5 Sebab Facebook Syurga Para Usahawan

September 13, 2012 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Kita tidak akan bercerita tentang potensi pemasaran Facebook.

Facebook Syurga Usahawan

Kerana kebanyakan usahawan sudah sedia maklum, ketika ini Facebook adalah medium galian pelanggan terhangat di Internet. Medium ini tidak mengenal pengalaman peniaga.

Ada yang baru sahaja menceburi bidang perniagaan dalam masa kurang 2 bulan, sudah berjaya menjual 4 angka dengan hanya menjual sabun. Jika tuan puan ingin belajar tentang teknik pemasaran Facebook, klik pada pautan di bawah:

Seminar Pemasaran Facebook – Anjuran Majalah Niaga (Klik Di Sini)

Topik kali ini menjurus kepada sebab Facebook menjadi pilihan para usahawan. Bukan sahaja untuk usahawan yang baru bertapak, malah bisnes bertaraf global seperti AirAsia, Starbucks, McDonald, Pizza Hut dan pelbagai lagi juga menaruh harapan menerusi laman sosial ini.

Pertama, RM800 Juta Ringgit Dalam Tangan

Ini adalah satu kiraan mudah. Jangan terlalu teruja.

Mengikut data yang dibekalkan oleh Social Bakers, Facebook kini mempunyai jumlah anggaran pengguna sekitar 800 juta orang. Ini bermakna, jika kita boleh menjual produk berharga RM1 kepada semua 800 juta pengguna, untung kita adalah RM800 juta.

Bunyinya seperti mustahil. Namun mesej yang ingin ditekankan di sini adalah potensi laman web Facebook yang tiada sempadan.

Kita boleh luaskan empayar perniagaan dengan hanya menggunakan Facebook.

Kedua, Mudah Diuruskan

Bagi pengguna Facebook tegar, ini adalah kelebihan bagi mereka. Pengurusan perniagaan di Facebook adalah mudah. Antara tugasan peniaga Facebook setiap hari adalah:

  1. Login Facebook.
  2. Berkongsi maklumat produk atau servis.
  3. Semak jika ada sebarang tempahan.
  4. Uruskan tempahan pelanggan.
  5. Senyum sebab duit masuk, kemudian hantar barang.

Sistem yang dibekalkan oleh pihak Facebook kepada usahawan tidak kompleks. Sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan di laman sosial ini. Bahkan, ia tidak memerlukan sebarang pengetahuan berbentuk teknikal yang mendalam untuk mengendalikannya.

Ketiga, Iklan Berkos Rendah

“Pengiklanan di Facebook adalah medium pengiklanan berkos rendah dan memberikan pulangan yang tinggi.” – Social Media Examiner.

Bajet minimum untuk pengiklanan konvensional adalah sekitar RM5,000. Berita buruknya, tiada sebarang jaminan pulangannya adalah cukup-cukup makan atau lebih. Buruk padahnya jika tersilap langkah.

Pengiklanan Facebook

Dengan pengiklanan Facebook, semua trauma untuk beriklan boleh letak ke tepi. Kos pengiklanan di Facebook hanya memerlukan bajet serendah RM5. Ia bergantung pada strategi kempen kita.

Untuk bajet serendah RM5, kita sudah boleh menwar-warkan perniagaan kita kepada 800 juta orang pengguna.

Keempat, Senang Mahu Tiru Kempen Berjaya

“Untuk cepat berjaya, belajar daripada orang yang sudah berjaya melakukannya.” – Anthony Robbins.

Jangan takut untuk memikirkan jenis-jenis strategi yang dapat memberikan kesan maksimum terhadap kempen pemasaran Facebook. Kerana kita boleh tiru kempen-kempen pemasaran yang dilakukan oleh syarikat lain.

Lebih menarik, terdapat puluhan idea kempen pemasaran yang boleh disedut berdasarkan kajian secara kasar. Contohnya:

  • Mengadakan pertandingan.
  • Berkongsi video tentang cara menggunakan produk.
  • Melakukan kempen viral seperti “Siapa komen dia layak menang.”

Kelima, Cepat Dapat Masuk Minda Pelanggan

Dengan Facebook, kita berkeupayaan untuk menjimatkan kos penyelidikan yang berkaitan dengan memenuhi permintaan pelanggan. Daripada membayar golongan individu untuk mengedarkan borang survey di pusat membeli belah, ada baiknya menggunakan Facebook bagi menggantikan aktiviti itu.

Apa yang perlu kita lakukan adalah:

  • Guna Facebook Pages bisnes.
  • Ajukan soalan yang dapat mendorong pengguna Facebook lain untuk berkomunikasi.
  • Beri insentif untuk menghargai mereka.
  • Jadikan setiap jawapan itu sebagai bahan penyeledikan untuk memenuhi keperluan pelanggan di masa akan datang.

Seminar Pemasaran Online (Tipu Helah Pemasaran Dibongkar)

Seminar Pemasaran Online - Majalah Niaga

Tim Majalah Niaga kini menerima puluhan e-mel setiap minggu. Semua e-mel itu berkait rapat dengan soalan-soalan seperti berikut:

  • Boleh ajar kami cara pemasaran online yang berkesan?
  • Saya ada produk XXX, tolong berikan sekurang-kurangnya 1 teknik untuk menjual produk ini.
  • Saya percaya Facebook adalah medium pemasaran terbaik, tetapi apakah teknik dan strategi sebenar untuk buat duit melaluinya?
  • Dan pelbagai lagi.

Pertama, klik pada laman web Seminar Pemasaran Online (Klik di sini).

Kemudian, fahami manfaat yang bakal kita peroleh apabila menghadiri seminar ini. Antaranya adalah:

  • Peserta diajar teknik menulis ulasan produk yang dijamin dapat menjadi medan magnet untuk menarik ramai pelanggan bertanyakan soalan, “Boleh saya tahu produk apa yang awak jual?”
  • Peserta ditunjukkan strategi pemasaran forum yang sudah lama dibiarkan. Strategi ini sebenarnya adalah lubuk emas untuk usahawan dan masih lagi memberikan pulangan lumayan.
  • Peserta diberikan rahsia pemasaran Facebook, yang sebelum ini disorokkan oleh peniaga-peniaga Facebook yang tidak pandai mengajar caranya (termasuk kajian kes usahawan Facebook yang berjaya menjadikan laman ini lubuk emas).

Penyertaan semakin menutup tirainya. Kami hanya menerima lebih kurang 7 peserta yang serius sahaja untuk mengubah rentak perniagaannya secara online.

Mulai hari ini.

Daftar sekarang di: Seminar Pemasaran Online.

Kredit: theamericanjesus.


Tags: , , , ,

Komen (2)

  1. hm..sangat menarik topik ni. Dah bermacam2 cara promosi sy buat untuk bisnes sy tp tiada yg menjadi. jika lihat pada page sy di fb, ssh betul nk cr customer. padahal harga saya tawarkan sudah cukup murah..Hmm..cmne ye..

Pendapat anda?