5 Angka Sebulan Dengan Blog – 10 Tip Daripada Pengasas Oh Media

December 05, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Baru-baru ini, kami diberikan peluang untuk menemubual seorang usahawan muda yang berusia 23 tahun. Beliau cukup popular dengan identitinya yang tersembunyi dalam dunia blogging.

oh media network

Malah sehingga kini, individu yang dikenali sebagai Khai Hassan atau Justkhai sedang bekerja keras membina empayar perniagaan bercirikan media baru yang diberi nama Oh Media.

5 Angka Sebulan Dengan Blog

Antara blog-blog di bawah jenama Oh Media adalah:

Selain daripada itu, Oh Media turut membangunkan stesen radio online tempatan yang diberi nama Oh Media FM.

laman blog kendalian oh media network

Jenama ini merupakan satu fenomena dalam industri blogging tempatan di mana  Facebook Pages Oh Media tersenarai sebagai Facebook Pages yang pantas berkembang, selaras dengan jenama-jenama besar yang lain seperti Air Asia, Upin dan Ipin.

Sehingga tarikh kami menerbitkan artikel ini, jumlah pengguna Facebook yang berada dalam komuniti Oh Media adalah seramai 400,000 orang.

Namun begitu, apakah rahsia kejayaan usahawan muda ini? Tidak ramai yang berpeluang untuk memperoleh ilmu berdasarkan pengalaman beliau dalam membina perniagaan berasaskan blogging secara spesifik.

Justeru itu, kami akan menyenaraikan 10 tip yang dikongsikan beliau dalam temuramah eksklusif bersama Majalah Niaga. Temuramah versi penuh hanya boleh dimiliki apabila tuan dan cikpuan mendaftarkan diri dalam Seminar Blogging yang akan berlangsung pada 24 Disember 2011 ini.

Terdapat 4 elemen yang berkait rapat dengan 10 tip yang dikongsikan oleh pemilik Oh! Media ini iaitu:

  • Pendirian diri.
  • Pemasaran blog.
  • Buat duit dan membina perniagaan blogging.
  • Tip kejayaan dan hidup mewah dengan blog.

Elemen #1 – Pendirian Diri

Bagaimana Khai membuat keputusan untuk memilih platfom blogging sebagai satu kerjaya, sedangkan ketika itu peluang untuk hidup sepenuh masa dengan blog menerusi pasaran tempatan adalah berisiko tinggi?

khai oh media

Dalam elemen pertama ini, terdapat 4 perkongsian beliau yang dapat memberikan inspirasi kepada kita untuk memulakan langkah pertama sebagai blogger.

1 – Mahu Hidup Bebas dan Menjadi Bos Untuk Diri Sendiri

Perasaan untuk mengawal aliran kewangan dan punca pendapatan secara total membuatkan beliau membuat keputusan untuk menjadikan blogging sebagai satu kerjaya.

Ini juga yang menyebabkan beliau berminat untuk menjelajahi dunia blogging tempatan, meskipun ia tidak menjanjikan sebarang kemewahan ketika itu.

2 – Blogging Sebagai Karier, Bukan Sekadar Hobi

Ramai orang yang mempunyai hobi dalam kehidupan mereka. Tetapi hobi semata-mata tidak dapat memberikan pulangan yang lumayan. Justeru itu, Khai bertukar gaya fikir tentang blogging dengan menganggap ia sebagai satu karier atau kerjaya.

blogging sebagai karier, bukan sekadar hobi

Dengan ini, beliau memegang tanggungjawab bagi memastikan blog-blog kendaliannya mempunyai strategi untuk menjana pendapatan secara berterusan.

3 – Ada Strategi dan Perancangan

“A plan is a list of actions arranged in whatever sequence is thought likely to achieve an objective.” – John Argenti, author and founder of the Strategic Planning Society

Melakukan sesuatu secara tergopoh-gopoh dan membabi buta akan menyebabkan kita tersesat di pertengahan jalan. Manusia yang berjaya adalah manusia yang mempunyai strategi dan perancangan dalam kehidupannya.

