5 Idea Makeover Pejabat Tahun 2012

December 06, 2011 — Penulis:

Kategori: Pejabat

Tahun baru 2012 semakin hampir dan meninggalkan tahun 2011 dengan 1,001 cerita. Apabila memasuki tahun baru, pastinya diri kita mempunyai azam baru, bertukar tempat kerja baru, dan teringin suasana pejabat yang lama mahu diubah dekorasi yang baru.

Motivasi dan Inspirasi Ketika Bekerja

Sebagai penutup tahun 2011 ini, saya ingin memberikan pembaca Majalah Niaga, 5 idea makeover pejabat sebagai salah satu cara meningkatkan semangat untuk kita bekerja dengan lebih baik dan lebih produktif dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

5 Idea Mudah Mencantikkan Pejabat Sempena Tahun Baru

#1- Cat satu dinding

Tiada apa yang mudah untuk memberikan suasana baru pejabat dengan mengecat dinding dengan warna baru. Cat satu dinding sebagai feature wall sahaja sudah mencukupi untuk menampakkan perbezaan secara drastik.

Kertas Dinding (Wallpaper) oleh PIXERSIZE

Jika kita tidak suka cat, pilihan kedua adalah dengan memilih kertas dinding . Jika pejabat korporat, pilih corak yang tidak terlalu menonjol seperti corak bunga-bungaan yang kecil atau corak jalur.

Bagi pejabat yang biasa ingin menjadi luar biasa, pilih warna yang garang dan bercorak besar, berbentuk geometrik, organik atau gambar yang dibesarkan.

#2 – Hasil seni nampak berseni

Gantungkan lukisan abstrak di dinding pejabat. Cari lukisan pelukis tempatan dan kita boleh dapat komisen daripadanya dengan meletak lukisan mereka di pejabat kita.

Hasil Seni oleh sh1mmer

Inilah yang telah dilakukan oleh Amy Frankson Pryor. Seorang pelukis dan pemilik laman web amypryorfineartblog.com .

Beliau berjaya menjual hasil lukisannya dengan meletakkan hasil seni beliau di pejabat suaminya. Pelanggan yang selalu berurusan dengan suaminya, suka akan lukisannya dan beli untuk diletakkan di pejabat mereka.

#3 – Sarung kusyen

Sama seperti menukar warna dinding, tukarkan sarung kusyen di sofa ruang menunggu. Tip dalam memilih warna sarung kusyen adalah dengan memilih tona warna yang sama dengan warna dinding, supaya ruang nampak harmoni dan tidak terlalu kontras.

Kusyen oleh Tony Kim Newsong Church

Contoh, jika dinding bewarna baby blue, pilih kusyen bewarna dari keluarga biru seperti sky blue.

#4 – Tumbuh tumbuhan

Tiada apa yang lebih segar selain tumbuh-tumbuhan yang berada di dalam pejabat. Tumbuh-tumbuhan juga bertindak sebagai agen pembersihan udara menurut kajian yang dilakukan oleh NASA Clean Air Study.

Kusyen oleh Tony Kim Newsong Church

Tujuan kajian mereka adalah untuk mencari jalan bagaimana membersihkan udara dalam stesen angkasa mereka.

Sebahagian contoh tumbuhan yang sesuai di letakkan dalam pejabat ialah pokok Areca palm, bamboo palm, English Ivy, Lily atau Dracaena.

#5 – Akuarium ikan 

Ikan adalah satu-satunya haiwan yang boleh dibawa masuk ke dalam pejabat. Menurut konsultan Feng Shui ,Ann Bingley Gallops dari openspacefengshui.com, kewujudan akuarium ikan di dalam pejabat dari segi Feng Shui membawa  energi kekayaan dan keharmonian pada ruang.

Akuarim Ikan oleh Aqua Front

Selain memberikan nilai estetika pada ruang pejabat, ia juga membantu visual mata untuk kita berehat dan mengurangkan tekanan daripada kepenatan bekerja.

Idea-idea yang diberikan tidak memerlukan belanja yang terlalu tinggi untuk mencantikkan pejabat kita. Mungkin kita boleh sediakan tabung dekorasi pejabat dan setahun sekali atau dua kali digunakan untuk menghiasi pejabat.

Ada baki boleh mengadakan jamuan selepas penat menghias.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012  kepada pembaca Majalah Niaga. Memetik kata-kata  pakar dekorasi Amerika, Albert Hadley

“Saya amat sangat percaya bahawa dekorasi yang indah memiliki pengaruh yang baik terhadap kehidupan kita.”

Kredit gambar: (Gallery quantomPixersize, sh1mmer, Tony Kim, bifshadow, Aqua Front)


Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
kajiankes

Kajian Kes Majalah Niaga

Ini pendedahan ekslusif bagaimana kami menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM5xxx sebulan menggunakan platform blog. Percuma dalam tempoh masa TERHAD.

Muat Turun Sekarang

Komen (6)

  1. Terima kasih tuan Hazlam. Selepas ini harus dipertimbangkan tumbuhan di ruang SOHO saya. Jika akuarium, ruangan SOHO saya terhad pula.

    Selamat tahun baru tuan! Teruskan berkongsi! :)

    1. Sama-sama tuan Zul. Memang perlukan tumbuhan indoor, supaya rasa segar sikit. Pilih tumbuhan yang easy maintenance . Balang dengan ikan emas pun dikira akuarium juga tuh :)

      Selamat tahun baru untuk tuan juga.

  2. Menarik! Contoh foto-foto yang digunakan pula menepati selera saya, simple, nice n exclusive. Sebagai permulaan, saya akan letakkan pasu tumbuhan di workstation saya. Terima kasih tuan Hazlam..

  3. ‘Tumbuh-tumbuhan juga bertindak sebagai agen pembersihan udara menurut kajian yang dilakukan oleh NASA Clean Air Study.’

    suka dgn info ni…

Pendapat anda?