4 Penyebab Laman Web Anda Kurang Pelawat

June 02, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Pemasaran / Strategi Online & Offline

Setelah berjaya membangunkan sebuah laman web, anda menanti respon pengguna serta trafik laman web anda. Beberapa hari berlalu namun tiada sebarang perubahan atau jumlah pengguna internet yang melawat laman web anda hanya beberapa orang sahaja.

Anda juga berharap daripada laman web yang telah direka itu, maka ia akan membawa masuk pelanggan untuk anda, melakukan jualan atau mengembangkan bisnes anda. Jika laman web anda tidak direka khusus untuk mendapatkan pelanggan yang ideal, maka jangan mengharapkan sebarang perubahan kepada trafik pelawat mahupun peningkatan terhadap jualan bisnes anda.

Jika anda menggunakan media sosial dan lain-lain jenis pemasaran untuk memandu trafik ke laman web atau blog anda, anda harus membina laman web yang membantu ke arah itu. Jika anda tidak berusaha membina laman web yang strategik dan efisyen, peratus untuk anda memperoleh keuntungan daripada medium laman web amat tipis.

Tidak ramai pereka web yang berwibawa di luar sana dan hanya sebilangan kecil pembangun/pemaju laman web (web developer) yang tahu tentang pemasaran online berkesan menerusi laman web. Oleh itu, jika anda sendiri tidak belajar serba sedikit tentang penggunaan optimum laman web sebagai medium pemasaran, maka upah yang dibayar kepada pereka laman web akan jadi sia-sia.

Juga terlalu sedikit usahawan yang tidak tahu dan sedar bahawa sukar untuk mendapatkan keuntungan hanya bersandarkan kepada pakej sedia ada yang ditawarkan atau dibina oleh pereka laman web. Untuk menarik pelanggan, anda sendiri yang perlu tahu dan belajar apa yang perlu dan tidak perlu dimuat naik di laman web perniagaan anda.

Laman Web Pendidikan

Berikut merupakan 4 perkara yang perlu dikenal pasti dan dielakkan apabila membina laman web perniagaan.

1) Tiada Cara Untuk Tindakan Lanjut/Seterusnya

Setiap halaman laman web anda perlu meminta pelawat untuk melakukan sesuatu seperti:

  1. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut;
  2. Beli sekarang;
  3. Daftar di;
  4. Dial nombor ini sekarang
  5. Tonton/baca video/artikel selanjutnya

Anda harus memberitahu pelawat apa yang perlu dilakukan seterusnya dengan cara yang mudah dan jelas arahannya. Iklan produk atau servis anda tidak bermakna tanpa petunjuk atau arahan selanjutnya daripada anda.

Contoh Laman Web

2) Maklumat Tidak Cukup

Pelawat yang bersedia membeli produk anda atau berminat dengan perkhidmatan yang ditawarkan terdiri daripada pelawat yang faham dan jelas tentang maklumat produk/servis. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil kira apa yang pelawat mahu tahu dan soalan-soalan berkemungkinan yang akan ditanya oleh pelawat/bakal pembeli.

Terlalu Banyak Maklumat

3) Berlebihan Maklumat

Ingatkan diri untuk fokus kepada satu perkara/produk pada satu-satu masa sahaja. Matlamat maklumat mengenai produk yang anda tawarkan ialah agar pelawat faham dan jelas dengan faedah yang akan diperoleh daripada produk/servis tersebut.

Beritahu pelawat/bakal pembeli apa yang anda tawarkan dan kepada siapa, kebaikan dan ciri-ciri penting produk. Kemudian, bantu mereka untuk tahu lebih lanjut hanya dengan dua klik atau kurang (bagi mengelak hilang fokus).

Sekiranya anda menjual tiga perkhidmatan dan lima produk, elakkan daripada menyenaraikan kesemuanya sekaligus dalam satu halaman. Perkara ini boleh menimbulkan kekeliruan dan menurunkan minat pelawat/bakal pembeli.

Keadaan meletak semua produk/perkhidmatan dalam satu halaman memberi tafsiran kepada pembeli bahawa anda seolah-olah mendesak atau terdesak dan mahu pelawat/bakal pembeli membeli semua yang anda tawarkan.

Sebaliknya, bina halaman utama yang lengkap dengan ikon atau pautan navigasi yang akan membawa pelawat/bakal pembeli ke laman yang lain membantu mempermudah pencarian dan pembacaan meeka tentang satu-satu produk.

Egosentrik

4) Laman Web Anda Bersifat Egosentrik (Syok Sendiri)

Sekiranya laman web anda hanya bercerita tentang pengalaman pahit dan jerit-perih membina empayar perniagaan, biodata anda, keluarga, sejarah pendidikan, sejarah terlibat denga perniagaan dan lain-lain lagi, ia tidak lebih hanya membuatkan pelawat terus klik pada butang pangkah (x) pada laman web anda.

Berhati-hati jika mahu memperkenalkan syarikat dan diri anda. Sentiasa ingat konsep KISS dalam penulisan ‘summary’ dalam subjek bahasa Inggeris sewaktu zaman persekolahan dahulu.

KISS = Keep It Short and Simple

Beri lebih tumpuan kepada pelanggan. Berceritalah tentang kepentingan yang relevan diantara pelawat/bakal pembeli dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Olah masalah yang dihadapi masyarakat dengan keperluan terhadap produk yang ditawarkan.

Beritahu pelawat dan pembeli bagaimana anda boleh membantu mereka. Tunjukkan dengan jelas tetapi ringkas dan padat tentnag bagaimana produk/servis atau laman web anda membantu pelawat yang sedang mencari-cari maklumat yang berkaitan.

Fungsi Laman Web Bertambah, Jumlah Pelawat Menurun

Sebenarnya terdapat lebih daripada apa yang disenaraikan di atas. Namun, perkara-perkara yang disebutkan di atas antara kesilapan yang sering dilakukan para usahawan intyernet yang masih ‘hijau’. Fahami empat perkara di atas dan insha’Allah ia akan memandu anda dalam membina laman web yang berkualit sekaligus meningkatkan trafik pelawat anda.

Jangan cepat teruja menambah fungsi yang pelbagai atau kelihatan sofistikated pada laman web anda. Sebaliknya, belajar dan perbaiki kesilapan sedia ada serta kaji corak pelawat yang relevan dengan konsep laman web dan matlamat produk/servis anda daripada menambah fungsi pada laman web dan kehilangan lebih ramai pelawat dan kerugian wang.

Kredit foto: wpgreathostrobotjohnnycontohopengrouptheurbanclown


Komen (7)

  1. Assalammualaikum.

    Terima kasih di atas tips berguna pada artikel puan. Banyak yang perlu di perbaiki lagi. insya Allah.

Pendapat anda?