The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.
  • 5 Jenis Papan Tanda Syarikat yang Memikat Tetamu

    Kaunter penyambut tetamu adalah ruang pertama yang dijumpai oleh pelanggan. Suasana ruang dan papan tanda jenama syarikat anda, adalah ‘first impression’ yang klien atau pelanggan nampak tentang perniagaan anda. Adakah perniagaan anda jenis korporat, serius, formal, ceria atau kreatif ?

    Majalah Niaga Signage

    Tip dekorasi bisnes kali ini ialah tentang ‘reception signage’. Iaitu papan tanda syarikat yang berada di kaunter penyambut tetamu. Oleh itu, saya senaraikan 5 jenis papan tanda di kaunter penyambut tetamu yang biasa digunakan iaitu:-

    5 Jenis Papan Tanda Penyambut Tetamu

    #1 – Papan tanda 3D

    Logo 3D dan huruf yang menghasilkan kesan timbul, ketebalan dan dalam bentuk tiga dimensi merupakan pilihan semua jenis perniagaan, dari sekecil-kecil kedai sehingga sebesar-besar syarikat korporat.

    Papan Tanda - Logo 3D

    Pelbagai kemasan papan tanda yang boleh dihasilkan iaitu dari kemasan brushed stainless steel, kayu, akrilik atau cermin.

    #2 – Akrilik atau kaca

    Papan tanda jenis akrilik atau kaca adalah pilihan kedua bagi syarikat-syarikat profesional.

    Papan Tanda - Arkilik

    Papan tanda jenis akrilik banyak digunakan berbanding kaca kerana bahannya yang ringan. Memerlukan empat buah bolt dan nut dari bahan krom atau keluli tahan karat (stainless steel), untuk mengikatnya bagi papan tanda bersaiz kecil dan sederhana.

    #3 – Filem vinil

    Papan tanda jenis filem vinil (frosted etch vinyl film) adalah alternatif kepada sand blasted glass. Boleh digunakan untuk logo jenama syarikat atau sekadar dekorasi di dinding kaca pejabat anda. Asasnya bewarna kelabu ais dan daripada bahan vinil. Selalu diaplikasikan di pintu kaca utama pejabat.

    Papan Tanda - Jenis Vinil

    Papan tanda frosted yang tidak bewarna memberikan nilai profesional, kemas, moden dan sofistikated.

    #4 – Grafik digital

    Jika logo anda jenis rumit dan terdapat banyak perincian. Pilihan papan tanda yang sesuai adalah jenis grafik digital, yang boleh direka khas dan mengikut spesifikasi logo syarikat anda.

    Papan Tanda - Grafik Digital

    Boleh digunakan di pelbagai permukaan. Merupakan papan tanda yang kos efektif selain mudah dipasang. Kemasan vinil digunakan kerana tahan lama dan kalis air.

    #5 – Logo mural

    Logo yang dicat atau dispray juga merupakan papan tanda yang berkos rendah. Papan tanda jenis ini sesuai jika logo syarikat anda berciri asas dan berbentuk ringkas.

    Papan Tanda - Jenis Mural

    Jika logo syarikat anda mempunyai dua atau tiga tona warna lebih baik kerana nampak lebih kemas.

    Percahayaan Membantu Menyerlahkan Papan Tanda Syarikat

    Bagi menyerlahkan lagi papan tanda anda, percahayaan yang tepat dapat membantu. Lampu jenis trek lampu dengan lampu sorot  yang boleh diubah dan dialihkan darjah kedudukan lampunya  adalah pilihan yang sesuai.

    Penggunaan Lampu Pada Papan Tanda

    Apakah jenis pilihan papan tanda untuk syarikat anda?

    Kredit: hexad advertising

    Pengiklanan Premium

    Tags: , , , , , , , ,

    Hazlam Anuar merupakan pemilik Diploma Interior Design, dan berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang yang diceburi. Beliau juga seorang yang mempunyai kemahiran luas dalam perisian desain seperti, Google SketchUp 3D Software, SU Podium, AutoCAD dan Adobe Photoshop CS3.

    Visit author's website

    Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 1468 orang yang telah mendaftar! Anda bila lagi?

    1. Zulhilmi Zainudin pada 07 Oct 2011

      Terima kasih tuan Hazlam! ;)

      • Hazlam pada 07 Oct 2011

        Sama-sama tuan Zulhilmi :)

    2. Safwan Seth pada 07 Oct 2011

      kebanyakkan yg saya jumpa guna Akrilik atau kaca.

      • Hazlam pada 07 Oct 2011

        Kebanyakkan jenis akrilik kerana ringan, murah dan selamat berbanding kaca.

    3. razis pada 07 Oct 2011

      menarik nie. kalau utk outdoor? mana yg lebih sesuai yer?

      • Hazlam pada 07 Oct 2011

        Untuk outdoor, kebanyakan guna signage 3D.

    4. Zairi pada 07 Oct 2011

      Saya suka yang ke-2, Akrilik

    5. ahmadyani pada 07 Oct 2011

      Siapa yang bekerja dan punya pejabat di rumah juga patut buat papan tanda. Kalau pun tidak untuk orang lihat, untuk menaikkan semangat sendiri.

      • Hazlam pada 07 Oct 2011

        Setuju dengan idea tuan :)

    6. faiz halim pada 07 Dec 2011

      saya nak tanya warna apa yang sesuai untuk wat signage di jalan raya,..saya pakai material polycarbonate,..papan tanda untuk tunjuk arah kedai,..terima kasih

      • Hazlam pada 07 Dec 2011

        Warna untuk signage di jalan raya perlu dirujuk kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan DBKL (jika di kuala lumpur) kerana terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti dan mengelak papan tanda kita diturunkan kerana tidak mengikut peraturan.

        Papan tanda syarikat adalah bebas kerana diletakkan di kawasan/bangunan persendirian (pejabat) dan peraturannya adalah minima.


    Tinggalkan Komen Anda