Susun atur ruang pekerja yang betul dan sistematik memudahkan pengurusan sesuatu syarikat. Susun atur meja perlu berdasarkan skop dan fungsi pekerjaan, ini bagi membuat pemilihan jenis meja dan ruang yang perlu diambil.

Contoh, kerani hanya perlu meja untuk menaip berbanding seorang pelukis yang memerlukan beliau meja tambahan yang lebih besar untuk melukis secara manual.
5 Idea Susun Atur Ruang Pekerja
Gambarajah dibawah adalah idea susun atur yang boleh digunakan oleh pelbagai ruang saiz pejabat. Workstation yang digunakan adalah jenis modular.

Susunan yang boleh diputarkan kedudukannya dan bebas. Sesuai bagi ruang pejabat yang luas. Tetapi, kedudukan pendawaian elektrik di lantai boleh menjadi kompleks kerana susunan mejanya yang tidak tersusun.

Workstation untuk kegunaan empat orang pekerja ini, selain disusun secara berpetak, ia boleh diubahkan sudutnya menjadi 45 darjah untuk kelihatan menarik. Susunan bagi 4 unit cluster ini nampak kemas dan terbuka.

Susunan ini membolehkan meja perbincangan diletakkan di tengah, antara workstation. Workstation boleh dirapatkan ke dinding dan meja boleh dialih untuk menjadikan ruang tengah sebagai laluan utama. Susunan ini sedikit privasi untuk pekerjanya.

Susunan ini pula, sesuai jika ruang pejabat luas dan memanjang. Susunan ini juga dipanggil sebagai susunan zigzag. Hujung di akhir workstation boleh diletakkan kabinet fail dan indoor plant.

Susunan meja yang popular bagi sesetengah pejabat kerana lebih teratur, terbuka dan tersusun. Pejabat Google, Facebook dan designer firm suka memilih susunan jenis ini.
Jarak Ruang Lega
Jarak ruang lega bermaksud jarak yang selesa untuk manusia bergerak tanpa kemalangan. Seperti, terlanggar bucu meja, tersepak kaki meja atau terlanggar rakan pekerja. Sesetengah workstation yang disusunaturkan boleh mengambil ruang yang banyak dalam pejabat.

Oleh itu, sebagai panduan, jarak antara dua meja kerja yang paling minimum dan selesa untuk dilalui ialah selebar 900 milimeter atau 3 kaki. Iaitu selebar satu daun pintu.
Kredit: (OfficeSnapshots.com)
perkongsian yang membuka mata.
Terima kasih tn Mawardi
. Selepas ini pengkongsian yang lebih menarik lagi
Perkongsian yg mantap.suatu hari nnti akan rujuk post ni nnti nk setup office.
Nantikan tip dekorasi bisnes seterusnya, saudara Alif. Mungkin terdapat tip yang boleh diaplikasikan pejabat@rumah.
tahniah alam…
pengalaman bekerja dgn open plan system dulu~ 4 cluster paling diminati kebanyakkan com..sebb workspace luas…dan max capacity…selalunya bg yg still deal dgn hardcopy thing cam filing dan paper…
yg IT field need no more space sbb semua dlm computer.. dan depa pun x mau crowded2 …
tp minimalis is better~ mentaliti kita ni, lg ada space x boleh tgk kosong..
lepas ni alarm blh
Terima kasih Azah kerana berkongsi pengalaman
. Apa yang penting, jangan sempitkan ruang kerja pejabat.
Tahniah.. banyak info berguna
Terima kasih, ikuti tip-tip dekorasi pejabat yang lain.