Begitu juga pemilik jenama Oh Media ini. Beliau merancang perjalanan blognya sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan. Ini bagi memastikan syarikatnya dapat meminimakan risiko sebaik mungkin.

4 – Buat Sesuatu Untuk Dapatkan Sesuatu

Apabila ditanya mengenai rahsia produktiviti Khai, beliau menjawab, “Saya melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.”

Kenyataan ini jelas menunjukkan, apabila kita sudah jelas dengan hasil yang bakal kita peroleh, maka estim dan keyakinan diri akan meningkat untuk terus bertindak sehingga ia tercapai.

Elemen #2 – Rahsia Pemasaran Blog Oh Media

Kunci utama untuk membangunkan blog yang mempunyai nilai aset sehingga puluhan ribu, adalah jumlah komuniti yang mempercayai pada jenama blog kita. Menurut Khai, berikut adalah cara yang beliau lakukan sehingga hari ini untuk meningkatkan jumlah pelawat, dan memperoleh kepercayaan daripada mereka.

5 – ‘Tidak’ Pada SEO, ‘Ya’ Pada Killer Content

Mengoptimasikan artikel untuk menarik perhatian penyedia servis enjin carian tidak dapat menjamin kejayaan blog. Ini kerana manusia yang akan membaca dan menilai kualiti setiap artikel dalam blog kita.

facebook oh media

Justeru itu, Khai tidak menumpukan 100% terhadap SEO (Search Engine Optimization / Optimasi Enjin Carian). Tetapi beliau menumpukan artikel yang berkenaan dengan isu semasa, isu terkini, menarik perhatian, dan mempunyai manfaat kepada para pembaca.

6 – Facebook Pages

Kekuatan Oh Media juga bergantung pada kekerapan mereka meluangkan masa untuk berinteraksi dengan komuniti. Kewujudan Facebook Pages yang mempunyai lebih 400,000 pengikut setia ini menyebabkan blog-blog kendalian beliau sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

7 – Mengkaji Keperluan Pembaca

Untuk menghasilkan artikel yang berkualiti dan sentiasa viral, Khai menyatakan kajian terhadap keperluan pembaca adalah kunci utama. Dengan mengetahui maklumat yang pembaca perlukan, kita dapat mengumpulkan bahan-bahan rujukan dari pelbagai sumber.

Secara tidak langsung, pembaca akan rasa teruja dan gembira kerana kita berjaya memikat hati mereka dengan artikel yang mereka inginkan.

Elemen #3 – Cara Buat Duit Dengan Blog

Antara motivasi pemilik Oh Media memilih medium blog sebagai kerjaya adalah potensi untuk menjana pendapatan. Sehingga kini, beliau menyatakan blog-blog kendaliannya sudah mencapai keuntungan sebanyak 5 angka setiap bulan.

oh media network

Antara medium buat duit yang digunakan sehingga hari ini adalah:

8 – Pengiklanan

Pengiklanan ini tidak terhad kepada advertising network seperti Innity, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya. Di mana kita sendiri boleh bertindak untuk menawarkan harga iklan yang sesuai kepada syarikat yang berminat.

Teknik ini diajar secara langkah demi langkah, menerusi Seminar Blogging anjuran Tim Majalah Niaga.

9 – Servis

Katanya, “Gunakan kemahiran diri yang kita ada untuk buat duit lumayan.” Khai menggunakan kemahiran beliau dalam dunia blogging untuk menawarkan servis. Salah satu daripadanya adalah servis pemasangan dan konsultansi blog.

Servis ini sahaja akan memberikan jumlah keuntungan sehingga 3 hingga 5 angka untuk setiap satu klien.

