5 Tip Guna GPS Pelaburan Hartanah Untuk Tahun 2015

March 04, 2015 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Hartanah / Pelaburan

Saya berkongsi dengan Ahli Planet Jutawan Hartanah tentang bagaimana kita perlu guna GPS Pelaburan Hartanah untuk menambah aset dan pendapatan anda melalui hartanah. Namun anda perlu tahu beberapa ‘rule’ dan kitaran dalam pasaran hartanah.

Kitaran Pasaran Hartanah

Anda perlu tahu kitaran Pasaran Hartanah dan kitaran ini akan menentukan berapa keuntungan yang boleh anda capai untuk sesuatu masa. Hari ini rata rata melihat harga hartanah sangat tinggi disebabkan kitarannya sudah sampai di puncak.

Namun begitu, jika anda cari hartanah di beberapa lokasi strategik pada masa ini walaupun radiusnya lebih kurang 50km daripada pusat bandar, sebagai contoh Nilai atau Bandar Salak Tinggi, anda boleh dapati harganya masih berpatutan untuk anda simpan dan pada masa yang sama jana pendapatan melalui hartanah.

Harga hartanah melambung tinggi telah berakhir kitarannya, sekarang ini anda perlu tahu untuk mencari hartanah potensi tinggi untuk anda terus menyimpan aset dan membina aliran tunai daripada rumah anda. Oleh itu, hari ini saya ingin kongsikan dengan anda 5 Tip Guna GPS Hartanah.

#1 – Buat Peta hidup

Apakah sasaran anda dalam pelaburan hartanah dan apakah yang anda mahu capai dengan pembelian hartanah tersebut.

Peta hidup

Peta hidup ini adalah lokasi GPS Pelaburan Hartanah anda dan langkah ini akan memastikan anda akan sampai ke destinasi,  matlamat anda atau tidak.

#2 – Guna teknik dan strategi dalam pelaburan hartanah

Sama ada anda mahu mendapat pendapatan setiap bulan atau anda mahu mendapat keuntungan daripada jualan hartanah anda, anda perlu tetapkan strategi bagaimana yang anda mahu gunakan. Bagi anda yang tahu teknik tanpa modal dan juga teknik guna wang orang lain, anda pasti menggunakan strategi sewa-jual untuk memaksimukan keuntungan anda.

#3 – Cara mendapat pembiayaan 100% dan guna OPM (Other People Money)

Tip ini sangat penting bagi memastikan anda keluar wang modal yang rendah malah tanpa modal untuk memaksimumkan keuntungan anda. Warren Buffet berkata, anda membuat keuntungan dalam pelaburan sewaktu anda membeli pelaburan tersebut. Jika anda hanya keluar modal minima dan harga hartanah di beli di bawah pasaran, maka anda pasti telah berjaya mendapat keuntungan.

#4 – Kreatif dalam menjana pendapatan melalui hartanah

Anda tidak boleh membiarkan pelaburan anda dalam keadaan negatif. Oleh yang demikian anda perlu tukar fikiran anda untuk jadikan pelaburan anda adalah aset.

Kreatif dalam hartanah

Jadikan hartanah anda yang kurang berpotensi kepada rumah tamu atau homestay untuk anda jana pendapatan daripadanya.

#5 – Strategi keluar untuk untung

Sebelum anda mula melabur dalam hartanah, pastikan anda tahu strategi untuk keluar daripada pelaburan tersebut. Jadikan pelaburan anda pelaburan yang anda boleh kawal sendiri dan berbaloi dalam tempoh dan matlamat yang anda mahukan.

Kredit foto: Roy Mac, Agorfa DM, Daniel Foster


Komen (2)

Pendapat anda?