5 Jenis Bisnes Pasti Untung (Kajian Kes) Tahun 2012

June 04, 2012 — Penulis:

Kategori: Konvensional

Perniagaan sentiasa dikaitkan dengan risiko. Risiko gagal dan risiko rugi. Kebanyakan kita sedia maklum dengan data yang menjelaskan 90% perniagaan tutup kedai pada tahun yang pertama.

Perniagaan Tutup Kedai

Ini tidak kira perniagaan itu jenis perniagaan online atau konvensional. Kedua-duanya mempunyai risiko yang sama ditanggung oleh pemiliknya.

Namun begitu, perniagaan sentiasa menjadi pilihan yang terbaik untuk mereka yang berminat untuk membina empayar, atau membuka lebih banyak pekerjaan.

Perkongsian kali ini adalah berlandaskan dengan jenis perniagaan yang menguntungkan.

Cara Selamat – Kaji Formula S&D

Kajian Supply and DemandBiasanya, para usahawan baru yang memulakan perniagaan tidak berlandaskan kajian S&D. Ia bermaksud supply & demand. Memulakan bisnes yang tidak mempunyai permintaan pasaran adalah bisnes yang berisiko yang tinggi.

Formula supply & demand adalah formula luar biasa yang dapat membantu kita, untuk memulakan perniagaan yang dijamin ada potensi pelanggannya. Supply bermaksud kita bertindak sebagai pembekal.

Manakala demand pula berdasarkan pasaran dan pelanggan. Apa yang pelanggan minta (demand), itu yang kita akan supply (bekal).

Justeru itu, perkara pertama memulakan perniagaan bukan sekadar ‘memulakan sesuatu’ secara membabi buta. Adalah lebih baik kita bermula dengan mengkaji sama ada bisnes yang kita mahu mulakan itu mempunyai permintaan atau sebaliknya.

5 Jenis Bisnes Pasti Untung – Tahun 2012

Bagi yang rasa sukar untuk melakukan kajian permintaan pasaran pada tahun 2012 ini, ketepikan rasa sukar itu sekarang.

Kaji Permintaan Pasaran

Kerana pasukan laman web Inc.com telah melakukan kajian terhadap potensi perniagaan yang menguntungkan pada tahun 2012. Berikut adalah di antara senarai perniagaan yang mempunyai potensi besar.

  1. Penjagaan haiwan.
  2. Penerbitan di Internet.
  3. Mobil & social gaming.
  4. Restoran.
  5. E-Commerce.

#1 – Penjagaan Haiwan

Manusia dan haiwan peliharaan memang tidak dapat dipisahkan. Di Amerika Syarikat, penduduk di negara itu sanggup mengeluarkan kos untuk menjaga binatang kesayangan mereka.

Hal ini dibuktikan dengan data yang diperoleh menerusi American Pet Products Association. Di mana mereka menganggarkan penjaga-penjaga binatang peliharaan ini akan membelanjakan sebanyak USD53 bilion pada tahun 2012.

Satu angka besar yang boleh dimanipulasikan sekiiranya kita memulakan perniagaan berasaskan penjagaan haiwan.

#2 – Penerbitan Di Internet

Atau lebih dikenali sebagai produk informasi.

Bisnes Penerbitan Di Internet

Pada tahun 2012, penerimaan rakyat Malaysia terhadap transaksi jual beli informasi semakin baik. Perniagaan informasi sentiasa mempunyai permintaan. Selaras dengan kepentingan pendidikan, kepuasan ilmu dan sebagainya.

Industri penerbitan berasaskan Internet di dunia sudah lama bertapak. Tetapi di Malaysia, tidak ramai yang mengambil peluang kecuali beberapa individu dan organisasi sahaja.

Majalah Niaga juga adalah di antara organisasi yang mengambil kesempatan terhadap industri penerbitan di Internet.

#3 – Gajet & Social Gaming

Tahun 2012 menunjukkan perkembangan penduduk di seluruh muka bumi ini termasuk Malaysia, sudah mula menjadikan gajet sebagai alat rasmi dalam kehidupan seharian.

Kita dapat lihat orang ramai menggunakan gajet seperti tablet iPad, Galaxy Tab, dan juga telefon pintar (smartphone) seperti iPhone, Samsung Galaxy S2 dan pelbagai lagi.

