4 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Melancarkan Viral Marketing

November 03, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Pemasaran / Strategi Online & Offline

“Apa khabar? Sihatkah hari ni?”

Pernah dengar tak, ada sesetengah restoran yang mengalami kebanjiran pelanggan hampir setiap malam? Tentu pernah, kan? Ada juga yang kita sempat menjadi di antara umat manusia yang membanjirkan restoran tersebut. Bagaimana mereka buat pemasaran?

Kali ini, saya nak ceritakan sedikit perihal cerita mulut ke mulut ni. Haa. Yang ni bukan mengumpat. Yang mengumpat tu tak bagus. Berdosa besar tu. Na’uzubillah.

Dalam bahasa ‘dulu-dulu’ ramai yang mengistilahkan pemasaran percuma macam ni dengan nama words of mouth (WOM). Sekarang ni, ia lebih dikenali sebagai ‘viral marketing’. Fungsinya lebih kurang sama juga. Pemasaran secara percuma yang dilakukan oleh orang atau pelanggan terdahulu melalui cerita atau testimoni tidak rasmi mereka.

Kuasa viral marketing ni sangat hebat. Sampaikan sesuatu cerita yang tidak betul, jika menggunakan kaedah ni, boleh berantakan rumah tangga. Hebat, bukan?

Dalam bisnes, strategi nak menggunakan viral marketing ini perlu ada;

1 – Produk yang kuat daya penariknya

Saya berpendapat, produk yang hebat akan mudah menarik pelanggan mencuba atau membelinya. Tanpa produk yang hebat, sangat susah untuk memuaskan hati pelanggan. Sebab apa?

2 – Pelanggan yang berpuashati

Pelanggan berpuas hati

Jika pelanggan tadi berpuas hati, anda tidak perlu bersusah-payah meminta pelanggan menghebahkan mengenai produk dan perniagaan anda. Mereka akan membuat semua itu tanpa anda meminta, apatah lagi disogok.

3 – Sistem pengurusan yang terpuji.

Sistem pengurusan adalah sesuatu yang penting dalam perniagaan. Anda kekurangan pada bahagian ini, maka dikhuatiri akan pincanglah strategi ini nanti. Tetapi, apa yang perlu diurus?

Sistem pengurusan adalah sesuatu yang penting dalam perniagaan. Anda kekurangan pada bahagian ini, maka dikhuatiri akan pincanglah strategi ini nanti. Tetapi, apa yang perlu diurus?

Baik, dalam memastikan sesuatu produk atau makanan di restoran adalah dalam keadaan hebat, ia perlu dijaga dan diurus dengan cara yang sama. Masakan perlu dimasak menggunakan resipi yang sama. Produk anda dihasilkan oleh kualiti yang sama.

Jika anda menjual produk orang lain, anda perlu pastikan sistem penghantaran dan penerimaan pesanan berada dalam keadaan lima bintang. Hari ini pelanggan membuat pesanan, semalam sudah sampai. Erk? Boleh gitu? Hehehe.

4 – Kecekapan mengurus pelanggan (customer service)

Yang terakhir adalah cara anda mengurus pelanggan-pelanggan anda. Tidak kiralah anda membuat bisnes di Internet atau menjual makjun di tepi jalan sekalipun, jangan melupakan bahagian customer service ini. Pelanggan yang dilayan dengan baik akan menjadi orang yang sangat suka bercakap mengenai anda.

Jika anda adalah seorang agen insurans, pelanggan anda dimasukkan ke wad, jangan lupa melawatnya.

Business Discussion

Bawa buah tangan yang lain daripada orang lain. Biasanya pesakit diberikan buah-buahan.

Sampaikan kadang-kadang berbakul-bakul. Cuba tukar sedikit. Mungkin anda boleh bawakan pizza untuknya. Sudah pasti pelanggan tadi akan ingat anda sampai bila-bila. Pesanan saya, biar indah pada khabar, jangan buruk pada rupa.

Dengan adanya keempat-empat perkara di atas, anda sudah boleh menggunakan strategi viral marketing ini.

Kredit: Calaqisya, InFocus


Tags: , ,

Komen (1)

  1. Assalamualaikum tim majalah niaga,

    Terima kasih dengan perkongsian info di atas. Pengalaman saya ketika mempromosikan produk kesihatan melalui internet, memang tepat dengan apa yang disebutkan di atas.

    Saya mempromosikan produk khusus untuk mereka yang sakit buah pinggang dan terbukti berkesan hasil pengalaman saya sendiri, memang menjadi laris melalui viral marketing. Macam mana saya tahu?

    Saya tanyakan pada mereka yang baru nak mencuba produk tersebut kali pertama, bagaimana mereka dapat tahu laman web atau no tel saya. Katanya ada kawan yang beritahu tentang produk tersebut.

    Paling penting sekali ialah produk yang terbukti berkualiti. Lebih baik kalau produk itu adalah pengalaman kita sendiri menggunakannya. Seterusnya, customer servis. Walaupun prospek hanya bertanya dulu untuk kali pertama, layan je pertanyaan tersebut.

    Lambat laun pasti mereka akan beli juga produk yang kita niasagakan. Terima kasih sekali lagi.

Pendapat anda?