Elemen #4 – Tip Berjaya dan Hidup Mewah Dengan Blogging

Berdasarkan perkongsian pemilik jenama Oh Media mengenai rahsia kejayaan beliau dalam dunia blogging, kami dapat simpulkan kepada:

shoemoney

10 – Formula 3K

Formula ini yang beliau gunakan berkali-kali untuk memperoleh kejayaan dalam setiap blog yang dikendalikan. Maksud 3K ini adalah:

  • Kerja keras – Buat duit lumayan dengan blog mengambil masa yang lama. Ramai yang mengaku kalah sebelum bekerja keras.
  • Konsisten – Sentiasa bertindak setiap hari untuk meningkatkan jumlah pelawat, penerbitan artikel dan aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kejayaan blog.
  • Keluar daripada zon selesa – Kebanyakan blogger bermula daripada rumah. Ia adalah zon selesa yang membuatkan kita liat untuk melakukan formula pertama iaitu kerja keras. Cari jalan penyelesaian untuk keluar daripada zon selesa setiap hari.

Kami Tunjukkan Cara Buat RM300 Dengan Blog

Pengalaman dan perkongsian daripada Khai ini memberikan inspirasi kepada kami untuk membawa blog Majalah Niaga dan Komik Niaga ke tahap yang lebih tinggi.

seminar blogging majalah niaga

Dalam masa sama, memotivasikan kami untuk berkongsi pengalaman kami menjana pendapatan dengan blog kepada tuan dan cikpuan menerusi Seminar Blogging anjuran Majalah Niaga.

Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat dan mendapat pendedahan kepada rakan-rakan Internet di luar sana. Untuk memperoleh versi temuramah penuh bersama Khai, yakni pemilik jenama Oh Media secara percuma, maka daftarkan diri dalam Seminar Blogging hari ini.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (jakebutz), Facebook Oh Media, Laman rasmi Oh Media Network)


Tags: , , , , , , , , , , ,

Komen (94)

  1. Tahniah, MajalahNiaga! Perkongsian yang memberi manfaat besar kepada pembaca dan peminat blogging tanahair! Semestinya jenama Oh Media memang terkenal dalam dunia blogging tempatan serta di segenap negara rumpun. Semoga dengan perkongsian ini lebih ramai lagi individu yang menceburi bidang penulisan blog akan kaya dan berjaya seperti Tuan Khai Hassan. Syabas!

  2. Salam, OhMedia lebih kepada niche dalam bidang Hiburan. Saya setuju dengan semua elemen yang disebut di atas untuk memantapkan blogging. Namun kena fikir sama soal gambar-gambar artis yang dipaparkan. Semua itu masuk dalam rezeki yang akan menjadi darah daging. Wallahua’lam.

  3. kalau sesiapa tak kenal ohtidak.com, ohartis .com terbukti beliau hanya online hanya bermaen facebook…kalau dekat u, blog oh ini menjadi 1 tarikan~ beliau mmg hebat~

    1. Ya. Jenama ini begitu hebat sehingga menular dalam kalangan budak-budak universiti di luar sana. Mari kita ambil ilmu bermanfaat yang dikongsikan beliau dalam temuramah eksklusif. 🙂

  4. buat mase sekrang…blog saya anggap sebagai hobi dan tak terfikir nak buat jadik karier…tpi memang bijak ape yang dikatakan oleh oh media….insyallah saya akan amalkan ape yang dinyatakan…

  5. sape-sape saja leh jadi macam apa yang ohmedia buat. pokoknya, kita mahu atau tidak dengan cara tu? aku tak mahu. sebab aku ada jalan aku sendiri. biarpun tidak sekencang mereka yang aku dapat. tapi tu dah memadai. duit banyak-banyak pun..bukan leh bawa mati kan? cukuplah untuk aku dan keluarga aku. dapat sedekah sikit-sikit, itupun dah cukup bagus.

    untuk niche hiburan. terlalu senang nak meletup. cuma aku kurang selesa dengan niche ini. Sebab tu aku tak sentuh sangat benda nih dan tumpu pada benda yang aku minat aje. Jadi, tak susah nak dapat 5 angka sebulan. Cuma dari kita aje. Semua orang boleh buat punya. Aku dah cuba. ramai yang dah berjaya.

