5 Strategi Mudah Dominasi Google

January 11, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Pemasaran SEO adalah antara pemasaran utama kami di Majalah Niaga. Data  dan statistik bulanan dari Google Analytics sudah cukup membuktikan trafik dari enjin carian banyak membantu kami, dalam meningkatkan jumlah pembaca dan pengikut setia di kalangan pemilik-pemilik bisnes, blogger-blogger, usahawan dan bakal usahawan.

Tip Pemasaran SEO

Pemasaran SEO dikatakan satu pemasaran yang sukar dan mempunyai teknikal yang banyak oleh sesetengah orang. Bagi kami, tidak sama sekali dan ia adalah satu pemasaran sangat menguntungkan untuk semua jenis bisnes, terutamanya pemilik-pemilik bisnes tempatan.

Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan 5 strategi  mudah untuk meletakkan laman web berada di tangga teratas Google , serta meningkatkan trafik dan pelawat dari Google.

#1 – Giveaway / Contest

Contest atau peraduan adalah strategi yang mudah untuk meningkatkan kepercayaan laman web di mata Google.  Kebiasaannya, teknik ini menjadi kegemaran syarikat jenama besar seperti P1 Wimax, Maxis, Celcom.

Teknik ini pernah digunapakai oleh syarikat Flarebiz, syarikat yang mendominasi industri perniagaan internet tempatan. Yakni ketika pelancaran Niagakit 2.0 pada awal Mac 2010.

Peserta peraduan ini diminta untuk menulis satu artikel reviu berkaitan system e-commerce Niagakit. Peraduan ulasan ini berlangsung selama 30 hari dimana 3 pemenang akan mendapat hadiah yang lumayan.

peraduan-ulasan-niagakit

Apabila dilihat dari sudut jualan, sememangnya teknik ini boleh mendatangkan keuntungan lumayan. Setiap blog yang menghasilkan reviu semestinya mempunyai pengikut tersendiri dan peluang untuk mendapat pulangan positif dari jualan adalah tinggi.

Bukan sekadar jualan sahaja, bahkan dari sudut pandangan kepercayaan di mata Google juga meningkat. Dimana Google akan mengesan banyak link dikreditkan ke laman Niagakit. Di mata Google, nilai autoriti laman web kita meningkat dek kerana blog-blog ‘bercerita’ mengenai laman web kita.

Beberapa tip untuk anda mengadakan pertandingan:

  1. Tempoh peraduan – Letakkan tempoh peraduan. Saranan saya sekurang-kurangnya dalam tempoh 30 hari. Jadi blogger-blogger mempunyai masa yang cukup untuk menulis artikel serta menyebarkan berita mengenai peraduan ini kepada blogger-blogger lain.
  2. Hadiah Ghairah – Hadiah juga memainkan peranan penting bagi menarik minat blogger menyertai peraduan ini. Penentuan hadiah berbalik kepada modal anda, untuk memastikan pulangan adalah positif.
  3. Wujudkan Laman Khas Peraduan – Untuk memudahkan blogger-blogger, adalah lebih baik apabila kita wujudkan laman khas supaya mereka mudah untuk merujuk hadiah-hadiah yang ditawarkan, syarat-syarat dan sebagainya. Sebagai contoh, pihak Flarebiz juga menyediakan laman khas peraduan disini.

#2 – Blog Khas Untuk Produk

Google sangat suka laman yang dikemaskini , iaitu blog berbanding laman static (website).  Ada dua pilihan, sama ada mahu membina blogshop ataupun hanya membina blog dari subdomain. Sebagai contohnya www.lamanwebanda.com/blog.

Ketika sesi mentorship, saya sentiasa menyarankan kepada para peserta untuk menyediakan blog , selain dari e-commerce untuk mendapat jualan secara terus.

Salah seorang peserta Mentorship SEO yang mempraktikan teknik ini adalah tuan Wan Zaki, yakni pemilik laman web jualan kain tudung, JelitaSara.com. Beliau telah membina blog iaitu jelitasara.com/blog.

