7 Akibat Terlalu Beremosi Ketika Berniaga

April 09, 2014 — Penulis:

Kategori: Konvensional / Perniagaan

Pengaruh Emosi Ketika Berniaga

Emosi dan fikiran merupakan dua elemen yang saling memerlukan. Apabila bergelar usahawan, dua elemen ini sering mengalami perubahan turun naik. Amat penting bagi seorang usahawan untuk mengawal emosinya serta berfikir dalam keadaan yang tenang dan stabil.

Apabila melakukan jualan, sebolehnya elakkan daripada dipengaruhi emosi sendiri. Jika emosi berada dalam keadaan yang memberangsangkan, pelanggan serta jualan juga akan menerima tempiasnya dan begitu juga sebaliknya.

Penat dan Beremosi

Firman Allah bermaksud,

“Dan orang-orang yang menahan daripada kemarahan serta memberi kemaafan pada orang lain, sesungguhnya Allah amat kasih terhadap orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Imran Ayat 134).

Ini janji Allah pada sesiapa pun yang mampu mengawal perasaannya. Sememangnya jika terlalu mengikut emosi, kemungkinan besar juga akan berdepan kesukaran dalam melakukan jualan.

7 Kesan Terlalu Mengikut Emosi

  1. Terlalu mementingkan diri dengan melayan perkara yang bukan-bukan dan tidak fokus kepada tugasan utama.
  2. Mempamerkan wajah tidak mesra serta sikap tidak acuh kepada pelanggan.
  3. Hilang keyakinan baik pada diri sendiri mahupun pada bakal pembeli atau pelanggan.
  4. Tugasan yang diberikan begitu sukar walaupun tugasan tersebut mudah untuk dilakukan.
  5. Mudah berasa kecewa dan putus asa.
  6. Terlepas banyak peluang yang baik untuk perkembangan bisnes dan potensi diri.
  7. Mudah mendapat penyakit terutamanya yang berkaitan dengan rohani seperti tekanan emosi, stres, kepenatan yang melampau, tiada selera makan dan lain-lain lagi.

Ketenangan 1

Oleh itu, teguhkan dan kuatkanlah prinsip dalam diri agar urusan perniagaan tidak dipengaruhi emosi. Melakukan jualan akan lebih mudahsekiranya kita fokus dan tahu apa yang kita lakukan. Tiada yang senang dan mudah di dunia ini, begitu juga dengankejayaan. Ia memerlukan pengetahuan dan menuntut pengorbanan.

Buang jauh-jauh emosi yang tidak terkawal dan elakkan sama sekali daripada terbawa-bawa dengan pengaruh emosi negatif ketika sedang berurus niaga. Belajar mengurus emosi dan minda ketika sedang berhadapan dengan situasi-situasi tertentu.

Sabda Rasulullah s.a.w;

“Orang yang kuat itu bukanlah yang dikenali dengan hebatnya berkelahi, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menguasai (menahan) dirinya ketika marah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kredit foto: bloomability7pianomomsfstreetphotography


Tags: , , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?