    1. Benar tuan. Niche hiburan bukan pilihan utama untuk berjaya dalam dunia blog. Banyak lagi pasaran-pasaran lain yang lebih meyakinkan dan baik untuk tatapan pembaca. 🙂

      1. ini bukan masalah jeles. jika kau follow abang titan punya blog. dia pun dah lama bermain dengan blog. cuma dia banyak blogging blog niche.

        kalau nak diikutkan ramai lagi blogger yang hebat. cuma kita nampak atau tak nampak je. mereka lebih selesa dengan gaya mereka tersendiri…

        =)

  6. Saya dah baca artikel ini. Menarik ,tidak perlu seo. Kalau dah dapat trafik byk,seo akan masuk secara natural. Ini Yang sebaiknya yang perlu diketahui oleh blogger. Apa yang membezakan blog baru danan lama adalah jangkamasa blog kita kena crawl google. Olehitu, on page seo blog kita dgn beberapa plugin seo Kalau guna.wp.

  7. Terbaik post di pagi hari ni. Hehe. Ini-lah yang aku tunggu selama ni. OhMedia daripada Khai memang contoh terbaik sebagai problogger di Malaysia ni. Mcm2 jenis web dorang ada. Jadi kalau utk nk dapatkan 5 angka sebulan, perlu duplicate cara dorang atau perlu kita mulakan dgn sesuatu yg baru / unik ? Kalau tiru, nanti ada persaingan pula. Ada idea tak saudara Aqif? 🙂

    1. Terima kasih tuan. Pengalaman peribadi saya, boleh sahaja lihat bagaimana Oh Media menjenamakan diri mereka dari peringkat awal. Dalam dunia blog, lebihkan fokus pada pembinaan komuniti.

      Lebih ramai komuniti dan pengikut setia (loyal fans), maka lebih tinggi peluang kita untuk menjana pendapatan.

      Berkenaan persaingan, fikir secara linear. Kaji kelemahan mereka, dan gunakan ia sebagai kekuatan blog kita.

      Semoga ia membantu. 🙂

  8. terbaiklah, serius kalau nak tulis blog bahasa melayu berasaskan SEO memang susah nak pergi jauh. better content yg power dan mampu menarik minat pembaca daripada crawler…hehe

    1. bagi aku, SEO tetap nombor 1. content itu sendiri sebenarnya sebahagian dari SEO. tanpa content, SEO TAKKAN wujud. cuba buat blog. tanpa content? mustahil kan? kalau ada trafik, ada hasil mungkin terlalu sedikit. dan nama domain sendiri adalah salah satu part yang penting dalam SEO. sebenarnya semuanya tentang SEO. Tanpa SEO, takde trafik. komen kat blog orang tu pun sebahagian dari seo. so..its all about seo dan macam mana kita nak tackle seo tu. 🙂

      untuk khai. dia dah nampak semua tu. dan bagi aku, dia salah seorang seo hunter yang cukup hebat kat malaysia. menggunakan isu hiburan yang cukup panas kat malaysia ni pun sebenarnya sebahagian dari permainan seo. cuma, kalau aku, aku kurang gemar niche hiburan aje. sape nak guna, guna aje.

    2. Mohd Isa, keupayaan kita membuat kajian keyword sebelum tulis post entry sangat penting. Kalau kita nak trafik local keyword tinggi.

      1. Cuba baca alexa.com. cari blog niche sama dgn kita, masukkan dalam search alexa. Lihat keyword high dan medium
      2. Masukkan intitle:”keyword” masuk dalam Google.
      3. Kalau tidak banyak title yang sama dgn keyword tersebut.(long tail keyword)
      4. Mulakan tulis post

  9. tips yg diberikan sgt berguna….menjadi inspirasi kpd semua utk melakukan sesuatu dgn bersungguh-sungguh dan fokus utk mencapai sesuatu demi masa depan….

  10. Wah baru tahu founder-nya baru 23 tahun! Oh hebat. Content is king, seo is queen. Contoh yang mahu saya ikut ialah menghasilkan artikel yang memadaikan bangsa dan berkualiti. Selain itu, meningkat jenama.

    Tuan Aqif, bekas peserta Seminar Blogging dapat tak temubual tersebut? 🙂

    1. Tuan Hazlam. Boleh muat turun dalam laman pengesahan yang telah dihantar beberapa minggu lepas. Jika tuan masih tidak dapat, boleh hantarkan ke e-mel kami.