Dari blog tersebut, beliau berkongsi tentang tip-tip pemilihan kain tudung serta produk-produk keluaran terbaru dari Jelitasara.com. Hasilnya, laman Jelitasara dapat mendominasi beberapa keyword dominan dalam satu masa.

Ataupun boleh gunakan konsep blogshop untuk jualan serta kemaskini terkini mengenai produk. Sebagai contohnya, apa yang dihasilkan oleh tuan Syahruddin Zainol, pemilik laman blog Apampolkadot.com yang juga salah seorang peserta Alumni Majalah Niaga.

#3 – Integrasi Sosial Media

Sejak tahun 2010, para pengkaji SEO mengenalpasti kepentingan social media dalam menentukan ranking sesebuah lamanweb/blog di Google.

Laman Search Engine Journal melaporkan sosial media adalah sebahagian factor menentukan ranking di Google, dimana Google telah mengemakini algorithm yang dinamakan Google Panda & Google Penguin update sejak awal tahun 2010.

Facebook Majalah Niaga

Malah, sosial media adalah perkara sangat penting masa kini dimana ia sebahagian dengan apa yang dikenali sebagai social proof.

Mengikut laporan dikeluarkan dari SEOMoz, ini diantara elemen-elemen utama yang memberi kesan dalam meletakkan ranking blog kita di Google :

  1. Jumlah ‘LIKE’ di Facebook Fan Page.
  2. Purata ‘SHARE’ yang berlaku di Facebook Fan page.
  3. Jumlah follower di Twitter.
  4. Jumlah tweet yang menyebut jenama produk anda (contoh @majalahniaga) disertakan link laman web.
  5. Jumlah orang yang mengikuti profil Google+.

Untuk percepatkan impak sosial media, anda boleh mengikuti beberapa cadangan saya:

  1. Bina follower aktif. Caranya seperti mengemaskini status di Fan Page dengan konsisten dan lebih kerap.
  2. Mudahkan pelawat untuk kongsikan entri di blog dengan memasang button untuk ‘like’ di Facebook serta ‘tweet’ di Twitter, sepertimana dihasilkan oleh kami untuk blog Majalah Niaga.
  3. Galakkan follower untuk SHARE status di Facebook. Cara paling mudah adalah dengan mengadakan contect kecil. Contohnya ‘SHARE’ status ini dan menangi voucher bernilai RM50 untuk pembelian mana-mana produk dari kami.’
  4. Hasil artikel yang mereka mahu. Tulis apa juga topik dan perkara yang memberi manfaat kepada bakal pelanggan kita. Supaya mereka tidak teragak-agak untuk kongsikan di social media.

#4 – Bina Hubungan Dengan Blog Commenting.

Tidak. Saya langsung tidak menyatakan teknik ini adalah dengan mencari blog secara rawak dan letakkan komen ‘Terima kasih atas perkongsian ini’. Dan ya anda kemungkinan besar akan dicop sebagai spammer!

Teknik sebenar adalah dengan mencari blog yang berkualiti , baca entri perkongsian blog dan sediakan komen yang berguna dan berbentuk konstruktif. Ia boleh mempengaruhi pembaca-pembaca lain klik komen anda serta melawati blog anda.

Anda boleh gunakan laman Google Alerts untuk mencari blog-blog yang relevan dengan produk anda.

Dengan syarat, anda wajib meletakkan url laman web anda di bahagian form.

Untuk sesi praktikal, anda boleh mulakan teknik ini dengan meninggalkan komen di bawah. Bagi menggalakkan penyertaan, komen terbaik akan dipilih untuk mendapat ebook Rahsia Trafik bernilai RM40 secara percuma. 😉

#5 Pelbagaikan Strategi – Strategi ‘Link Building’

Daripada 4 strategi yang dikongsi, perkara yang paling penting adalah pelbagaikan strategi ini. Elakkan daripada fokus terhadap satu strategi sahaja. Sebagai contoh, kita hanya menggunakan teknik blog commenting semata-mata.

