5 Panduan Belajar Bisnes eBay Tanpa Kos

November 01, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Pertengahan tahun 2010, laman lelongan online seperti eBay, Mudah.my dan Lelong menjadi tempat untuk penjual memperdagangkan produk-produk mereka. Terdapat variasi produk yang dijual. Antaranya adalah rumah, gajet, baju dan pelbagai lagi.

sumber belajar eBay

 

Pada September 2008, lebih daripada 45,000 pengguna laman web eBay di United Kingdom berjaya membina empayar perniagaan menerusi laman web lelongan online terbesar di dunia ini.

Angka ini dijangka akan meningkat secara drastik akibat sambutan yang menggalakkan oleh kedua-dua belah pihak iaitu:

  • Pihak penjual – Mempercayai kaedah untuk menjual secara online.
  • Pihak pembeli – Mempercayai proses transaksi jualan secara online.

Sebagai pengguna internet, ini adalah peluang keemasan untuk kita mempelajari cara untuk berniaga menerusi laman lelongan online khususnya eBay. Di eBay, ia ibarat pasar malam yang sudah mempunyai ratusan juta pembeli.

Cuma kita sahaja perlu menyediakan produk yang selaras dengan permintaan pasaran. Ini bermakna, kita tidak perlu mengeluarkan kos masa, tenaga dan wang bagi melakukan promosi dan pemasaran.

Ikannya sudah ada, tinggal umpan sahaja yang perlu dimasukkan ke dalam kolam.

Persoalannya, bagaimana untuk kita mempelajari cara yang betul bagi memulakan perniagaan eBay? Kerana syarat dan polisi menggunakan laman lelongan ini sungguh ketat. Pada bila-bila masa sahaja akaun kita boleh dilupuskan tanpa sebarang sebab.

5 Panduan Belajar Bisnes eBay

eBay Education Specialist, Noorizam Shah menyatakan, “Ada banyak cara untuk mempelajari bisnes eBay. Ada yang percuma, ada yang berbayar. Ia bergantung pada keupayaan dan kemampuan diri kita untuk memilih ilmu yang kita inginkan.”

Beliau menyenaraikan 5 panduan bagi mereka yang ingin mempelajari selok-belok perniagaan eBay dengan cara yang betul, tanpa perlu mengeluarkan wang untuk memperolehnya.

#1 – Belajar Menerusi Forum eBay

Proses pembelajaran menerusi forum lebih bersifat terbuka. Di mana orang yang berpengalaman menjalankan bisnes eBay akan berkongsi secara konsisten, tanpa meminta sebarang pembayaran.

laman web rasmi eBay

Tugas kita adalah mengambil ilmu-ilmu asas mengenai bisnes eBay seberapa banyak yang kita perlukan. Antara ilmu asas dalam bisnes ini adalah:

  • Cara untuk membuka akaun eBay.
  • Cara untuk mengintegrasikan pembayaran menggunakan Paypal.
  • Asas mengenai bidaan (auction).
  • Bagaimana untuk mencari idea bagi menjual produk yang mempunyai permintaan tinggi.

Penggunaan forum melibatkan kepantasan kita untuk mengambil topik yang kita perlukan. Dalam masa sama, kita boleh bertanya terus menerusi thread-thread sekiranya ada persoalan. Antara forum mengenai bisnes ebay adalah Wangcyber dan di laman web eBay sendiri.

#2 – Blog Peniaga eBay

Blog adalah medium terkini yang dapat memudahkan kita memahami sesuatu topik dengan lebih terperinci. Kerana perkongsiannya khusus daripada seorang individu sahaja.

Pengusaha bisnes eBay tempatan yang terkenal seperti Noorizam Shah, Najib Asaddok, Eruwan Gerry dan ramai lagi mempunyai blog mereka sendiri. Layari laman blog mereka dan baca entri-entri berkaitan dengan bisnes eBay.

Jika ada pertanyaan, boleh berhubung dengan mereka menerusi ruangan ‘Hubungi’ yang disediakan dalam blog itu.

