7 Cara Efektif Membina Senarai Emel Melalui Blog (Part 2)

June 29, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Entri ini adalah  kesinambungan daripada entri ‘7 Cara Efektif Membina Senarai Emel Melalui Blog’. Iaitu entri yang memperjelaskan secara lanjut berkenaan tip-tip , dan cara efektif membina senarai emel melalui blog.

Cara Membina Senarai Emel

Sebelum ini, saya sudah kongsikan 3 cara untuk membina senarai emel melalui blog. Mari kita sama-sama mengetahui 4 lagi cara membina senarai emel. 4 cara ini dikumpulkan selepas saya sendiri membuat kajian terperinci terhadap blog-blog milik problogger terkenal dunia.

#4 – Mengadakan Pertandingan Untuk Blogger

Salah satu teknik efektif  mengumpul senarai emel, yang dipraktikkan oleh Darren Rowse, pada blog Digital Photography School adalah dengan mengadakan pertandingan review kepara para blogger.

Problogger terkemuka dunia , Dari kiri : ShoeMoney, Brian Clark, Darren Rowse

Melalui pertandingan tersebut, trafik blog beliau meningkat mendadak sebanyak 8,000 pelawat dalam masa 2 minggu, serta jumlah subscriber pula berjaya dikutip sekurang-kurangnya 100 subscriber sehari.

Bahkan peminat beliau di Facebook dan Twitter juga meningkat, disamping dapat menjalin hubungan kerjasama dengan para blogger di seluruh dunia.

Melalui blognya , Problogger.net, Darren Rowse telah berkongsi 3  poin yang perlu diambil perhatian sebelum mengadakan pertandingan di blog.

Hadiah Mestilah Relevan & Berharga

 

Hadiah pertandingan juga menjadi kayu ukuran oleh para blogger sama ada ingin menyertai pertandingan atau tidak. Hadiah mestilah relevan dengan niche blog anda. Contohnya, sekiranya anda ingin mengadakan pertandingan di blog berkaitan permainan komputer, hadiah mestilah berkaitan, untuk menarik perhatian para blogger.

Tempoh Pertandingan Tidak Terlalu Singkat

Tempoh pertandingan pula tidaklah terlalu lama, tidak juga terlalu singkat. Mengikut kata Darren Rowse, beliau menyarankan supaya pertandingan diadakan selama 15 hari. Sekiranya hadiah yang ditawarkan adalah betul-betul berharga, disarankan untuk menetapkan tempoh pertandingan sekurang-kurangya 1 bulan , supaya para blogger mempunyai masa secukupnya, untuk membuat persiapan.

Keep It Simple

 

Kadang-kadang , peraturan pertandingan yang terlalu ketat juga membuatkan para blogger enggan menyertainya. Saya pernah melihat satu blog mengadakan pertandingan reviu salah satu produknya dengan meletakkan syarat seperti :

  1. Artikel mestilah lebih daripada 2500 patah perkataan.
  2. Perlu menjadi subscriber terlebih dahulu.
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 3 linkback ke pautan artikel pertandingan.

Hasilnya, hanya 15 orang blogger sahaja yang menyertainya dan pemilik blog tersebut terpaksa menghadiahkan sebuah komputer riba berjenama Hewlett Package kepada pemenang sebagai hadiah utama yang dijanjikan. Walaupun secara jelas, beliau telah mengalami kerugian besar!

Jelas sekali, untuk menarik perhatian para blogger, peraturan pertandingan mestilah mudah, selagi target pertandingan masih lagi logik untuk dicapai.

#5 – Popup Opt-in Form

Gideon Shalwick, seorang video blogger terkenal menyatakan kadar jumlah subscriber blog beliau meningkat sebanyak 30% sejak menggunakan teknik ini. Beliau telah menggunakan satu skrip yang dipanggil Popup Domination, selepas mendapat saranan pemiliknya, Michael Dunlop.

Contoh laman web yang menggunakan skrip Popup Domination

Katanya, jika dahulu beliau sekadar dapat mengumul 40-50 senarai emel, kini beliau berjaya mengumpul lebih 200 senarai emel selepas menggunakan perisian ini. Ini bermakna, beliau berpeluang untuk mengumpul 73,000 emel dalam masa setahun!

Yaro Starak melalui blognya Entreprenuers-journey.com berkata, kadar jumlah subscriber di blog beliau meningkat 50% (40-50 emel setiap hari) selepas menggunakan cara ini. Beliau berubah fikiran untuk menggunakan cara ini walaupun ketika dahulunya menganggap ia boleh menganggu para pelawat yang mengunjungi blog beliau, serta tidak sesuai digunakan kerana hampir semua jenis browser mempunyai pop-up blockers.

Kini teknologi popup mengalami pembaharuan, dimana pop-up jenis lightbox mula diperkenalkan di internet. Popup jenis lightbox berfungsi dengan baik walaupun pelawat menggunakan browser yang mempunyai pop-up blockers, serta boleh ditutup sekiranya pembaca ingin mengabaikannya.

Aweber Rahsia 7k Majalah Niaga

Cara ini juga digunakan kami di blog Majalah Niaga. Selepas lebih kurang sebulan menggunakannya, jumlah subscriber yang berjaya dikutip setakat ini adalah 770 dan angka ini terus bertambah hari demi hari. Mengikut data yang dikeluarkan Aweber, 30-35 emel berjaya dikumpul setiap hari. Bermakna, kami berpeluang untuk mengumpul senarai emel sekurang-kurangnya 900 emel setiap bulan!

