5 Pendorong Utama Memulakan Bisnes

May 31, 2013 — Penulis:

Kategori: Motivasi / Pembangunan Diri

pendorong-bisnes“Keusahawanan itu tidak dilahirkan bersama kita, tetapi ia sebenarnya dibentuk dan dipupuk dari masa ke semasa..”

Memulakan perniagaan sendiri merupakan satu “taboo” kepada para ibu bapa dan guru-guru pada hari ini dan ianya langsung jarang disebut dalam silibus pelajaran mereka di Sekolah.

Ini kerana sejak kecil lagi mereka telah menanam kepercayaan dalam diri anak-anak serta murid mereka supaya belajar tinggi-tinggi agar dapat memiliki pekerjaan serta pangkat yang tinggi dan menerima gaji besar setiap bulan apabila mereka dewasa kelak.

Akibatnya, tidak ramai yang mempunyai keinginan untuk menjalankan perniagaan sendiri, malahan rata-rata daripada mereka lebih selesa bekerja makan gaji walaupun Rasulullah pernah bersabda bahawa 9/10 daripada punca rezeki datangnya daripada berniaga.

Walaupun begitu, suatu hari nanti bila sampai masanya mereka akan mempunyai kesedaran untuk memulakan perniagaan juga bila mereka menghadapi sesuatu situasi yang membuatkan mereka berubah selain daripada terpaksa mewarisi perniagaan keluarga.

 5 Situasi Mendorong Permulaan Sesebuah Bisnes

Selain daripada minat, bakat serta peluang yang diberikan untuk memulakan bisnes, ramai diantara kita yang mengalami situasi tertentu terlebih dahulu sebelum terbuka hati untuk memulakan perniagaan sendiri.

duit

Better late than never. Berikut antara 5 situasi teratas yang mendorong seseorang memulakan perniagaan sendiri:

#1 Kesempitan Wang

Rata-rata daripada kita yang memulakan perniagaan pada hari ini pernah mengalami masalah kesempitan wang. Antara punca kesempitan wang berlaku ialah tidak mampu membayar hutang, bil-bil rumah serta tiada wang untuk menyara anak dan isteri.

Akibat daripada kesempitan ini, kita akan mula mencari solusi pantas untuk mencari wang tanpa perlu merayu-rayu mencari kerja lain secara separuh masa. Dan penyelesaian yang paling berkesan ialah dengan menjual barangan dan memulakan perniagaan sendiri.

#2 Keinginan Mencari Duit Lebih

Harga barangan semakin lama semakin naik walaupun gaji tidak selalu naik. Ini bermakna kos perbelanjaan isi rumah semakin meningkat dan memeningkan kepala kerana duit gaji bulanan tidak lagi mencukupi untuk membiayai perbelanjaan harian pada masa depan.

Jadi timbullah keinginan untuk mencari duit lebih untuk menyara keluarga serta memberikan kebahagiaan kepada mereka. Cara yang paling baik untuk mencari duit tanpa berhenti kerja ialah dengan memulakan perniagaan sendiri kerana ia boleh dilakukan secara part-time.

#3 Tragedi Diberhentikan Kerja

Rata-rata diantara anda pasti sangat takut jika tragedi ini berlaku kepada diri kita anda. Ini kerana tanpa kerja, kita tidak mempunyai gaji dan tanpa gaji kita tidak mampu membayar segala perbelanjaan harian. Tetapi ia adalah hak majikan anda.

Pada zaman sekarang, agak sukar untuk anda mencari kerja kerana tahap pendidikan yang diperlukan agak tinggi. Jadi secara tidak langsung, berniaga merupakan satu-satunya perkara yang boleh anda lakukan untuk menyara hidup anda walaupun anda tidak mempunyai sijil.

#4 Kehilangan Segala-galanya

Selain dipecat, kehilangan segala-galanya merupakan antara ketakutan terbesar dalam kehidupan setiap manusia. Jika dulu anda hidup bahagia dengan pendapatan RM5000 sebulan, tiba-tiba anda jatuh muflis akibat gaya hidup anda. Ia suatu tragedi yang amat menyayat hati!

Jika anda mengalami tragedi ini dan mahu bangkit daripada kegagalan serta kesakitan ini, anda memerlukan satu tindakan untuk mencari duit kerana tiada siapa yang mahu mengambil anda bekerja dengan gaji yang tinggi. Jadi anda perlu mula berniaga untuk bangkit dari tragedi ini dan menyara kehidupan anda dengan lebih stabil.

