5 Tip Menghadapi Detik Mencabar Dalam Pelaburan Hartanah 2013

May 15, 2013 — Penulis:

Kategori: Hartanah / Pelaburan

Rata-rata ramai diantara pembaca blog mengatakan bahawa tahun 2013 adalah tahun yang mencabar untuk pelaburan hartanah. Mana tidaknya, harga rumah yang baru semakin tinggi dan rata-rata pembeli sekarang mengatakan bahawa ia di luar kemampuan mereka.

Adakah perkara ini akan berterusan menghambat pembeli?
…atau ada sesuatu yang akan menyelamatkan kita semua?

Apabila ramai yang mula bertanyakan mengenai perkara ini, secara tidak langsung kita semua telah membuat ramalan sendiri seolah-olah berjudi nasib dan tidak mengambil pendekatan untuk membuat analisis sebenar pada satu-satu lokasi dan kadar aliran tunai yang ada pada diri kita.

Di dalam buku “The Solomon Secret” yang ditulis oleh Bruce Fleet, beliau mengetengahkan cara bagaimana untuk menjadi seorang hartawan yang berjaya. Antara kata-kata beliau yang telah diolah mengikut keadaan hartanah semasa ini ialah:

“Bekerjalah dan berusahalah dalam pekerjaan ataupun perniagaan anda dan kemudian binalah rumah anda..”

Berikut merupakan 5 tip penting yang boleh anda gunakan ketika anda menghadapi cabaran harga hartanah yang semakin tinggi hingga menyebabkan anda berasa ragu-ragu untuk membuat keputusan penting.

 

Tip #1: Kuatkan Disiplin Diri

Semasa zaman persekolahan, kita dididik bahawa disiplin inilah merupakan penentu arah tuju hidup dan masa depan kita.

Ya, ia memang benar! Disiplin merupakan kunci kepada sesebuah kejayaan tidak kira dalam apa jua bidang termasuklah pelaburan hartanah. Kebanyakan orang yang berjaya mempunyai disiplin yang tinggi.

5 detik mcabar-1

Tip #2: Pertingkatkan Usaha

Usaha yang konsisten dan berterusan akan membuahkan hasil jika kita yakin dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.

Anda perlu sentiasa melihat kembali adakah usaha yang kita lakukan itu sudah cukup atau pun tidak. Ini sangat penting bagi memeriksa kembali perjalanan kita mengejar impian dan matlamat hidup.

 

Tip #3: Wang Lumayan Bukanlah Matlamat Utama

Wang bukanlah segala-segalanya tetapi ironinya pada hari ini hampir segala-segalanya memerlukan wang.

Namun mendapatkan wang besar itu bukan matlamat utama kita dalam kehidupan, tetapi jika kita dapat menambah nilai hidup diri kita dan beroleh wang besar, itu merupakan bonus dari Yang Maha Esa. Bersyukur sentiasa dalam apa jua keadaan sekalipun.

 

Tip #4: Mencari Penyelesaian Yang Lebih Ekonomik

Walaupun dalam kesukaran dan menghadapi tahun yang mencabar, usah kita berasa kecewa dan cepat putus asa,

Ini kerana bagi pelaburan hartanah ini, masih ada lagi peluang-peluang untuk membeli rumah yang terpakai (subsale) dengan harga yang jauh lebuh murah berbanding harga rumah-rumah baru yang sangat tinggi sekarang ini.

 

Tip #5: Gunakan Teknik Beli Rumah Tanpa Modal

Dalam keadaan rumah masa kini yang harga rumah baru mahal, teknik beli rumah tanpa modal untuk rumah terpakai memang sangat berguna.

Ini kerana anda dapat mengurangkan risiko beban harga rumah yang tinggi di samping itu mampu memiliki rumah anda tanpa perlu memeningkan kepala terpaksa membayar dengan harga yang tinggi.

“Kejayaan hanya datang untuk orang yang bijak mengambil peluang dalam setiap kesulitan yang dihadapi..”

Dengan melakukan 5 tip ini, kini tiada lagi alasan untuk anda memiliki rumah idaman anda sama ada untuk anda duduki sendiri ataupun memiliki rumah bagi tujuan pelaburan. Jom mulakan pelaburan hartanah tanpa ragu-ragu!

 

(Sumber gambar) : woodleywonderworks,dullhunk


Tags: , , , ,

Komen (7)

  1. Jika kena gayanya, lelong merupakan salah satu pelaburan hartanah yang menguntungkan. Penting untuk pelajari ilmu lelong sebelum menceburinya. Hadirkan diri ke seminar-seminar atau dapatkan ejen lelong untuk membantu den.

  2. syazrie bin abdul rahman
    November 6, 2013

    Tuan SK, mohon panduan dan tunjuk ajar dari tuan berkaitan pelaburan hartanah..
    sy belum memiliki rumah sendiri tetapi had pinjaman perumahan sy lulus sehingga 450k, mohon tunjuk ajar tuan…sy byk berfikir untuk membeli rumah atau pun tanah …tq in advance tuan.

Pendapat anda?