6 Kegagalan Terbesar Richard Branson & Syarikat Virgin Group

September 20, 2013 — Penulis:

Kategori: Kisah / Motivasi

 “If you haven’t failed yet, you haven’t been in the business long enough..”

– Sir Richard Branson

Richard Branson antara nama yang tidak asing lagi di mana-mana tempat seluruh dunia. Beliau yang merupakan antara billionaire dan tokoh usahawan tersohor serta dihormati ini ialah antara tunjang utama yang berjaya membangunkan jenama “Virgin” ke serata dunia dan menguasai pelbagai industri yang berbeza.

Dilahirkan pada 18 Julai 1950, beliau sangat dikenali sebagai pengasas kepada syarikat Virgin Group yang memiliki lebih 400 syarikat di bawahnya. Antara perniagaan yang berjaya di bawah jenama syarikat Virgin Group ialah:

  • Virgin Atlantic (Penerbangan)
  • Virgin Gaming (Permainan Video)
  • Virgin Mobile (Telekomunikasi)
  • Virgin Money (Perbankan)
  • Virgin Records (Syarikat Rakaman)

Beliau sebenarnya telah mengalami kerugian yang besar dalam perniagaan tetapi beliau masih kekal sebagai antara orang terkaya di dunia. Beliau dan syarikatnya telah melaburkan banyak wang dalam industri tertentu seperti pakaian, kosmetik dan sebagainya tetapi perniagaan ini tidak menguntungkan.

Dalam autobiografi beliau yang bertajuk, “Losing my Virginity” tanpa segan silu beliau bercerita mengenai kegagalan yang telah beliau hadapi dengan nada yang sangat tenang serta bersemangat – seolah-olah beliau sangat menikmati kegagalan tersebut sebagai satu pembelajaran dalam kehidupan beliau hingga berjaya seperti kini.

Tidak semua perniagaan yang beliau ceburi berjaya mendatangkan hasil yang menguntungkan. Ini kerana lain industri, lain pendekatan yang perlu dilakukan untuk memikat hati pengguna. Berikut antara 6 perniagaan Virgin Group yang mengalami kegagalan.

#1 – Virgin Cola

Virgin Cola diwar-warkan sebagai kegagalan terbesar bisnes jenama “Virgin” dan merupakan antara kegagalan yang sering diingati oleh Sir Richard Branson sendiri.

virgin-cola

Pengajaran yang beliau dapat ialah jangan sekali-kali memandang rendah kepada pengeluar minuman utama di dunia. Ia satu kesilapan besar jika fikirkan bahawa syarikat mereka tidak ambil tahu. Jenama besar yang sudah lama bertapak tidak pernah ‘tidur’. Mereka sentiasa memerhati dan bersedia ‘mengetuk’ jenama-jenama baru ini bila-bila masa sahaja.

#2 – Virgin Bride

Virgin Bride dilancarkan di beberapa tempat di England pada tahun 1996 dan ketika pelancarannya, Richard Branson mencukur janggutnya dan memakai pakaian perkahwinan.

virgin-bride

Namun begitu perniagaan dalam industri pakaian perkahwinan ini hanya bertahan untuk satu jangkamasa yang singkat sahaja. Kedai-kedai Virgin Bride berhenti mengambil tempahan pada Disember 2007 selepas mengalami kerugian akibat persaingan bisnes yang sangat kompetitif.

#3 – Virgin Vie

Virgin Vie merupakan jenama yang menjual barangan kosmetik dan kelengkapan yang didagangkan secara online, di kedai-kedai Virgin Store serta dari rumah ke rumah.

???????????????????????????????

Selepas ditutup akibat jualan yang tidak memberangsangkan, jenama ini memfokuskan kepada konsep jualan langsung dan menjadi “Virgin Vie At Home”.

#4 – Virgin Clothing

Virgin Clothing membariskan pelbagai pilihan pakaian lelaki dan perempuan serta kasut-kasut dan aksesori. Ianya hanya dijual oleh para peruncit di UK dan kedai-kedai terpilih sahaja.

virgin-cloth

Virgin Group telah membayar untuk mendapatkan perkhidmatan rekabentuk iklan daripada agensi pengiklanan terbesar, Saatchi & Saatchi. Jenama Virgin Cloting ini akhirnya gulung tikar dan memberikan kerugian kepada para pemegang saham.

#5 – Virgin Megastore

Virgin Megastore merupakan kedai rangkaian peruncitan hiburan yang diasaskan Sir Richard Branson pada tahun 1976. Pada tahun 1979, syarikat ini membuka Megastore pertama mereka di hujung Oxford Street dan Tottenham Court Road.

