4 Model Lumayan Laman Web Keahlian (Membership Sites)

November 07, 2012 — Penulis:

Kategori: Online / Perniagaan

Dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi dengan anda 4 model laman web keahlian lumayan yang boleh digunakan dalam bisnes internet anda.

Model Bisnes Keahlian Clickbank

Pemilihan model laman web keahlian bergantung pada produk yang ingin anda berikan kepada para pelanggan. Ia juga bergantung pada strategi perniagaan jangkamasa panjang.

Ayuh, mari kita mulakan.

Model #1 – Produk Individu

Model laman web keahlian yang paling asas adalah laman web keahlian untuk satu produk individu. Maksudnya di sini, anda sebagai seorang penjual menjual satu produk utama. Untuk memperoleh produk tersebut, si pembeli perlu mengakses laman web keahlian yang telah disediakan oleh anda.

Dalam model laman web keahlian ini, pembayaran untuk produk selalunya dilakukan sekali sahaja atau once-off . Tidak ada sebarang pembayaran lanjutan daripada si pembeli. Konsep keahlian dalam model ini cuma dari segi keperluan mengakses ke laman web khas yang telah disediakan oleh si penjual.

Model ini sesuai jika anda menjual satu produk digital yang ringkas, dan anda mahu menjaga keselamatan produk tersebut daripada dimuat turun secara haram. Oleh kerana itu, anda menyediakan laman web keahlian untuk memastikan setiap ahli muat turun secara sah.

Model #2 – Produk Upgrade

Model laman web keahlian ini bersifat lebih advance berbanding laman web keahlian Produk Individu tadi. Dengan menggunakan konsep keahlian ini, si penjual menawarkan akses tambahan atau upgrade kepada si pembeli untuk produk yang dibelinya.

Model Bisnes Keahlian Versi Upgrade

Sebagai contoh, jika si pembeli telah membeli satu ebook daripada si penjual, di ruangan keahlian si penjual boleh memberikan pautan atau tawaran kepada satu produk yang lebih tinggi nilainya atau lebih premium berbanding produk ebook tadi.

Boleh jadi si penjual boleh menawarkan produk yang sama dalam bentuk audio atau video pada harga yang lebih tinggi berbanding harga ebook tadi. Dengan berbuat demikian, si penjual boleh menjana keuntungan tambahan, sekiranya ada ahli yang ingin meningkatkan keahliannya dan mendapatkan produk upgrade tersebut.

Model #3 – Produk Berkala

Strategi Produk Berkala sering dikaitkan dengan konsep laman web keahlian yang sebenar. Secara mudahnya, laman web keahlian untuk produk berkala memerlukan si ahli membuat pembayaran yuran keahlian secara berkala kepada si penjual.

Pembayaran berkala ini selalunya ditentukan oleh kekerapan penambahan nilai atau update pada produk atau pakej yang dilanggan.

Sebagai contoh, jika si penjual menawarkan laman web keahlian yang memberikan koleksi ebook dengan Master Resell Rights (MRR) kepada ahli-ahlinya pada setiap bulan, maka si penjual boleh mengenakan yuran keahlian pada setiap bulan.

Ini membolehkan si penjual untuk menjana pendapatan secara berterusan daripada setiap ahli laman web keahliannya.

Terdapat juga produk yang dikenakan yuran keahlian secara mingguan seperti untuk koleksi artikel. Ada juga secara tahunan seperti langganan perkhidmatan hosting laman web.

Strategi ini boleh disesuaikan berdasarkan keperluan dan strategi perniagaan anda.

Model #4 – Keahlian Komuniti

Model laman web keahlian yang terakhir menggunakan konsep komuniti. Konsep komuniti ini bermaksud, sebagai seorang ahli anda boleh mendapat akses atau network kepada sekumpulan individu atau syarikat khas yang berkaitan dengan laman web keahlian yang ditawarkan tersebut.

Model keahlian ini boleh wujud secara percuma dan juga boleh wujud secara berbayar. Jika ianya percuma, si penjual akan menjana wang melalui cara lain seperti pengiklanan atau melalui tawaran pakej upgrade kepada ahli-ahlinya.

Jika ianya berbayar, akses kepada komuniti yang ditawarkan perlulah bernilai dan berkualiti yang boleh menarik minat pengunjung untuk melanggan keahlian komuniti tersebut.

Contoh laman web komuniti berbayar adalah seperti Clickbank.

Ia memerlukan si pemilik produk digital membayar yuran pendaftaran produk, untuk membolehkan para affiliate yang berada dalam portal tersebut untuk mula mempromosi produk si pemilik. Contoh lain adalah laman web dropship produk fizikal yang menawarkan akses, kepada syarikat-syarikat yang menghasilkan produk dan melakukan dropship untuk ahli-ahli yang melanggan laman web keahlian komuniti tersebut.

Yuran keahlian komuniti ini boleh ditawarkan secara sekali gus (once-off) atau boleh dikenakan secara berkala. Bergantung kepada strategi si pemilik laman web.

Pilih Model Bisnes Internet Anda Sekarang

Itulah secara ringkas, model-model laman web keahlian yang boleh anda hasilkan. Sebarang model laman web keahlian yang lain selalunya adalah pecahan daripada model-model utama ini.

Insya-Allah di dalam artikel pada bulan hadapan, saya akan kongsikan dengan anda strategi memilih model laman web keahlian yang terbaik untuk bisnes anda.

Sehingga berjumpa lagi di kesempatan yang akan datang, salam hormat dan salam kejayaan daripada saya.

Kredit: Clickbank, Johnpetruse, Diymom.


Komen (1)

Pendapat anda?