5 Cara Untuk Memenangi Persaingan Dengan Lebih Efektif

April 21, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

“Ia sememangnya sungguh merisaukan apabila mengetahui produk yang kita jualkan kini mempunyai pesaing..”

memenangi persaingan bisnes

Lebih menggerunkan pula bila melihat penerimaan orang ramai terhadap produk pesaing lebih hebat dan ternyata mempunyai nama yang sungguh dikenali di pasaran. Terdiam seketika memikirkannya kerana mereka bukanlah calang-calang pesaing yang mampu ditewaskan dengan mudah.

Usah panik dan rasa berputus asa dengan apa yang telah berlaku. Ini kerana ianya merupakan perkara yang biasa dalam pasaran. Tiada satu produk pun yang akan berkekalan di atas sampai ke hari kiamat. Dalam perniagaan, turun dan naik sesuatu jualan atau produk merupakan perkara yang sangat normal.

Apa yang anda perlu lakukan ialah teruskan usaha anda dan jangan sama sekali menyerah kepada takdir semata-mata serta usah mudah patah semangat akibat terlalu menghormati pesaing. Berikut merupakan antara 5 tindakan yang boleh anda lakukan untuk bersaing dengan lebih hebat di pasaran, iaitu:

 

#1 Perang Harga Bukanlah Segalanya

Tak perlu mengambil pusing sangat jika andai kata harga yang anda tawarkan di pasaran agak tinggi jika dibandingkan dengan harga pesaing anda. Ini kerana bukan semua bakal pembeli atau pelanggan akan melihat harga yang ditawarkan.

perang-harga

Apa yang penting adalah bagaimana kita memberikan penerangan secara jelas dan tepat dengan menawarkan apakah perkhidmatan nilai tambah kepada produk yang ditawarkan. Ini wajib kerana kebiasaannya bakal pembeli atau pelanggan menerimanya bukan disebabkan oleh produk tetapi hanya kerana cara kita menjualnya.

 

#2 Kenal Pasti Pelanggan & Bakal Pembeli

Jangan menyasarkan secara membuta mengikut nafsu, sasarkan jualan produk anda kepada bakal pembeli atau pelanggan yang sepatutnya sahaja. Anda tidak boleh menjual ubat kuruskan badan kepada orang yang kurus, jadi anda perlu kenali siapakah sebenarnya bakal pembeli produk anda dan ketahui kemahuan mereka.

Mungkin ada satu-satu masa mereka seolah-olah menolak produk jualan anda tetapi percayalah bahawa penolakan itu sebenarnya bukanlah pengakhiran kerana kalau kita cerdik dan bijak serta pandai memberikan sebab-sebab relevan sudah pasti bakal pembeli atau pelanggan pada akhirnya akan menerima juga apa yang kita tawarkan.

 

#3 Ketahui Sepenuhnya Kelebihan & Kekuatan Produk

Pengetahuan berkenaan dengan produk anda serta pasaran merupakan aset penting yang menentukan kejayaan anda. Tanpa pengetahuan serta ilmu, anda tidak akan ke mana-mana. Usah risaukan pesaing dahulu, risaukan dulu kewibawaan kita adakah kita sudah memiliki pengetahuan yang jelas dan lengkap berkenaan produk dan pasaran atau tidak.

Ini penting kerana jika bakal pembeli bertanya maklumat lanjut berkenaan produk, kita mampu menjawabnya dengan penuh yakin dan keyakinan inilah yang akan membuatkan mereka membeli. Kajilah ilmu serta pengetahuan sedalam-dalamnya berkenaan dengan produk anda bagi mengelakkan kita akan dipandang rendah serta kurang diyakini oleh bakal pembeli.

 

#4 Kaji Kelemahan & Kekurangan Pesaing Anda

Ada sesetengah pihak yang menganggap bahawa persaingan di pasaran ini ibarat seperti peperangan dan pesaing ibarat pihak musuh yang perlu dikalahkan. Semua ini KARUT!

Anda perlu bersahabat dengan pesaing anda dan bukannya bermusuh dengan mereka. Kita bukan sahaja dapat membina networking bersama mereka tetapi kita juga boleh mengetahui segalanya berkenaan produk mereka termasuklah kelebihan dan kekurangan produk mereka. Anda tidak akan dapat apa-apa jika bermusuh dengan mereka.

 

#5 Percaya & Yakin Sepenuhnya Pada Produk Anda

Jika kita mahu menjual, kita kena yakin dengan apa yang kita tawarkan.Kita bukannya menjual produk-produk keperluan asas seperti gula, garam, tepung dan sebagainya yang semuanya telah diketahui tanpa perlu penerangan yang mendalam.

Kerana itu kita kena sangat yakin tentang segala keupayaan dan kelebihan yang ada pada produk yang kita mahu tawarkan ini. Jika kita yakin, sudah pasti keyakinan kita tersebut boleh dipindahkan pula kepada bakal pembeli atau pelanggan tanpa ragu-ragu.

swot analisis

Kesimpulannya, jika anda menghadapi persaingan dalam perniagaan anda, ingatlah bahawa usah mudah mengalah dan tidak yakin dengan keupayaan diri serta produk anda. Hilangkan semua unsur-unsur negatif yang menghalang kejayaan anda dan berubahlah menjadi lebih yakin serta lebih berwibawa.

Ingatlah bahawa tiada satu perkara pun yang mudah dan senang melainkan kena tempuh juga melalui dengan segala ketabahan, kecekalan, kesabaran dan ketenangan. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang tapi jadikanlah diri kita terpengaruh dengan hasil kejayaan kita menjual produk yang ditawarkan. Sesungguhnya itulah pendorong dan pencetus semangat kita untuk bertindak ke arah mencari kejayaan yang hakiki.

 

(Sumber gambar: Darshan Karia, MyThoughtsMindMaps)


Tags: , , ,

Komen (9)

  1. betul tu. ramai yang terpengaruh dengan harga.. ingat harga lagi murah lagi ramai nak beli.. sampai akhirnya sendiri rugi

  2. Mcm kata orang putih “What do you expect – you get what you pay for.” harga murah, kualiti out pun tak guna..

  3. Sangat setuju sekali,,harga agak tinggi t
    bukan suatu masalah apalagi jika kita yakin dengan produk kita memiliki kualitas yang bagus pula,thanks

  4. Saya jadikan semua pesaing saya dlm bisnes adalah sahabat dan berkongsi rezeki yang ALLAH berikan kerana saya yakin..jika ALLAH tetapkan itu rezeki kita..usah gusar ia tetap milik kita..istiqomah untuk sentiasa memberi yang terbaik pada pelanggan…lawati http://www.tanjongemas.com.my ..SEWA KHEMAH TERBAIK JOHOR”

  5. Bagaimana pendapat tuan sekiranya persaingan melibatkan pasaran runcit? Pelanggan di kawasan luar bandar sangat memerlukan barangan berharga murah dan rendah justeru, harga adalah sangat dititikberatkan tidak kira kualiti dan kuantiti. Dalam erti kata lain, asalkan murah, itulah yang laju. Saya telah menjalankan perniagaan kedai runcit di kawasan luar bandar dan akhiran ini ada sebuah kedai runcit baru bersebelahan kedai saya. Mereka menjual barangan dgn harga yang sangat rendah menyebabkan pelanggan bertumpu kpd mereka. Harga yg diletakkan kadangkala jika dikira, akan merugikan mereka dr segi kos dan untung rugi. Bagaimana cara saya untuk menghadapi masalah ini?

Leave a Reply to Lela Salim Batal (Cancel)