Syarikat ini berkembang kepada beratus-ratus kedai-kedai di seluruh dunia pada tahun 1990-an, tetapi telah kehilangan sebilangan besar kedai-kedai pada tahun-tahun kebelakangan ini. Akibat daripada kesan pasaran muzik digital, kedai-kedai ini akhirnya ditutup pada tahun 2009.

virgin-megastore

Richard Branson turut mengakui perniagaan Virgin Megastore ini sudah beroperasi terlalu lama walaupun mengalami kerugian yang besar. Kegagalan beliau untuk menutup operasi kedai ini dengan segera mengakibatkan kerugian yang sangat banyak.

#6 – Virgin Express

Virgin Express merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang berpangkalan di Brussels, dilancarkan pada tahun 1996 untuk bersaing dengan EasyJet.

virgin-express-1

Namun selepas mengalami kerugian, penerbangan Virgin Express ini ditutup pada tahun 2006. Pada hari ini syarikat penerbangan ini beroperasi dengan menggunakan nama Brussels Airline.

Selain itu, beliau juga gagal untuk mengembangkan bisnes automobile retailer (Virgin Cars), kedai bunga (Virgin Flower), muzik digital (Virgin Pulse & Virgin Digital), laman social network (VirginStudent), pakaian dalam wanita (Virginware), minuman keras (Virgin Vodka) serta loteri (Virgin National Lottery).

Namun ia tidak menghalang beliau dan Virgin Group untuk meneroka peluang-peluang baru dalam pelbagai industri agar perniagaan mereka berkembang maju pada masa hadapan.

 

Sumber gambar dari Flickr: ([email protected]mournjargonjust-an-extra.blogspot.com CANDYTANGERINE,  diana.82,  Deanster1983 on and off for nowwww.telegraph.co.uk,  Pieter v Marion)

 

 

 


Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Komen (19)

  1. Peratus kegagalannya adalah kecil berbanding peratus kejayaannya. Lagipun dia yakin akan dapat bangkit semula bila dia ‘jatuh’. Mungkin kerana itu dia kekal tersenyum bila menceritakan tentang kegagalannya

  2. 400 syarikat dibawah naungan Virgin? Subhanallah…banyaknya…Ape pun ia tetap bermula dengan 1. Semoga kita semua berjaya seperti beliau. tak dapat 400, 40 pun jadilah.

  3. Informasi yg sangat berguna dan membakar semangat untuk terus berjaya. Sebuah kejayaan yg diimpikan tidak semudah yg disangka. Terima kasih.

  4. Saya juga telah mengalami kegagalan dalam MLM..
    Sekarang saya sedang berusaha sesuatu yang lain..
    Info ini dapat menaikkan lagi semangat saya tuk terus berjuang..

  5. Asam garam orang bisnes adalah untung dan rugi. Yang penting tidak berputus asa dari rahmatNYA dan sentiasa berusaha. InshaaAllah kesenangan akan menyusul selepas kesusahan..peringatan untuk diri sendiri… =)

  6. Nahhh… sekarang nampak kan?
    Sebagai seorang USAHAwan, .emang kita tak nak rugi dan hakikatnya mmg takde siapa pun nak rugi…

    Sebenarnya untung rugi dalam bisnes tu biasa dan dah jadi adat berniaga…
    Berjaya dalam bisnes, Alhamdulillah teruskan…
    Gagal dalam bisnes, tak apa, bangun dan buat bisnes lagi… itu lah yg baru betul dikatakan sebagai USAHAwan… Tak semestinya kita buat bisnes terus berjaya…

    Bak kata Richard Bronson, kalau tak pernah gagal dalam bisnes, itu tandanya anda belum betul² berniaga…

    Kepada yg baru nak berniaga boleh ambil kisah ini sebagai pembakar semangat…

    Kepada mereka yg malu nak berniaga, hari²… jgn sewenang-wenangnya nak tempelak atau mempersendakan mereka yg sedang berusaha nak mengikut sunah nabi dan merebut 9/10 sumber rezeki ini…

    Insya Allah, saya doakan para usahawan muslim di luar sana berjaya dunia akhirat… Amin…

  7. Syahmi Roslan
    March 24, 2017

    Dia x buat ke bisnes yg cari2 downline tanpa perlu jual produk n pikir sale? Mcm jutawan Malaysia selalu join..

Pendapat anda?