 dalam masa yg sama perniagaan kiosk tersebut juga ambil brg basah dari anda juga..hanya syer idea.

  14. Salam,sy wan dr perak.sy nak minta pandangan admin.umur sy 29,sy bt bisnes jual beli getah.niaga getah ni banyak risikonya.contoh lost air dr 3% hingga 15%.bisnes sy margin xtnggi,lbh kurang 2 hingga 5% ja.kadang2 nasib baik blh dpt hingga 7- 8% klu harga tengahari mencanak,kadang rugi lg coz harga turun tgh hari n air susut banyak.sy punya modal pusingan lebih kurang 100k.ada x bisnes lain yg lbh ok pada pendapat admin?blh bg idea x?tq…

    1. Wan..
      Tuan mempunyai lesen apa dr Lgm?
      Saya mempunyai lesen a(i) & (ii) membeli dan mnjual getah dan jga boleh d gunakan untuk mengimport getah. Saya nk sewakan lesen saya. Tuan ada cadangan? Boleh watsap saya 0175027869

  15. Bg DD xd bisnes yg senang..9/10 gagal dlm bisnes. Nk mmulakn bisnes perlukn modal yg besar..blm lg tmasuk running cost, logistic n mcm2 lagi.

    DD ad buat dropshipping, modal kecil n xd hassle. Cuma promote brg/estore n d rest company dropshipping yg uruskan. Kita tunggu commission. Cuma persentage sikit 20-40%. & xd leverage.
    Begitu juga DD juga sorg distributor pd produk makanan sunnah, modal kecil persentage pun sikit 20-40% gk. Xd leverage.
    Modal pasti untung belum tentu bila nk dapt.

    So bisnes networking adalah paling MUDAH & PANTAS..modal kecil, xd risiko, latihan,bimbingan disediakan percuma termasuk benefits2 lain & untung pun byk n cepat. Ad sykt yg beri hingga 71% payout. Walaubagaimanapun jgn mudah tertipu dgn pelbagai bisnes networking dluar..buat research, selidik kekukuhan sykt, jumpa org yg betul utk btanya. Jgn suka ikut2 je tau.

    Bisnes networking juga best dlakukn secara online.
    Online+ Networking = Massive & insanity Results.

Pendapat anda?