Inovasi dalam dunia teknologi akan tetap diteruskan tanpa menunggu kita. Ini termasuk permainan video yang terdapat dalam gajet-gajet ini. Ia digelar social gaming.

Industri ini sahaja telah membantu 1,500 pembangun untuk membuka peluang pekerjaan kepada 28,000 orang dan mengaut keuntungan lebih USD4.5 bilion. Ia adalah peningkatan sebanyak 397% jika dibandingkan pada tahun 2007.

Contoh permainan video yang terhangat adalah Angry Birds, Draw Something dan banyak lagi.

#4 – Restoran

Manusia mana yang tidak mahu makan?

Industri makanan adalah industri yang sentiasa berkembang setiap tahun. Lebih spesifik, kajian yang dikeluarkan oleh National Restaurant Association mendapati, industri makanan berasaskan makanan sihat adalah industri paling hangat.

Bagi mereka yang mempunyai kemahiran memasak, sinergi dengan orang yang mempunyai gaya fikir sebagai seorang usahawan untuk mengambil peluang dalam industri pemakanan ini.

Satu daripadanya adalah membuka restoran.

#5 – E-Commerce

E-commerce adalah industri perniagaan yang popular pada tahun 2012. Peningkatan terhadap industri ini sepanjang tahun 2007 sehingga tahun 2012 adalah 10.4%.

Malah industri ini dianggarkan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan sehingga 210,000 peluang pada tahun 2007. Di Malaysia sendiri, penduduk kita sudah biasa dengan pembelian secara online menerusi beberapa laman web seperti:

  1. Facebok.
  2. Mudah.my.
  3. eBay.
  4. Lelong.

Justeru itu, ini adalah satu peluang yang baik untuk usahawan yang baru mula bertapak. Kos yang perlu kita tanggung juga adalah rendah. Manakala keuntungannya pula sentiasa menjangkaui imaginasi kita.

Ambil Peluang, Bertindak Sekarang

Perkongsian maklumat tentang peluang perniagaan terhangat pada tahun 2012 ini bukan sekadar maklumat biasa. Ia adalah untuk membuka mata kita terhadap peluang yang boleh diambil pada tahun ini.

Ambil Peluang Sekarang

Bagi yang masih bekerja, gunakan maklumat ini untuk kita memulakan perniagaan secara part time. Ia secara tidak langsung menambah sumber pendapatan baru untuk membayar kos-kos kehidupan setiap bulan, tanpa perlu usik gaji bulanan.

Kredit: Employ Scoop, Investopedia, Wax Impressions


Tags: , , ,

Komen (40)

  1. #1 – Penjagaan Haiwan memang menarik. Market dalam Malaysia masih luas cuma memerlukan beberapa keperluan kajian berkenaan Veterinarian dan haiwan yang nak dikhususkan seperti kucing.

    Bisnes yang punyai peluang besar dan untung besar sekarang ini memang sah ecommerce cuma memerlukan sistem yang mantap dan berkesan.

  2. Perniagaan produk fizikal secara online memang semakin memberansangkan. Walau bagaimanapun, mampukah kita bersaing dengan syarikat berstatus antarabangsa yang menjual barangan yang sama, menawarkan harga yang sama dan menghantarnya ke seluruh negara secara percuma. contohnya Lazada.com.my. Apakah strategi yang boleh kita lakukan untuk menghadapi saingan seperti ini?

    1. setuju dengan mizie,kewujudan kazada benar2 memberi impak kepada newbies 2 dalam dunia jualan produk fizikal secara online..namun apa yg saya perhatikan,selagi kita mampu berikan kelainan,penjelasan produk yang benar2 memikat pelanggan,bonus bagi setiap pembelian dan teknik marketing yg tepat,pelanggan tetap akan mendapatkan produk itu dari kita.Insya-Allah

  3. nora m.noor
    August 6, 2013

    Mempunyai perniagaan restoran….ada kepakaran memasak…lokasi agak baik ( tepi jalan laluan utama ), tetapi sering mengalami masalah pengurusan …

  4. MENARIK. web ni dah menjawab persoalan yang dah lama pikir…saya ni banyak buat kerja part time dari jaga haiwan, gardening sampailah kerja kedai butik seperti H&M.. SO BANYAK DAH SAYA BUAT…..sekranag berminat buat bisnes online sebab saya giler online tiap tiap hari….skrang konfirm nak buat bisnes online cuma tersepit antara fesyen and animal care…budget terhad…

    1. assalamualaikum….sy dr ktn n boleh th en.dah running bisnes tu atau belum.jika sy nak jd share partner mcmaner…can we disccuss…

  5. perniagaan yang orang memerlukan tiap-tiap hari memang mengungtungkan..kesemua di atas adalah bisnes ulangan harian..tapi bisnes ni banyak persaingan,siapa yang dapat beri servis yang terbaik,dia akan survive dan berjaya..

