5 Strategi Perniagaan eBay Tahun 2012

January 17, 2012 — Penulis:

Kategori: Online

Selamat datang ke tahun baru 2012!

2012

Bersama-sama tahun baru ini telah datang peluang untuk kita terus menjana pendapatan melalui portal eBay.

Di dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi beberapa strategi yang boleh membantu untuk meningkatkan keuntungan anda di portal eBay sebagai seorang penjual sempena tahun baru ini:

#1 – Kemaskini Kata-Kunci

Perkara pertama yang saya sarankan anda lakukan adalah untuk mengemaskini kata-kunci yang anda gunakan di dalam tajuk listing barang jualan anda di portal eBay.

Beberapa bulan yang lepas, pihak eBay telah meningkatkan bilangan karakter yang boleh anda gunakan di dalam tajuk barang jualan anda daripada 55 kepada 80.

katakunci

Oleh itu, sebagai seorang penjual di portal eBay, anda tidak boleh melepaskan peluang ini.

Penambahan bilangan karakter yang dibenarkan ini membolehkan anda untuk menambah kata-kunci berkaitan dengan barang jualan anda.

90% daripada pengunjung yang mengunjungi portal eBay untuk mencari barangan untuk dibeli akan menggunakan enjin carian portal tersebut.

Asas enjin carian portal eBay adalah ia akan melakukan carian di dalam tajuk barang jualan. Oleh itu, sebagai penjual, anda perlu memastikan kata-kunci utama untuk barang jualan anda sudah dimasukkan di dalam tajuk barang jualan, untuk memastikan barang jualan tersebut mudah dijumpai.

Dalam pada itu, gunakan peluang peningkatkan bilangan karakter tajuk listing barangan untuk meningkatkan potensi pengunjung untuk menjumpai barang jualan anda.

#2 – Gunakan Video

Ramai penjual di portal eBay yang cuma menggunakan teks di dalam diskripsi barang jualan mereka. Oleh itu, penggunaan video bersama-sama teks di dalam diskripsi barang jualan, mampu membezakan diri anda daripada penjual-penjual barangan yang sama dengan anda di portal eBay.

youtuBe

Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan video yang bersesuaian di dalam diskripsi barang jualan anda akan mampu meningkatkan kadar respon daripada pengunjung sehingga 700%.

Oleh itu, anda boleh meningkatkan keuntungan anda di portal eBay dengan mudah jika anda mengaplikasikan video di dalam diskripsi barang jualan anda.

Anda boleh gunakan video produk yang sedia ada di YouTube atau anda boleh upload video anda sendiri di YouTube dan seterusnya memaparkannya dengan mudah di dalam diskripsi produk anda.

Pada masa kini, pengguna akan lebih responsif kepada paparan audio dan visual. Oleh kerana itu, jangan sampai anda ketinggalan untuk menggunakan strategi ini.

#3 – Berikan Bonus

Sebelum ini saya sudah menulis satu artikel khas mengenai pemberian bonus di portal eBay untuk meningkatkan keuntungan anda. Jika anda belum lagi mengaplikasikan strategi ini, tahun 2012 merupakan masa untuk anda bertindak.

berikan bonus

Saya berikan satu contoh yang mudah. Terdapat 5 penjual di portal eBay yang menjual satu barang sama. Jika salah satu daripada kelima penjual tadi memberikan bonus khas untuk pembelian barang tersebut melaluinya, sudah pasti lebih ramai pengunjung yang akan membeli daripada penjual tersebut.

Perkara ini dapat kita lihat di dalam dunia offline kita sekarang. Pemilik kedai saling berebut-rebut menawarkan bonus untuk menggalakkan pengunjung memasuki kedai dan membeli daripada mereka.

Strategi yang sama ini boleh anda gunakan di portal eBay dengan jayanya.

#4 – Berikan Kupon Diskaun

Ini adalah satu strategi yang masih kurang digunakan oleh penjual-penjual di portal eBay. Strategi ini melibatkan pemberian diskaun kepada para pelanggan anda.

Kenapa strategi ini penting? Kerana ia sememangnya berkesan!

kupon diskaun

Cuba lihat saja di mana-mana yang anda pergi di dunia offline. Jika dilihat di dalam suratkhabar, pasti saban hari ada saja kedai atau hypermarket yang menawarkan tawaran diskaun untuk barang jualan mereka.

Jika anda pergi berjalan-jalan di kompleks membeli-belah, sudah pasti ada saja tawaran diskaun yang dapat anda lihat.

Strategi ini sememangnya berkesan dan para pengunjung akan tertarik dengan tawaran diskaun yang diberikan. Strategi ini tetap berkesan di dunia online terutamanya di portal eBay.

Oleh itu, ia merupakan satu strategi yang boleh anda gunakan untuk tahun 2012.

Strategi pemberian diskaun ini adalah berdasarkan kreativiti anda sendiri. Anda boleh memberikan diskaun sekiranya pelanggan membeli pada satu harga yang telah anda tetapkan.

Seperti pembelian melebihi $150, memberikan diskaun sekiranya pelanggan membeli pada satu bilangan yang tertentu. Atau anda boleh memberikan diskaun berdasarkan perayaan-perayaan tertentu yang menjelang seperti Tahun Baru Cina.

Ia merupakan satu strategi berkesan untuk meningkatkan bilangan pelanggan.

#5 – Berikan Kupon

Pemberian kupon juga masih kurang digunakan di portal eBay.

Secara ringkasnya, anda boleh menghasilkan kupon mudah dengan menggunakan perisian Microsoft Word atau Open Office dan anda tukarkan kepada format PDF.

Atau anda boleh cetak dan hantar kupon tersebut secara fizikal bersama barang yang anda pos kepada pembeli. Kupon ini boleh anda berikan kepada pelanggan-pelanggan anda setiap kali mereka membuat pembelian daripada anda.

kupon

Terdapat beberapa strategi di dalam penggunaan kupon ini. Anda boleh memberikan satu barang secara percuma setelah satu jumlah kupon tertentu berjaya dikumpul oleh pelanggan.

Anda boleh memberikan satu kupon diskaun yang boleh digunakan pada bila-bila masa sekiranya pelanggan membeli lagi daripada anda pada masa hadapan.

Strategi kupon ini juga bergantung kepada kreativiti anda untuk mengaplikasikannya.

Saya amat yakin jika anda menggunakan satu, dua atau kesemua strategi yang telah saya kongsikan di sini, potensi anda untuk menjana keuntungan di portal eBay sudah pasti akan bertambah.

Saya doakan kejayaan anda sebagai penjual di portal eBay untuk tahun 2012 ini.

Salam hormat dan salam kejayaan!

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (För Kyldtopgold2 of 62ashley.browning ralphhogaboom)


Tags: , , , , , , ,

Komen (2)

  1. Terima kasih tuan. Saya setuju dengan poin penggunaan video pada penerangan produk. Kebanyakkan seller di eBay hanya menggunakan teks & imej sahaja bagi tujuan ini. Tidak ramai yang menggunakan video. 🙂

  2. Saya suka dan setuju dengan idea pemberian kupon diskaun. Idea klasik yang sememangnya cukup berkesan. Yang menariknya, ianya cukup sesuai untuk sebarang perayaan. Dengan sikit kreativiti dan strategi pastinya jumlah pelanggan dan ‘repeat sales’ akan meningkat. 🙂

Pendapat anda?