Perkara ini wajib dielakkan supaya tidak dikenakan penalti daripada Google. Google akan mengesan link-link yang dibina seperti sudah dirancang, dan tidak dibina secara natural.

Sangat mustahil jika link-link yang dibina adalah hasil dari komen-komen di blog sahaja. Ingat, kini Google sangat bijak menilai sesuatu perkara yang melibatkan link building. Jadi sekali lagi, kepelbagaianya adalah kunci utama.

Kredit: syndic8media.com.


Tags: ,

Komen (43)

    1. Alhamdulillah, terima kasih juga kerana sudi membaca. Saya doakan semoga idea tuan dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Good luck! 🙂

  1. Assalamualaikum,

    Dah lama tak membaca ‘sentuhan keramat’ dari tuan Hasbul Aqill. Sejak dari semalam dah diwar-warkan melalui Facebook tuan Hasbul Aqill akan berkongsi topik pemasaran SEO buatkan saya tertunggu-tunggu.

    Alhamdulillah, artikel tuan Hasbul Aqill tidak mengecewakan dan penuh isi jawapan yang saya nak ada di sini.

    Pemasaran SEO adalah pemasaran yang tidak boleh diabaikan kerana ia pemasaran berjangka panjang berbeza dengan dengan pemasaran FBO yang membolehkan kita dapat keuntungan pada masa singkat tapi memerlukan kekerapan kemaskini kepada laman Facebook kita.

    Berbanding pemasaran FBO, pemasaran SEO akan menjadikan kita seorang pakar jika carian keyword akan memaparkan laman web kita di muka pertama.

    Bagi saya perkongsian di atas adalah panduan terbaik jika baru hendak bermula dengan pemasaran blog. Tahniah diucapkan.

    1. Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi membaca. Secara asas dan menyeluruh, teknik yang dikongsikan adalah sangat sesuai untuk dijadikan permulaan. Harap semoga membantu tuan. 🙂

  2. Strategi untuk dominasi ni memang bagus untuk meningkatkan traffik blog..
    Tips ini akan diikuti untuk blog saya.. bagus sekali tuan

  3. 5 strategi yang bagus, ini membero info yang menarik untuk dipraktikkan di blog kita agar sentiasa menjadi perhatian di search engine google (SEO). Pasti ini akan saya usahakan ke arah yang lebih baik lagi apabila membaca artikel seperti ini.

  4. Saya suka perkongsian ini. Ia telah ditulis dengan baik. Memang SEO tidak boleh diabaikan saya setuju kata Faisal Reza Rahman.

    Tentang comment dalam blog sebaiknya kalau kita nak komen adalah awal-awal bila post tengah aktif di crawl oleh google. Bukan bila comment sudah banyak. Post tidak aktif di share oleh orang.

    Strategi ‘Link Building’ kena pelbagai seperti yang di kata oleh Sdra Hasbul Aqill. Saya sangat setuju. Satu yang kita selalu lupa adalah pada image yang kita letakkan di google. Setiap image yang unik selalu di gunakan oleh webmaster tanpa meletakkan web asal image tersebut. Apa yang perlu kita lakukan adalah mencari image kita digoogle dan website yang menggunakannya dan hantar email kepada webmaster untuk masukkan web link web kita. Memang payah sikit tapi berbaloi.

    Kita selalu tidak kisah tentang meletakkan hyperlink pada permulaan post – 200 perkataan. Link ke dalam website post kita sendiri. Ini wajib dilakukan untuk mempastikan orang klik dan menurunkan bounce rate.

      1. Yup, betul tu Tuan Faisal Reza Rahman. Bounce Rate atas dari 80% means Pelawat cenderung keluar dari laman web sebelum page habis loading.. jadi macam mana nak buat sale kalau orang tak tengok pun laman web tu. hope boleh membantu..