      Terima kasih. 🙂

  11. Assalamualaikum kepada semua pembaca Majalah Niaga dan semua insan hebat.

    Terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang anda berikan kepada saya dan Oh! Media seluruhnya. Seperti biasa, jenama tempatan perlulah mendapat sokongan dari bangsa sendiri sebelum mampu bersaing dengan dunia luar. Dan itulah arah tuju kami sekarang kesan daripada sokongan anda semua.

    Saya kurang bersetuju dengan beberapa komen di atas yang cuba mengaitkan Oh! Media dengan bidang hiburan semata-mata. Ada juga yang sampai ke tahap keberkatan rezeki dan sebagainya. Saya percaya anda insan hebat, cumanya anda mungkin boleh jadi lebih hebat jika tidak mengadili insan lain yang anda kenal hanya melalui nama semata-mata.

    Ingin saya beritahu, Oh! Media membuat keuntungan dari pelbagai servis tanpa henti (juga dengan pelanggan tetap) hasil penat lelah saya dan semua krew yang terlibat. Jika anda mengatakan OH! Media maju kerana hiburan mahupun laman web ohartis, anda silap. Itu bukan fokus kami dan kami tidak membuat banyak keuntungan besar dari blog semata tanpa pandai menggunakan peluang yang ada untuk menyediakan pelbagai servis lain.

    Izinkan saya beritahu, Oh! Media banyak mendapat jemputan untuk tampil di akhbar-akhbar tempatan dan setakat ini, ini kali pertama saya bersetuju untuk ditemubual dengan pihak Flarebiz dengan harapan apa yang dikongsikan mampu memberi impak yang baik kepada semua blogger di Malaysia. Niatnya hanya satu berkongsi ilmu dan pendapat dari persepsi dan ruang lingkup kehidupan saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Oh Media Network.

    Dari temuramah, saya memang lebihkan soal perkongsian dunia blog dan langsung tidak berniat cuba mengangkat jenama Oh! Media ini. Langsung tidak.

    Apapun sokongan dari anda semua amatlah saya hargai dan mana yang baik itu, anda ambillah. Mana yang tidak baik dari kami, anda jauhilah.

    Wassalam.

    1. Terima kasih Tuan Khai Hassan yang sudi memberikan komen. Kerjasama tuan sangat kami hargai. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada rakyat tempatan, untuk mengambil serius tentang kerjaya blogging selepas ini. 🙂

      1. Terima kasih juga kepada saudara Khai Hassan kerana sudi turun padang bagi menjelaskan perkara ini. Moga hasil kerjasama ini dapat membuka peluang kepada blogger-blogger dan usahawan tempatan mengenali potensi sebenar penjanaan wang melalui medium blogging. 😉

    2. Itu dia abe Khai dah turun padang, thanks Khai atas perkongsian yang bermakna ini. Aku selalu juga ikuti perkembangan Oh! Media, tapi takdalah secara havoc. Just make it silent, belajar dahulu. Apa yang tidak faham atau musykil, pasti inbox Facebook ko akan menjadi sasaran aku. Hehe…

    3. Saya sentiasa melayari blog Tuan Khai.

      Banyak informasi yang lebih berinformasi ketika melayarinya.

      Saya follower tegar disana. Walaupun tidak komen, tetapi mengambil inisiatif membaca segala artikel.

      Sangat bermanfaat. Teruskan usaha Tuan dalam penulisan.

  12. menarik dengan tips yang diberikan. bidang hiburan memang meletup jika kena topik. ada bidang lain yang boleh meletup tak?

