Artikel Permainan – Meningkatkan Produktiviti Syarikat menceritakan, melakukan aktiviti riadah di pejabat dapat meningkatkan produktiviti syarikat.
Dottie Ward-Wimmer, seorang pakar permainan terapi dari William Wendt Center for Loss and Healing, Washington menyatakan, “pemilik-pemilik perniagaan mendapati, permainan dapat memberikan kesegaran, memupuk semangat dan mengurangkan tekanan. Dalam syarikat besar seluruh Amerika, gim sentiasa tersedia kerana memahami tekanan akan hilang menerusi aktiviti fizikal.”
5 Permainan indoor pilihan
#5 – Permainan konsul
Hanya memerlukan sofa atau bean bag dan televisyen. Boleh ditempatkan di bilik khas atau tempat rehat pekerja. Headphones perlu dipakai untuk mengelak kebisingan, jika permainan konsul diletakkan di tempat terbuka. Permainan konsul yang masih popular dimainkan adalah Guitar Hero daripada Activision.
#4 – Foosball
Fossball atau dikenali sebagai bola sepak meja. Tidak memerlukan ruang yang luas. Boleh diletakkan di sudut ruang makan pejabat. Boleh bermain secara berdua (perseorangan) dan berempat (berpasangan).
#3 – Permainan papan
Permainan papan adalah permainan yang murah harganya berbanding permainan lain dalam pejabat. Perabot yang diperlukan hanyalah kerusi dan sebuah meja. Contoh, jenis permainan papan seperti catur, Monopoly, dan karom.
#2 – Pool
Permainan pool merupakan pilihan syarikat-syarikat besar untuk pekerja beriadah. Ukuran normal meja pool dalam 4’2” X 8’4”. Oleh itu, kita memerlukan ruang yang luas dan lapang untuk bermain.
Selain itu, bagi mengelak objek bola dan batang kayu terkena staf atau perabot, permasangan lampu gantung diperlukan.
#1 – Ping pong
Laman web table-tennis-tables.co.uk menyenaraikan faedah mempunyai meja pingpong di pejabat, berdasarkan pembelian yang memberangsangkan oleh pihak majikan terhadap pekerja mereka.
- Memberi peluang kepada pekerja untuk bersosial dan membantu moral mereka.
- Membuatkan pekerja berada di dalam pejabat ketika waktu rehat, dan mudah meminta pertolongan ketika diperlukan pada masa tersebut.
- Permainan ini lebih selamat dan menyihatkan berbanding sukan lain.
- Permainan ping pong hanya memerlukan skil yang rendah, menyebabkan semua orang boleh bermain.
- Bagus untuk pekerja menjadi aktif tanpa masalah peluh berlebihan, yang menyebabkan mereka perlu mandi atau bertukar baju.
- Memerlukan empat orang permain atau perseorangan, bermaksud semua boleh beriadah pada masa yang sama.
- Bagi syarikat atau ofis yang mempunyai ruang pejabat yang terhad, meja pingpong boleh dijadikan sebagai meja mesyuarat.
Ekstra – Permainan Dart
Satu lagi permainan yang boleh dimainkan di pejabat adalah permainan dart. Permainan yang mengajar kita fokus kepada sasaran. Cuma memerlukan dinding kosong untuk mengantung papan dart, dan ruang jarak 7 kaki untuk melontar buah dart.
Untuk pengetahuan, idea dart ini diinspirasikan daripada sukan memanah.
Kredit gambar (Pinnaplebun, Coografik, About College, Irinablok, Goosmurf, Paul Cocker, bAm-Felix)
Bagi syarikat atau ofis yang mempunyai ruang pejabat yang terhad, meja pingpong boleh dijadikan sebagai meja mesyuarat.
Sedang imagine mesyuarat pakai meja ping pong..hehe
bayangkan tuan jangan tidak bayangkan, tetapi kena ‘remove net’ terlebih dahulu 🙂
Bestnya kalau ada opis macamni..
Ada di Malaysia, tetapi ofis yang melakukan kerja-kerja kreatif seperti firma arkitek dan pereka multimedia.
rasa banyak juga kompeni di malaysia yg sediakan bende ni… tempat sy kerja dulu pun ada disediakan meja ping pong dan carom… kompeni tempat sy kerja skang ni ada permainan pool & dart… kompeni engineering oil & gas…
kalau camni la kat m’sia…nak2 lagi gov. offc….best wooo
Syarikat di Malaysia ini kebanyakkannya menyewa pejabat kecil kecuali syarikat besar yang punya bangunan sendiri. Tiada ruang untuk Permainan merehat fizikal dan minda.
Betul kata tuan, sebab itu permainan papan seperti karom, catur atau dam menjadi pilihan kerana tidak perlu ruang yang luas dan menjimatkan.
main monopoly aje..hehe..
Minat karom..nak try main dart pula..
mmg release tension kalau opis dapat buat game mcm ni…