Ruang lobi pejabat ibarat ruang tamu kediaman. Ruang pertama yang dijejak tetamu dan bakal pelanggan. Seeloknya, ruang lobi (waiting area/ reception area) ini perlulah selesa agar pelanggan tidak terasa bosan menunggu dan juga dihias ringkas supaya kelihatan profesional.
Cuma tip yang dikongsikan ini, bagi pemilik pejabat yang mahukan ruang lobinya tidak terlalu berimej korporat danmahu kelihatan lebih cozy.
Selain dengan mengecat warna atau perabot yang agak memakan kos dan masa, saya sarankan dahulu lima perisa tambahan yang ringkas dan segera dalam menghias ruang lobi pejabat.
#1- Lembutkan Sofa Keras dengan Kusyen
Berikan keselesaan maksimum kepada tetamu dengan melengkapkan sofa dengan kusyen. Contoh, sofa tiga tempat duduk dengan dua, tiga atau empat kusyen. Sofa satu tempat duduk dengan satu kusyen sahaja. Pilih kusyen bercorak untuk dipadankan dengan sofa warna polos.
Untuk mendapatkan idea menyusun atur perabot ruang lobi boleh rujuk 5 idea susun atur ruangan menunggu
#2- Majalah atau Coffee Table Book
Majalah berkenaan industri kita lebih baik. Contohnya:
- Industri pakaian muslimah= majalah fesyen (contoh: Hijabista, Nur, Dara.com)
- Industri kewangan= majalah bisnes (contoh : Money Compass, Business Today, SME)
- Industri pelancongan= majalah travel (contoh: Santai Travel, LIBUR)
Majalah perlu dijaga rapi dan up to date. Disarankan melanggan dan lupus atau jual majalah tahun-tahun yang lepas.
Coffee table book merupakan buku berkulit tebal dan isinya lebih kepada gambar dan sedikit teks penerangan. Nama diberi kerana buku yang diletakkan di atas meja kopi. Fungsinya dijadikan sebagai bahan bacaan tetamu atau pemulaan membuka topik bicara antara tetamu dan pemilik.
#3- Centerpieces
Centerpieces seperti namanya merupakan hiasan yang digubah dan diletakkan di tengah-tengah meja kopi, meja konsol atau di sudut ruang lobi dan atas meja reception counter. Centerpiece terdiri daripada:
- Bunga atau tumbuhan (tiruan atau asli)
- Lilin
- Arca
- Koleksi (seperti cengkerang-cengkerang laut yang dikumpulkan bersama menjadi hiasan menarik)
- Barang hiasan yang bertema seperti centerpiece Hari Raya (balang kuih raya yang dihias cantik).
#4- Paparkan Kredibiliti dengan Gambar Dinding
Selain menggantungkan lukisan (idea dekorasi segera juga) yang hanya bertindak sebagai penyeri semata-mata. Gunakan dinding lobi yang ada, untuk menambah nilai kepercayaan tetamu dengan memaparkan kredibiliti bagi dilihat pelanggan yang pertama kali berurusan dengan perkhidmatan kita. Contoh:
- Sijil (contoh: perniagaan, halal, ISO, NLP, professional makeup certificate)
- Anugerah
- Projek berjaya, projek semasa atau yang bakal berjalan (contoh: gambar bangunan yang bakal dibina)
- Bengkel/ seminar yang dianjurkan
- Paparan media (keratan majalah, surat khabar, skrinshot di TV)
Selain itu, piala atau plak juga boleh dipaparkan. Contoh piala Malaysia Tourism Award , Malaysia CEO of the Year atau Enterprise 50 Award.
Selain mengantungkan di dinding secara normal, kita boleh menyusun seperti dalam gambar yang dipaparkan dengan menyediakan para.
#5- Berbau Minyak Wangi
Harumkan ruang lobi dengan bau-bauan yang tidak terlalu kuat. Seperti potpourri atau freshener dispenser yang boleh disetkan secara automatik.
(Sumber gambar: bizjournal, Andrew B47, mfplanning, yrungaray, phideltan08a)
Idea menarik. Sesuai saya apply salah satu tips ni utk SOHO saya satu hari nanti.
Doakan dipermudahkan hiasan SOHO tuan.
saya setuju, sentuhan idea menepati ruang.
Terima kasih, harap membantu sedikit sebanyak.
saya terlibat dalam bidang hiasan dalaman lebih 15 tahun sejak tahun 1997, telah di lantik oleh MARA sebagai perunding hiasan dalaman . Mari kita saling membantu. hubungi di email terima kasih.
teringin memiliki pejabat sendiri 🙂
Saya doakan tuan memiliki pejabat sendiri. Saya pula berimpian mahu studio+coworking space sendiri.
cantik…mmg bermotivasi nak kerja kalau mcm ni..