#3 – Sesi Perjumpaan Santai

sesi lepak bersama usahawan eBay

Usahawan-usahawan eBay biasanya akan memilih satu tarikh bagi berjumpa dengan grup-grup mereka. Tujuannya adalah untuk berkongsi ilmu dan berbincang mengenai idea-idea baru seperti:

  • Idea pemasaran.
  • Idea produk baru.
  • Idea untuk mengembangkan bisnes eBay.

Apabila mereka mengumumkan perjumpaan santai menerusi emel, Facebook atau blog, ambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan mereka. Ia tidak memerlukan sebarang kos. Hanya keinginan dan kesungguhan diri untuk belajar mengenai perniagaan eBay.

#4 – Muat Turun Ebook Percuma

Penerbitan digital memudahkan mana-mana pemilik bisnes untuk menjenamakan diri mereka sebagai pakar bidang tanpa sebarang kos. Penyebaran ebook-ebook percuma adalah salah satu daripada teknik yang berkesan.

Lakukan kajian menerusi enjin carian untuk mendapatkan panduan memulakan perniagaan eBay secara percuma. Rata-rata perkongsian berbentuk asas diberikan secara percuma oleh usahawan eBay.

#5 – Intip Ilmu Menerusi Facebook

Penggunaan laman sosial seperti Facebook memudahkan kita untuk merapatkan jurang komunikasi bersama usahawan eBay yang lain.

facebook tuan Noorizam Shah

Langkah pertama adalah menambah usahawan-usahawan eBay seperti Noorizam Shah di ruangan Facebook kita. Kemudian sentiasa membaca perkongsian-perkongsian beliau di Facebook secara percuma.

Lebih menarik, sekiranya ada soalan, ajukan terus pada ruangan komen atau mesej. Kebiasaannya respon yang diterima lebih pantas berbanding emel atau blog.

Panduan Percuma vs Panduan Berbayar

Percuma tidak semestinya teruk, berbayar tidak semestinya bagus. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tugas kita adalah memilih mengikut keupayaan dan mempunyai kesungguhan untuk mempelajari bisnes eBay.

video lubuk duit

PS: Tuan Noorizam Shah baru sahaja melancarkan Video Lubuk Duit yang disasarkan khas untuk kita yang berminat untuk memulakan perniagaan eBay. Katanya,

“80% sasaran pemilik DVD ini adalah mereka yang ingin memulakan perniagaan di Ebay.”

Layari laman web Video Lubuk Duit (TERHAD) hari ini.

Kredit imej yang diambil dari Facebook (Noorizam Shah), Flickr (andreas w)

Facebook Comments

Tags: , , , , , , , , , ,

Komen (10)

  1. Kejayaan tidak mudah dikecapi tanpa kesabaran dan dugaan merona. EBAY antara platform terbaik dalam membina kerjaya dan pendapatan isi rumah. Jaluran ekonomi yang tiada batas sempadannya, merentasi 7 benua lubuk keemasan. Sekecil-kecil modal, keuntungannya seimbang dengan kudrat dan tenaga yang ‘diasah’. Melunasi risiko yang menjadi pengalaman, bekalan azimat dan kejayaan masa hadapan.

  2. Oleh kerana saya belum Lagi melangkah ke porta lebay, maka saya amat tertarik dengan banyak tajuk yang sempat saya baca terutama “PANDUAN PERCUMA VS PANDUAN BERBAYAR’
    T.kasih
    sohyaacob

  3. Mohamad Shukri Husain
    January 17, 2013

    Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

    Info yang sangat bagus.

    Ada perancangan nak buat Seminar Perniagaan E-Bay dalam masa terdekat ini?

    Jika ada boleh bagitahu saya tarikh dan tempat.

    Terima Kasih

  4. salam terima kasih atas info yg sangat berguna. tapi sekarang dah tak ramai yg buat ebay..susah nak jumpa panduan belajar bisnes ebay kat malaysia ni lagi

  5. Assalamualaikum.

    saya x tau apa satu pun pasai ebay ni. yg saya tau buleh juai barang kpd pasaran diluar Malaysia.

    ada sapa2 blh berkongsi mcmana saya nak mulakan bisnes di ebay ni?

    terima kasih na..

Pendapat anda?