    1. Banyak lagi topik blog yang boleh dibangunkan tuan. Salah satu daripadanya adalah topik kesihatan, di mana topik ini sentiasa evergreen dan mempunyai permintaan semasa. 🙂

  13. cantek artikel 🙂

    betul, kita tak boleh nak pertikai yang rezeki dia berkat atau tak. Cuma kalau kita tak bersetuju, kita cuba berikan pendapat tentang apa yang kita tahu. Kalau bagi kita ada rasa was-was yang benda tu tak berkat, jangan ikuti..ikut cara mana yang dia gunakan untuk dapatkan pelawat, macam mana dia bangunkan network dia, dan lain-lain berdasarkan apa yang kita minat, apa yang kita tahu, dalam bidang kita sendiri. Orang yang buat blog tentang islam pun, dapat juga pendapatan yang agak baik, tak semestinya hiburan. itu semua atas tangan dan pilihan kita sendiri.

    mengenai tidak pada SEO, bukan pada crawler, bukan semua orang akan bersetuju. tidak semua niche akan dapat kita ‘conquer’ semata-mata hanya kerana melalui minat, killer content. itu perbezaan yang kita perlu tahu. Orang buat blog yang mempunyai niche tersendiri, contohnya affiliate, tidak mementingkan kepada pelawat yang sekadar hanya melawat, tetapi kepada conversion, ROI, dan lain-lain. perbezaan yang kita perlu tahu, antara blogger, problogger, affiliate blogging, dan banyak lagi. Bidang blogging sangat besar pasaran, cuma atas kemahuan diri sendiri sahaja, mahu turut serta atau sebaliknya 🙂

    lain padang, lain belalang. lain orang, lain punya pandangan. ye kan 🙂

    -sekadar coretan sekupang dua 😉

    1. Terima kasih tuan. Saya suka perkongsian daripada tuan. Masing-masing ada mazhabnya tersendiri. Berkongsi dan tidak terlalu obses dengan satu pandangan adalah jalan yang terbaik untuk mendapatkan ilmu baru dalam dunia blogging. 🙂

  14. Salam, saya ni baru saja menyertai dalam arena blogging. Secantik mana pun rupa blog kita tapi content x seberapa agak susah juga untuk tarik pelawat datang ke blog kita. Cuma kita kena istiqamah dan inilah rahsia sebenar yang Khai guna. Usaha berterusan sehingga boleh menjana pendapatan lumayan. saya sendiri juga akan cuba yang terbaik dan ingin berjaya seperti Khai. Insya Allah.

  15. salam…
    Tahniah buat Khai,sememangnya banyak tips-tips dan info yang berguna yang dikongsikan di sini,semoga ianya dapat kita jadikan sebagai panduan di dalam dunia blogging

  16. as salam, artikal yang cukup menarik, ilmu yang ada di panjang- panjangkan unutk di kongsi sesama ummah, kerja keras & istiqamah, 2 elemen penting yang penting kan? 🙂

  17. Berminat nak buat kerjaya sebagai blogger tapi banyak rintangannya. Saya berharap dapat mengikut seminar seperti ditunjukkan di atas suatu hari nanti.

  18. Nampaknya.. bukan sahaja JustKhai.. malah editor Tuan Aqif sendiri telah melangkah ke gerbang sifu social network. Mereka berdua rasanya perlu dijadikan contoh untuk kita copyattitude yang baik,..

    tahniah!

  19. Khai..nama besar dalam arena blogging..aku amat2 respect dengan mamat ni.penggunaan bahasa dalam entri-entri yang dikarang, sememangnya ada value yang tersendiri. keep it up khai.

  20. Garmin Irda
    October 7, 2015

    salam..hi saya baru berjinak2 dengan blog.blog pun orang buatkan.cuma hobi saya menulis.walaupun saya bekerja sepenuh masa dan beekrja part time.bnyk saya kongsikan hanya aktiviti seharian.cuma blog saya masih belum diupdate oleh org tukang buat sepeeri hubungi penulis atau aap2,so far saya tengok view baru 3000 lebih.actually pada yang ada bakat menulis ni bagus,ia juga satu medium dakwah

    ok mohon bantuan ye bagi blogger otai untuk saya kemas kini blog saya

    sila lawati sikit cetusan irda garmin

    tq

  21. Satu artikel yang menarik. saya juga sedang dan sudah merasa sedikit sebanyak pendapatan hasil dari blog.

  22. Salam.
    Saya pun baru berjinak-jinak dengan dunia blog ni. InsyaAllah akan ikut tips yang ditulis dalam artikel ini.
    Wassalam.

Pendapat anda?