  5. Saya hanya sedar tentang SEO setelah menghadiri seminar pemasaran SEO anjuran majalahniaga.com tahun 2012 lepas; iaitu setelah 6 tahun berniaga di internet. Sekarang SEO menjadi fokus saya dalam pemasaran yang lebih berkesan dan untuk jangka panjang. Entri blog majalahniaga.com akan menjadi inspirasi saya sepanjang 2013 ini, InShaAllah.

    1. Terima kasih tuan abdullah ismail kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik tuan dalam pemasaran SEO. Harap dapat ketemu lagi pada seminar akan datang. 🙂

  6. Terima kasih kepada entri yang berguna ni . Saya teruja bila mana ada blog yang membincangkan mengenai SEO ni. Insya Allah agar dapat saya pratikkan nanti..

  7. Perkongsian yang menarik rupanya saya sedikit terlewat membaca entri kali ini. Rupanya kita masih boleh war-warkan tentang post yang kita lakukan walaupun dah seminggu dua dari tarikh awal post dilakukan. Satu lagi ilmu tersirat yang saya dapat hari ini.

    Saya sedikit kurang jelas tentang tips link building yang tuan happysus nyatakan. Hantar email kepada webmaster? Kenapa dan bagaimana?

  8. Strategi SEO yang sangat berguna dengan penerangan yang mudah difahami. Memang betul, untuk bersaing dalam SEO pada masa sekarang agak susah selepas wujudnya Google Panda dan Penguin. Google pun dah makin cerdik untuk menilai.

    1. Benar, dalam SEO, perkara yang paling perlu diutamakan adalah kualiti backlink yang dihasilkan. Asalkan guna cara baik (whitehat) dan jauhi blackhat, insyaallah terjaga dari mana-mana algorithm update dari Google.

  9. Setiap enjin carian mempunyai algoritma yang berlainan dalam penentuan keputusan carian. Google merupakan enjin carian yang paling sukar dimanipulasi disebabkan mereka mengemaskini sistem carian mereka sangat kerap.

    Backlinking iaitu strategi membina link ke laman web perlu dilakukan secara natural dan pelbagai. Malah link daripada Social network seperti fb,twitter juga membantu dalam strategi backlink ini.

    Bagi Yahoo & Bing, ia lebih mudah untuk mendapat rank jika anda mempunyai nama domain dan juga meta description yang baik dan relevan. Pembinaan backlink secara agresif juga boleh berlaku. Namun, pengguna di kedua dua enjin carian ini adalah hanya 1/3 daripada pengguna Google.

    1. Benar, info tambahan untuk pembaca artikel ini. Setiap enjin carian mempunyai strategi ranking yang berbeza. Teknik yang saya kongsikan ini lebih mengkhususkan teknik ranking di Google. 🙂

  10. NORIAH BINTI LANI
    April 5, 2013

    Saya ingin belajar cara berniaga kerana saya amat berminat untuk berniaga dan menimba ilmu dari mentor yang berpengalaman

  11. 5 Strategi Mudah Dominasi Google ini sangat membantu saya untuk popularkan blog dan jenama blog saya. 🙂

    Moga ada lagi perkongsian yang seperti ini.

    Artikel penulisan ini sangat membantu. 🙂

    Terima kasih. 🙂

  12. teknik seo sangat mudah untuk dipelajari tapi agak susah untuk di praktikkan kerana memerlukan istiqamah yang sangat tinggi..tips2 yang diberikan di atas memang sangat berguna,antara teknik2 seo yang mantap..kalau istiqamah yang tinngi,insyaallah anda semua dapat mendapat tempat di top google search keyword seperti mana yang saya aalami,alhamdulillah,setelah buat selama 2 bulan dan web pun register baru 3bulan,dah dapat tempat halaman pertama dan kedudukan no 1 di google bagi keyword car rental kl, car rental kuala lumpur, cheapest car rental in kl,mpv for rent in kl dan banyak lagi..dan semuanya saya buat dengan free..alhamdulillah..

Pendapat anda?