5 Sebab Facebook Pages Boleh Membantu Bisnes Berkembang

June 01, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa setiap pengguna Facebook mempunyai 130 rakan dan menyertai 80 pages, groups dan events.

Tip Pemasaran Facebook - 5 Sebab Facebook Membolehkan Bisnes Anda Berkembang

Manakala 90% jenama syarikat terkemuka dunia seperti Starbucks, Coca-cola, Pepsi dan pelbagai lagi, cenderung menggunakan Facebook Pages sebagai satu lagi senjata pemasaran yang telah efektif.

5 Sebab Facebook Pages Dapat Membantu Bisnes

Bagi usahawan-usahawan kecil pula, mereka menggunakan Facebook Pages sebagai satu medium pemasaran percuma, dan menganggap ia sebagai tempat untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Ini kerana rata-rata pengguna Facebook, menggunakan 4 hingga 8 jam sehari bagi melayari laman web tersebut.

Bagaimana Facebook Pages ini boleh membantu bisnes-bisnes berkembang? Tanpa memerlukan modal yang tinggi?

#1 – Komunikasi Dua Hala (Penjual dan pembeli)

Syarikat Starbucks antara syarikat yang menggunakan sepenuhnya Facebook Pages untuk berkomunikasi dengan pelanggan

Mikal E. Belicove, menganggap Facebook Pages sebagai salah satu medium komunikasi antara penjual dan pembeli. Sebagai contoh, pembeli boleh berhubung terus dengan penjual, jika mereka berminat untuk membeli produk.

#2 – Mengukuhkan Hubungan Dengan Pelanggan

Facebook Pages bukan medium untuk menjual semata-mata. Ia juga merupakan tempat untuk pemilik bisnes, bagi membina hubungan yang baik terhadap prospek. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan kepercayaan prospek, dan mendorong mereka untuk menjadi pelanggan setia produk kita.

#3 – Meningkatkan Trafik Laman Web

Penggunaan 'Facebook Badges' boleh meningkatkan trafik laman web

Dalam buku The Complete Idiot’s Guide to Facebook, ditulis oleh Joe Kraynak menggariskan panduan yang baik, bagi menukarkan pengguna Facebook kepada pembeli. Salah satu caranya ialah membawa melakukan cross-promotions.

Sebagai contoh, kita boleh meletakkan widget Facebook Pages di laman web. Apabila pelawat klik pada butang ‘Like’, maka secara automatik ia akan menviralkan laman web bisnes, tanpa perlu melakukan sebarang aktiviti promosi.

#4 – Mewujudkan Komuniti

Jay Conrad Levinson, penulis buku Guerilla Marketing sejak tahun 1984 berkata, customer engagement atau membina komuniti merupakan cara baru, yang harus digunakan oleh pemilik bisnes bagi menjual menerusi laman web social networking seperti Facebook.

Penggunaan Facebook Discussion , dapat mewujudkan komuniti bersama pelanggan

Facebook Pages merupakan ruang komuniti yang wajar dimaksimakan penggunaannya. Kita boleh jadikan ia sebagai tempat untuk pelanggan berkongsi, atau mencadangkan sebarang penambahbaikan terhadap produk atau servis.

Kewujudan butang ‘Discussion’ juga merupakan alternatif, bagi mewujudkan ruang komunikasi yang lebih produktif, dan efisien.

#5 – Meningkatkan SEO (Search Engine Optimization)

Pemilik web SeoBook.com, Aaron Wall, merupakan pakar dalam pemasaran organik, atau lebih dikenali sebagai SEO (Search Engine Optimization). Dalam satu kajian yang telah dibuat, beliau mendapati Facebook Pages boleh digunakan bagi meningkatkan peluang untuk mendominasi enjin carian.

Pengunaan Facebook, memberi kelebihan dalam pemasaran SEO

Salah satu cara yang boleh kita lakukan ialah, meletakkan pautan laman web pada bahagian info yang disediakan. Pastikan kita menggunakan simbol ‘http://’ ketika meletakkan maklumat web di bahagian info, supaya ia boleh diklik oleh pengguna Facebook yang lain.

Bagi anda yang ingin mempelajari strategi pemasaran Facebook secara berkesan, bagi membantu bisnes berkembang, anda boleh layari ke www.kuasafanpage.com.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (Meganvadid)


Tags: , , , , , , ,

Komen (9)

  1. bg sy, byk lg kelebihan fnpage yg dpt dimanfaatkan dlm bisnes..

    dan apa yg pasti fanpage lebih mempunyai beberapa featured yg tidak ade pada fb group..dan fanpage juga blh dihiasi lebih cntik dgn iframe dan menambahkan lg daya tarikan klik pd button like..

    thanks ats artikel bermanfaat..harap ianya dpt membantu sy dan mereka2 yg laen lg 🙂

  2. Bila sudah terbukti berkesan maka kenalah guna sebaik-baiknya. Namun hakikatnya usahawan melayu di Malaysia ini tidak menggunakan pages percuma ini untuk mengembangkan bisnes mereka.

  3. Terima kasih di atas perkongsian yang bernas ini. Bagi saya facebook ini adalah
    medium wajib terutamanya di dalam mengembangkan perniagaan tempatan ataupun antarabangsa.
    Sekiranya tiada akaun dalam facebook ia merupakan satu kekurangan yang amat besar.
    Perhubungan baik, kepercayaan antara pelanggan dgn kita boleh kita lihat di sini.
    Tahniah dan syabas atas perkongsian ini.

Pendapat anda?