5 Tip Memikat Pelanggan Melalui Keterampilan Diri

March 15, 2012 — Penulis:

Kategori: Komunikasi

Apabila berbicara tentang pakaian kita selalunya berbicara tentang stail atau fesyen terkini. Namun terdapat faktor lain yang perlu kita ambil kira sebelum kita menyarungkan pakaian.

Tip Pakaian Usahawan

Pakaian selain berperanan menutupi badan dan menutup aurat bagi Muslim, pakaian adalah bagi menutup kekurangan yang ada pada badan kita dan bukan menyerlahkannya.

Oleh kerana itu apabila anda bepakaian, anda mesti mempunyai visual sama ada pakaian yang anda pakai akan menyerlahkan kelebihan diri anda atau sebaliknya.

Selain daripada stail atau fesyen, terdapat lima kualiti terpenting yang perlu diambil kira sebelum anda menyarungkan baju kegemaran anda, supaya anda mudah disenangi dan kelihatan bergaya pada tempatnya:

5 Cara Memikat Pelanggan

#1 – Kesesuaian

Pertama adalah kesesuaian – Kesesuaian merujuk kepada usia anda, situasi yang ada, cuaca di mana anda berada, tujuan yang ingin anda capai dan bidang pekerjaan yang anda ceburi.

Tip Memikat Hati Pelabur

Kita ambil contoh sekiranya anda bekerja sebagai agen pemasaran bank atau insuran, dan tanggungjawab anda menarik pelabur. Maka janganlah anda memakai pakaian berbunga-bunga yang terlalu bewarna warni dan santai.

Sehingga kelihatan anda ingin ke tempat percutian di tepi pantai.

Pakai pakaian yang menampilkan imej yang yakin, serius, kemas kerana kerjaya anda melibatkan orang harus percaya akan kredibiliti anda.

Jangan sampai klien anda mempunyai tanggapan bahawa sekiranya mereka melaburkan duit mereka kepada anda, ada harapan duit mereka mungkin masuk ke akaun percutian anda dan bukannya bank atau insuran.

#2 Ringkas dan Simpel

Kedua adalah ringkas – Pernah anda melihat sesorang yang mengenakan pakaian yang terlalu sarat sama ada dari segi fabrik, fesyen yang digayakan ataupun aksesori yang terlalu banyak sehingga menenggelamkan diri si pemakainya?

Dalam berpakaian apa yang kita inginkan adalah orang mengingati kita dan bukan mengingati baju sarat yang kita pakai.

Ambil contoh mereka yang ternama seperti mendiang Lady Diana, Permaisuri Rania, semuanya berpakaian agak ringkas dan kemas dan mereka sentiasa dikenang atas keterampilan mereka yang sederhana tapi bergaya.

#3 – Yakin Diri

Ketiga adalah yakin diri.

Anda mesti mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, bertanggungjawab dan mengetahui keupayaan anda.

Secantik dan sesegak mana anda tetapi jika tidak mempunyai keyakinan diri contohnya gemuruh, tergagap-gagap ketika berucap, sering mengasingkan diri daripada bergaul sesama rakan dan sebagainya, anda tidak akan dapat menampilkan diri anda sebaik-baiknya dan tidak akan kelihatan menarik.

Ketidak yakinan diri kebanyakannya berpunca daripada tidak mempunyai pengetahuan secukupnya terhadap sesuatu perkara, dan cara mengatasinya adalah memastikan anda membaca buku dengan banyak untuk memahirkan diri.

#4 – Peramah

Keempat adalah peramah – Peramah di sini bukan bermaksud anda perlu beramah mesra terhadap semua orang yang anda jumpa atau kenali.

Peramah dan Mesra Pelanggan

Ia bermaksud anda seorang yang senang didekati kerana sikap dan sifat anda yang terbuka, tidak sombong diri, menghormati orang lain, bersopan, ceria, pandai bergurau dan berfikiran positif.

Sifat ini menjadikan anda lebih kelihatan menarik dan boleh menarik lebih ramai rakan atau perniagaan, yang bersangkut paut dengan servis dan pelanggan.

#5 – Semulajadi

Kelima adalah semulajadi – Anda perlu menjadi siapa diri anda yang sebenarnya.

Namun pada masa yang sama anda perlu belajar untuk memperhalusi sikap dan sifat anda, yang mungkin kurang elok supaya menjadi lebih baik dan disenangi.

Contohnya anda berambut panjang walaupun sebagai lelaki. Namun anda perlu memastikan bahawa rambut anda tetap kelihatan kemas, perlakuan anda yakin namun bersopan, tegas namun mesra.

Dengan sifat-sifat yang positif tersebut anda masih boleh menjadi siapa diri anda yang anda kehendaki, namun lebih disenangi dan dihormati.

Kredit: Made In China, LWP Corp, Chigmaroff


Tags: , , , ,
seo

Laporan Percuma Dominasi Google Dengan Kuasa SEO

Muat turun segera secara percuma 7 rahsia dominasi Google dengan kuasa SEO.

Muat Turun Sekarang

Komen (4)

  1. Sangat respek pada salesman, sbb ada keyakinan untuk menjual..tapi kekadang rasa diganggu bila salesman approach masuk office sbb ‘pakaian salesmen’ tu…sbb dah tahu ianya salesman..kalau pakain santai jer mungkin penerimaan lain. macam point no#2 di atas..

    Terima kasih atas maklumat (“,)

  2. Terima kasih atas panduan yang diberikan.Segak,ayu, gaya, mutu, keunggulan dan sentiasa tampil bergaya mestilah menjadi ikutan kita.Ini adalah first impression kita kepada pelanggan.Pastikan juga pakaian kita selesa dengan kita.Tapi jangan lupa pakaian cantik kenalah letak minyak wangi sikit untuk keselesaan pelanggan tapi jangan terlebih pula.Terima kasih sekali lagi.

Pendapat anda?