#5 Ingin Mulakan Hidup Baru

Sebagai seorang manusia normal, kita mengimpikan kehidupan yang “sangat” selesa dan tidak terikat dengan masa kerja 8 pagi hingga 5 petang malahan kita tidak mahu lagi dimarahi pihak atasan. Setiap orang mencari kebahagiaan abadi dalam dalam kehidupan mereka.

Jadi memulakan perniagaan sendiri mampu mengubah kehidupan anda menjadi lebih bebas agar dapat mencari masa bersama keluarga tercinta. Walaupun perniagaan mempunyai cabaran tersendiri, ia lebih bebas daripada bekerja bawah orang lain kerana anda adalah bos!

Perniagaan mampu mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik dan lebih bebas walaupun anda tidak dilahirkan dengan bakat menjual. Sikap, minat dan cinta terhadap keusahawan ini boleh disemai jika anda berniat untuk serius dalam memulakan perniagaan sendiri.

Tidak menjadi satu kesalahan pun jika anda mempunyai Ijazah, Sarjana mahupun PHD dan menjalankan perniagaan sendiri. Ini kerana pelajaran menjadikan kita berilmu tetapi pengalamanlah sebenarnya yang menjadikan ilmu itu berguna.

Jadi apakah pendorong atau penyebab anda untuk memulakan perniagaan anda sendiri? 😉

 

(Sumber gambar:  f.verhasseltksuwebteam)


Tags: , , , , , , ,

Komen (15)

  1. Sangat terinspirasi apabila membaca penulisan ini.

    Saya ingin kembangkan bisnes saya dengan kepakaran ilmu saya.

    Antara faktor utama saya ialah :-

    1. Ingin memberi contoh ikutan kepada famely dan kawan.
    2. Apabila jutawan, teringin menolong orang tidak berkemampuan untuk terus hidup tanpa
    saya memikirkan banyak kali mahu tolong atau tidak.
    3. Jika sudah bergelar jutawan, senang untuk kita menolong mereka.
    4. Ingin tambah ilmu bisnes supaya boleh tolong orang baru juga. 🙂

    4 poin ini memang saya selalu ingat dalam kepala. 🙂

    Alhamdulillah. 😉

    1. Terbaik saudara Asyrof. Satu matlamat yang baik. Jadi jutawan untuk bantu lebih ramai orang.
      Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita ke arah itu. Amiin. 🙂

  2. banyak betulnya artikel tuan, namun ketiadaan fokus dalam sesuatu bidang niaga akan menyebabkan kita lambat berjaya.jadi fokus dan jangan mudah berputus asa atau sifat cekal itu sangat penting dalam perniagaan. Sebenarnya amalan baik spt nak sedekah kita kena mulakan sekarang bukan tunggu kaya. percayalah kalau masa ada seringgit kita lokek sedekah 10 sen maka jangan harap kita akan sedekah RMM 100 jika kita jadi jutawan

  3. Factor Utama saya adalah
    1. Berjihad ekonomi
    2. Menjadi Sumber Inspirasi kepada orang lain
    3. Membantu yang kurang bernasib baik

    Dan beberapa sebab peribadi. 🙂

  4. Saya memilih kerjaya usahawan kerana :
    1 : sunnah.
    2 : lebih masa bersama keluarga
    3 : kebebasan berfikir dan bertindak

  5. Salam
    Terimakasih atas info motivasi /tambah pulih semangat niaga,,
    Baca sumber sini seperti berkawan dengan kawan kejayaan,,
    Kalau sendirian semakin musnah semangat niaga,,,termasuk blogging,,

    Sekian,,,,

  6. Assalamu’alaikum.

    Saya ada master, saya ada kerjaya yang baik. Tapi bila passion dalam bisnes lebih kuat, terasa kerjaya sekarang membosankan. Jadi, yang no.5 tu memang sepadan sangat dengan diri saya.

  7. Saya pilih bisnes berbanding pekerjaan selepas membaca buku Robert Kiyosaki semasa di sekolah. Bisnes memberikan kita kebebasan wang dan masa. Tak terikat dengan mana-mana pihak. Kalau kerja, kita akan diperintah oleh majikan tapi gaji takat tu saje. Bukan saya bermaksud kerja makan gaji ni tak bagus langsung, tapi jadikan kerjaya anda sebagai batu loncatan untuk berbisnes. Saya pilih bisnes sebab no. 5. Saya masih muda dan bujang.

Pendapat anda?