5 Cara Login Facebook Dapat Duit Cara Halal

September 04, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Buat duit di Facebook tidak boleh menggunakan cara kekerasan. Selain tidak berkesan, ia memusnahkan kepercayaan orang ramai terhadap kita. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, maka belajar cara untuk menjual dengan kreativiti.

Login Facebook Dapat Duit

Berikut adalah nasihat daripada pakar-pakar social media untuk melakukan kempen pemasaran yang diyakini dapat menarik lebih ramai pelanggan.

Login Facebook Dapat Duit – Halal Lagi Berkesan

#1 – Bereksperimen Dengan Masa Manusia

Hari ini kebanyakan syarikat memberikan akses kepada pekerja mereka untuk menggunakan Facebook.

Walaupun ada tip-tip daripada pakar yang mencadangkan supaya kita melakukan kempen pemasaran pada pukul 9 pagi hingga 5 petang, (waktu bekerja) namun tidak semestinya luar daripada waktu itu tidak berkesan.

Kajian mendapati, kempen pemasaran yang dilakukan di Facebook pada sekitar pukul 10 malam hingga 12 pagi lebih berkesan. Penulis buku The New Relationship Marketing, Mari Smith mendapati waktu itu adalah waktu kritikal untuk menarik lebih ramai pelanggan.

#2 – Berkreatif Dengan Foto

“Jangan sekadar teks. Integrasikan teks dengan gambar yang berkaitan. Cara ini meningkatkan engagement yang tinggi dalam kalangan pengguna Facebook.” – Andrea Vahl.

Sekiranya kita ingin mempromosikan laman web di Facebook, selain daripada terus meletakkan pautan dan kongsikan, terdapat beberapa lagi cara kreatif yang boleh dilakukan seperti:

  • Muat naik gambar yang berkaitan dengan laman web di Facebook, kemudian tulis deskripsi serta ayat arahan untuk mereka bertindak.
  • Muat naik gambar yang menggunakan petikan ayat daripada pakar, kemudian lakukan cara yang sama seperti di atas.

Cara ini dapat membantu pengguna Facebook yang lain melihat paparan secara visual. Di mana potensi untuk mereka klik, baca dan bertindak lebih tinggi berbanding kita menggunakan teks semata-mata.

#3 – Pertandingan Magnet Tingkatkan ‘Like’

Jumlah ‘Like’ adalah indikator berapa ramai prospek yang berpotensi menjadi pelanggan kita menerusi Facebook Pages.

Facebook Pages - Majalah Niaga

Cara pantas untuk meningkatkan jumlah ‘Like’ adalah menganjurkan pertandingan. Untuk memastikan pulangan yang lumayan, anjurkan pertandingan yang berkaitan dengan bisnes kita.

Sebagai contoh, jika kita menjual produk baju kurung, anjurkan pertandingan seperti:

  • Mencipta slogan ‘Kenapa saya suka baju kurung?’.
  • Pertandingan menggayakan baju kurung.

Pertandingan yang membabi buta tanpa perancangan yang teliti adalah satu pembaziran. Jumlah ‘Like’ mungkin menaik dengan mendadak, namun pulangannya langsung tiada jaminan.

#4 – Berkomunikasi Untuk Lekatkan Pelanggan

Sentiasa berada dalam fikiran bakal pelanggan kita.

Di Facebook, ia adalah tempat untuk memahami perasaan dan keperluan pelanggan. Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat menjual produk yang dijamin mereka akan beli.

Malah kita dapat mewujudkan kempen pemasaran, serta hebahan maklumat yang berkait rapat dengan keperluan pelanggan. Gunakan Facebook Pages untuk menyampaikan soalan-soalan yang kita mahu mereka kongsikan.

#5 – Sebarkan Virus ‘Share’

“Selagi kita tidak memberikan arahan, selagi itu pelanggan tidak akan bertindak.”

Apabila pengguna Facebook tekan ‘Share’ pada setiap post Facebook Pages, ia memberi satu signal bahawa virus perniagaan kita sedang disebarkan kepada ribuan pengguna Facebook yang lain.

Cara untuk mendorong pengguna Facebook untuk sentiasa ‘Share’ adalah menerusi ayat-ayat berbentuk arahan. Tanpa ayat arahan, pengguna Facebook tidak akan mempedulikan perniagaan kita.

Ayat-ayat arahan yang berkesan adalah seperti berikut:

  • Sebarkan maklumat ini menerusi butang ‘Share’ kepada rakan-rakan Facebook anda.
  • ‘Share’ sekiranya kita serius untuk membantu orang ramai memahami kepentingan memilih baju kurung, supaya tidak dilihat jelik di mata orang ramai.

Seminar Pemasaran Online – 22 September 2012

Tim Majalah Niaga sekali lagi menganjurkan Seminar Pemasaran Online buat kali yang ketiga tahun ini.

Seminar Pemasaran Online - Majalah Niaga

Respon daripada para peserta yang sudah merasai nikmat buat duit di Internet dengan teknik yang ditunjukkan, menyebabkan kami membuka peluang kepada tuan puan untuk menguasai teknik pemasaran Internet.

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pautan di bawah:

Seminar Pemasaran Online (Klik Di Sini)

Penyertaan adalah terhad untuk 23 orang terawal sahaja. Kami hanya utamakan peserta yang melakukan pembayaran awal sahaja. Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa.

Kredit: MindJumpers,


Tags: , , , ,

Komen (16)

    1. trafik ni apa yang saya faham ialah jumlah pelawat yang melawat sesuatu website atau jumlah bakal pelanggan yang me lihat website saudari…kalu salah apa saya beritahu ni sila betulkan…

  1. Rasa teruja…

    Kali pertama membaca tips-tips di atas membuat saya terus bertindak kerana mudah faham.

    Terima kasih diatas perkongsian maklumat dan usaha untuk memandaikan bangsa.

  2. tips ke3 memerlukan sedikit kos tapi benar benar memberi impak yang besar dalam pemasaran,tips ke 4 adalah yang terbaik sekali tetapi msih ramai lagi yang terlepas pandang kerana terlalu memikirkan promosi secara melulu dan keuntungan semata mata,jadi tidak hairanlah ramai yang gagal dalam perniagaan mereka disebabkan kurangnya pendedahan atau perkongsian mengenai faedah,qualiti dan jaminan produk terhadap prospek.Tips ke lima,cara ini adalah yang terbaik memandangkan ianya percuma tetapi sebenarnya masih ramai lagi peniaga di facebook di luar sana yang bersifat pemalu dan kurang yakin dgn apa yang telah di sampaikan…apa pun terima kasih atas perkongsian yang serba ringkas dan padat ni.

Leave a Reply to Tim Majalah Niaga Batal (Cancel)