  6. thanks for your info, mmg bnyk benefit bile bace artikel nie.sy mmg bekerja tetap skrg dan bulan2 seperti biasa. sebenarnya saya da lama ingin berkecimpung dlm bidang perniagaan. minat tiba2 dtg.sb bile mengharapkan gaji tetap skrg x memadai utk sy.keinginan utk berniaga dlm internet menarik perhatian sy.tapi sy x pasti bisnes ape yg semakin menguntungkan.kalu ingatkan minat mmg ade yang sy ingin cuba lakukan.persaingan makin menjadi2.Insyaallah sy akan cuba yang terbaik.TQ.

  7. Saya mmg nak sgt wat bisness expsilly restoran…dan kedai tudung…
    But nk wat are kl..boleh x gtau tmpt2 yg strategik

    1. Puan boleh target pusat tumpuan pelajar, kerana mereka adalah lubuk duit, kedai pakaian adalah produk laku keras jika betul caranya.

  8. Bisnes pasti untung memerlukan kepakaran pemasaran yg jitu samada secara online atau offline. Sudah pasti online marketing menjimatkan kos jika kena caranya.

  9. Saya ingin membuat perniagaan online. tp taktau nk buat perniagaan ape. kalau tudung da byk sgt

  10. Saya berminat dalam perniagaan, skrg bekerja dlm bidang pemasaran dan strategi, mencari peluang jika ada sesiapa yang boleh share idea/business, yang penting ada kesungguhan ingin maju. Email saya apa saja idea dan kita share on how to success.

  11. didalam banyak2 idea tu, pada saya bisnes informasi juga adalah bisnes yang sangat evergreen sampai bila-bila pun. sebabnya kita sebagai manusia sentiasa mencari ilmu sepanjang hidup kita hingga mati. Dari kecil sehinggalah dewasa, perjalanan hidup kita tu semuanya memerlukan ilmu dalam pelbagai perkara.

  12. sahrul azwan
    September 9, 2014

    Saya jual cadar n karpet patch online n offline, malah sy juga pemborong terus dari pengeluar , berminat call lah sy boleh lah berkongsi idea.0134440019

  13. muhammad anuar
    August 4, 2015

    Saya buat bisnes ketum dari tahun 2011 smpai 2013..tp skrg sy dah x buat bisnes tu..tp dr keuntungan tu sy dah mulakan bisnes ternakan kambing sehingga sekarang 2015..keuntungan plg tinggi sy pernah dapat 17k sbulan..

    1. assalam en., sy berminat nak tau macamana encik mulakan bisnes kambing. Adakah memerlukan modal besar?

  14. Seronok dapat hasilkan duit melalui titik peluh sendiri tanpa perlu makan gaji..
    Di sini saya nak sharekan 1 peluang menjana kewangan sendri yg paling mudah.bebudak sekolah pun digalakkan buat bagi mengurangkan beban ibubapa. Hanya perlukan modal sebanyak RM50 SAHAJA!! Untuk slanjutnya Whatapps terus di 018-9650944

  15. Assalamualaikum semua,

    Satu perkongsian yang baik dari team majalah niaga kepada bakal-bakal usahawan. Apa yang peting lakukan perkara yang kita minat, cari idea bisnes yang berkaitan minat anda. Kerana kita akan lebih bersemangat buat sesuatu jika kerana minat.

    Azlan Ahmad
    http://www.usahawanminuman.com

  16. Eh?? kedai Goh Chin Hoo tu trletak d barisan kedai lama di pekan Beaufort Sabah tu..Kedai jual suratkhbr, mjlh & buku2 bacaan..

  17. Hajah Azizah
    January 19, 2017

    Salam. Melayu Nz ada menyediakan B&B (bed and breakfast) juga pakej tour yang beroperasi di Hamilton NZ. Pada yg berminat boleh hubungi kami melalui Fb, Page Melayu Nz. Whatsapp +64220699299.

Pendapat anda?