5 Kesilapan Besar Pemasaran SEO (Video)

April 06, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Mempunyai laman web yang berada dalam kedudukan tertinggi dalam enjin carian merupakan impian setiap pemiliknya.

Tip Pemasaran SEO - Kesilapan Besar Usahawan Internet

Bayangkan pengguna Internet di seluruh dunia mencari maklumat yang menggunakan Google, dan mendapati laman web kita berada dalam kedudukan pertama menerusi kata kunci (keywords) yang ditaip.

Jika kata kunci itu mempunyai jumlah carian sebanyak 10,000 setiap bulan, tidak mustahil 8,000 daripada jumlah keseluruhan carian akan klik pada laman web kita.

Itu baru satu kata kunci.

Bagaimana pula laman web yang berjaya mendominasi lima atau lebih kata kunci menerusi optimasi enjin carian? Ini yang menyebabkan kuasa trafik organik daripada enjin carian diakui sebagai strategi paling berkesan dalam pemasaran Internet.

5 Kesilapan Besar Pemasaran SEO

Sebagai usahawan Internet yang menggunakan enjin carian sebagai satu daripada strategi pemasaran, kami ingin berkongsi bersama para pembaca Majalah Niaga mengenai 5 kesilapan besar yang sering dilakukan.

Kesilapan-kesilapan ini dihimpunkan oleh Maile Ohye (Developer Programs Tech Lead di Google). Beliau memberikan penerangan yang jelas dan spesifik mengenai 5 kesilapan pemasaran SEO.

Bukan itu sahaja. Maile Ohye juga turut memberikan 6 strategi asas untuk menarik perhatian Google bagi menaikkan kedudukan laman web kita. Gunakan strategi yang dikongsikan ini untuk memulakan kempen pemasaran SEO kita hari ini.

Semoga ia bermanfaat. Video ini lebih bermakna sekiranya ia dikongsikan oleh para pembaca di laman web sosial seperti Facebook atau Twitter.

Seminar SEO – Pendaftaran Sesi Mei 2012

Kami juga membuka peluang kepada para pembaca yang berminat untuk menguasai teknik memikat hati Google secara teknikal menerusi Seminar SEO anjuran tim Majalah Niaga.

Seminar SEO Majalah Niaga

Daftar Seminar SEO (Klik Di Sini)

Ketika ini, jumlah peserta untuk sesi 7 April 2012 sudah penuh. Tuan dan cikpuan boleh lakukan pendaftaran segera untuk tempahan awal pada Seminar SEO bulan Mei 2012.

PS: Satu daripada strategi SEO yang ditekankan oleh beliau adalah kepentingan mempunyai ‘fresh content’. Ini adalah satu daripada strategi yang kami gunakan di Majalah Niaga.

Kesannya? Kami berjaya mendominasi beberapa kata kunci yang mempunyai jumlah carian sehingga 5 angka setiap bulan.

Kredit: QuickBlogtips


Tags: , , , , , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?