Industri bisnes pelancongan mencatatkan satu perkembangan drastik setiap tahun.
Pada tahun 2011, peningkatan pelancong adalah sekitar 7.86 juta khususnya yang beragama Islam. Angka perkembangan ini berlaku kerana Malaysia mempunyai beberapa senarai tarikan pelancong beragama Islam iaitu:
- Ruang solat yang selesa di restoran dan hotel.
- Pelbagai jenis makanan yang dijamin halal.
- Pelbagai aktiviti berunsurkan Islam seperti Festival Fesyen Islam.
Menurut Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Tuan Abdul Rahman Shaari, ini adalah peluang keemasan untuk negara ini menyebarkan budaya dan tradisi masyarakat negara ini ke peringkat global.
Dalam masa yang sama, beliau mahu para peniaga dan pengusaha bisnes berasaskan industri pelancongan sentiasa berinovasi, serta menghasilkan kempen supaya dapat menarik lebih ramai pelancong Islam ke negara ini setiap tahun.
Antara negara yang aktif menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Islam adalah Pakistan, Indonesia dan Brunei.
Kredit: Ashik Holiday.

Angka yg cukup hebat….potensi bisnes pelancongan memang menakjubkan.