5 Angka Jual Produk Digital Di eBay

May 07, 2012 — Penulis:

Kategori: Online

Ramai orang yang mempunyai pemahaman bahawa kita cuma boleh menjual produk fizikal di portal eBay. Sebenarnya, kita juga boleh menjual produk digital di portal eBay. 

Perniagaan eBay - Jual Produk Digital (e-book)

Terdapat pelbagai produk digital yang wujud pada masa kini seperti e-book dalam format PDF, audio dalam format MP3, video dalam format AVI dan pelbagai perisian khas untuk komputer.

Setiap produk ini boleh anda jual di portal eBay jika anda mematuhi syarat-syarat penjualan produk digital yang telah ditetapkan oleh mereka.

eBay – Syarat Jual Produk Digital

Format produk jualan untuk produk digital yang diterima oleh pihak eBay adalah dalam format fizikal seperti dalam bentuk CD atau DVD. Maksudnya di sini, anda perlu memasukkan produk digital anda itu ke dalam satu CD atau DVD.

Jual Produk Digital Guna CD atau DVD

Kemudian produk fizikal itu yang akan anda jual dan hantar kepada para pelanggan anda.

Jika anda tidak mematuhi peraturan yang telah digariskan oleh portal eBay ini, maka pihak eBay boleh menghentikan jualan anda dan akaun anda boleh digantung.

Oleh itu, anda perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak eBay sekiranya anda ingin menjual produk digital di dalam portal tersebut.

Sudah pasti peraturan yang dikenakan oleh pihak eBay ini nampak leceh. Tetapi sebenarnya penjualan produk digital mempunyai kelebihan positif yang jauh lebih banyak berbanding penjualan produk fizikal.

5 Kelebihan Jual Produk Digital di eBay

Berikut adalah beberapa kelebihan menjual produk digital di portal eBay:

#1 – Mudah Dihasilkan & Berkos Rendah

Produk digital secara amnya mudah untuk dihasilkan dan kos produksinya adalah murah.

eBay - Jual Produk Digital (e-book Facebook)

Sebagai contoh, jika kepakaran anda adalah menjual barangan di Facebook, anda boleh menghasilkan satu e-book ringkas tentang cara untuk menjual barangan di portal Facebook kemudian menjualnya di portal eBay.

Anda boleh menghasilkan ebook tersebut dengan hanya menggunakan pelbagai perisian percuma yang boleh anda perolehi daripada Internet. Setelah ebook tersebut siap, anda boleh menjual ebook tersebut di portal eBay.

Anda boleh mengemaskini maklumat yang terdapat di dalam ebook tersebut pada bila-bila masa dengan mudah tanpa sebarang kos tambahan. Ini bermaksud, anda cuma perlu berusaha sekali saja untuk menghasilkan produk digital tersebut dan seterusnya boleh menjualnya berulang-ulang kali untuk mendapatkan keuntungan berterusan di portal eBay.

#2 – Beli Lesen Produk Lain Jika Malas

Jika anda tidak tahu menghasilkan ebook atau produk digital sendiri, dengan mudah anda boleh mendapatkan bekalan produk digital daripada sumber-sumber lain seperti dengan menggunakan produk-produk yang mempunyai:

  • Resell Rights,
  • Master Resell Rights atau,
  • Private Label Rights.

#3 – Untung 100%

E-book dan produk digital mampu memberikan anda keuntungan yang tinggi sehingga hampir 100%. Anda cuma perlu menghasilkannya sekali sahaja dan anda boleh menjualnya berulang-ulang kali selama-lamanya.

E-book yang saya hasilkan 5 tahun yang lalu masih lagi menjana wang untuk saya sehingga ke hari ini.

#4 – Kos CD dan DVD yang Rendah

Kos untuk membeli CD atau DVD adalah murah dan tiada kos untuk memasukkan (burn) produk digital anda ke dalamnya. Kerana hampir kesemua komputer mempunyai fungsi burn padanya yang boleh anda gunakan pada bila-bila masa.

Jual Produk Digital Dengan DVD

Ini secara langsung dapat mengurangkan kos modal yang perlu anda keluarkan, sekiranya anda melakukan persiapan untuk CD atau DVD ini dengan sendiri tanpa perlu membayar pihak lain.

Jika anda tidak berminat untuk melakukan kesemua ini sendiri, anda boleh mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga untuk menyediakan CD atau DVD anda seperti Kunaki.

#5 – Tidak Perlu Simpan Stok

Anda tidak memerlukan sebarang ruang penyimpanan untuk e-book dan produk-produk digital anda. Ruangan penyimpanan anda cuma dihadkan oleh jumlah ruang yang terdapat di dalam hard disk komputer anda.

Dengan ini tiada kos penyimpanan dan tiada masalah kawasan penyimpanan yang bersepah di tempat anda.

Satu Peluang Perniagaan Untuk Diterokai

Seperti yang dapat anda lihat di dalam perkongsian saya tadi, terdapat pelbagai kelebihan menjual produk digital berbanding produk fizikal di portal eBay.

Oleh itu, ia merupakan satu peluang perniagaan yang wajar untuk anda pertimbangkan sebagai seorang usahawan eBay yang berjaya.

Sehingga kita berjumpa lagi di keluaran yang akan datang, salam hormat dan salam kejayaan!

Kredit: eBay, CJS Technologies, Megabytes.


Tags: , ,

Komen (7)

    1. Saya pernah berbual dengan seorang rakan yang menjual produk melalui ebay. Kebanyakan pembelinya adalah dari negara luar, termasuk Amerika, Australia dan Singapore.

      Beliau pernah beritahu, untuk penghantaran ke luar, biasanya pihak penjual akan bertanya pembeli dahulu cara penghantaran yang sesuai. Sama ada Airmail atau jalan laut. Melalui udara biasanya cepat, tetapi kos agak tinggi.

      Dah dapat persetujuan, baru barang akan dipos.

      Kalau dalam hal ni, produk digital yang di pakej dalam bentuk CD, mungkin sesuai menggunakan Airmail. Boleh dapatkan maklumat dari pihak Pos Malaysia atau pihak kurier yang menyediakan servis macam ni.

  1. Terima kasih atas panduan yang diberikan.Panduan yang diberikan amat menarik.Kena cuba ni.Bukan senang nak dapat trafik dengan banyak kat ebays ni.hehehe

  2. Saya sudah membaca dan pada pandangan saya kebanyakan pakta adalah , sangat membantu mereka yang sedang dan akan melibatkan diri di pasaran ebay.
    untuk diri saya artikal ini, sebagi maklumat berharga, sebab saya belum terlibat dengan pasaran ebay ini.

    Saya sebenarnya sangat berminat untuk menerukai pasaran di ebay tetapa tiada ilmu untuk kasitu,

    tulung beri petunjuk ,pengenalan dan kaedah dan cara,untuk memasuki pasaran ebay dan kalau ada ebook peringkat pengenalan dan permulaan tulung tunjukan pada saya.insya Allah say akan cuba melakukanya.

  3. Terima kasih kerana berkongsi panduan yangsangat berguna ini.
    Menjual produk digital di laman eBay sungguh berbaloi and less headache
    jika kena caranya.

Pendapat anda?