Dengan membuat pelaburan $47, anda boleh dapatkan software ini melalui link ini : www.popupdomination.com

#6 – Penggunaan Hello Bar atau Viper Bar

Hello Bar merupakan satu jenis notification bar yang  digunakan untuk menyampaikan mesej kepada pelawat. Dalam konsep ini, ia boleh digunakan untuk mempromosikan produk serta membina senarai emel. Notification bar ini akan muncul pada bahagian paling atas blog sepertimana  anda lihat pada blog ini.

Hello Bar , skrip notification bar

Deren Halpern, pemilik blog SocialTriggers.com, mengatakan beliau telah berjaya mengumpul  1,180 senarai emel dalam masa 30 hari, selepas menggunakannya di blog Diythemes.com. Menurut beliau, Hello Bar lebih sesuai digunakan untuk membina senarai emel berbanding untuk mempromosikan sesuatu produk.

Dengan menggunakan cara ini, anda boleh sertakan link ke landing page , yang mengandungi optin, supaya para pelawat dapat mengisi nama dan emel mereka. Sebagai contohnya , kami menawarkan ezine percuma Majalah Niaga di Hello Bar dan sertakan link ke laman muat turun ezine.

Glen Allsopp juga telah mencipta wordpress plugin sama seperti Hello Bar yang diberi nama Viper Bar.

Untuk mendapatkan kedua-dua plugin ini,   anda boleh memuat turunnya melalui link di bawah. Segala langkah-langkah penggunakan diterangkan secara lengkap di laman web.

#7 – Emel Optin pada Blog

Tempat-tempat emel form di blog juga perlu dikaji secara terperinci, bukan sekadar letak sesuka hati sahaja. Tanpa membuat ujikaji atau lebih dikenali sebagai ‘split testing‘ , ia mengurangkan kadar keberkesanan untuk mempengaruhi pembaca supaya isikan maklumat pada emel form.

Mengikut Deren Halpern, selepas melakukan split test peletakan emel form di blognya, beliau mengenal pasti terdapat 3 tempat yang betul-betul berkesan untuk mempengaruhi para pembaca supaya mengisikan maklumat mereka pada emel optin.

Contoh emel form pada sidebar blog

Tempat Teratas pada Sidebar Blog

Tempat yang menjadi kebiasaan adalah pada tempat teratas sidebar blog. Kebiasaannya tempat inilah yang selalu diletakkan blogger-blogger  untuk mengumpul senarai emel disebabkan ia akan muncul pada setiap post dan juga pages. Jadi, tidak timbul masalah sekiranya pelawat tersebut mengunjungi selain daripada halaman utama, memandangkan sidebar tetap muncul pada setiap post dan juga pages.

Menurut saranan Daren Halpern, email forms mestilah berada paling atas sidebar, disebabkan ia tempat pertama sekali dilihat oleh pelawat, ketika mengunjungi blog. Ia dipersetujui oleh Stanford Smith, pemilik blog PushingSocial.com, selepas melihat penambahan subscriber sebanyak 26% selepas beliau menukar tempat emel form dari bawah ke tempat teratas di sidebar.

Bahagian Akhir Post

emel form pada bahagian akhir artikel

Setiap kali pembaca selesai membaca artikel di blog, mereka akan mencari artikel-artikel berkaitan di setiap artikel yang dibacanya.Oleh itu, kenapa tidak kita meletakkan emel forms pada setiap akhir artikel?

Cara ini juga dipraktikkan kami, selepas dua bulan wujudnya Majalah Niaga. Dan hasilnya sangat baik disebabkan ia menarik perhatian pembaca untuk menjadi subscriber setiap kali selesai membaca perkongsian kami disini.

Biasanya , inilah peluang yang kurang diberi perhatian oleh blogger-blogger. Mereka biasanya hanya meletakkan senarai artikel-artikel berkaitan serta iklan pada setiap akhir post. Padahal, ada baiknya mereka turut meletakkan emel form pada akhir post.

Page ‘Tentang Kami’/’Siapa Saya’

emel form pada social triggers dot com

Mengikut statistik di Google Analytics, page yang seringkali dikunjungi pelawat baru adalah pages ‘tentang kami’. Pasti mereka yang mengunjungi page tersebut adalah untuk mengenali siapa pemilik blog, sebelum membaca artikel-artikel di blog.

Menurut Daren Halpern sekurang-kurangnya 3 emel forms perlu diletakkan pada pages tersebut bagi mempengaruhi pelawat baru supaya menjadi subscriber.

Pelajari Pemasaran Emel Bersama Pakar!

Selepas berkongsi 7 cara efektif ini, saya berharap ia sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membina senarai emel melalui blog. Segala perkongsian di atas adalah berdasarkan kajian saya di blog-blog problogger terkenal dunia , seperti Copyblogger , ProBlogger dan juga SmartPassiveIncome. Saya cuba sedaya upaya untuk berkongsi pengetahuan supaya ia memberi manfaat kepada ada semua.

Akses Masuk 3.0 Emel Marketing

Dalam masa yang sama, jika tuan dan puan serius ingin mempelajari pemasaran emel. Maka saya sarankan untuk dapatkan panduan 3.0 Email Marketing yang telah dilancarkan oleh pakar, tuan Jamaladdun Bahari. Panduan ini berdasarkan pengalaman beliau, sejak 2008 lagi sehinggalah berjaya mengumpul lebih 50 ribu senarai emel melalui pelbagai niche.

Saya sudah mengakses masuk ruangan akses produk ini, dan apa yang saya boleh katakan, produk ini memang over-delivered dan cukup berbaloi untuk mendapatkannya dengan harga serendah RM100 sahaja.

Sekali lagi saya sarankan kepada para pembaca yang serius ingin mempelajari teknik pemasaran emel, maka inilah panduan terbaik untuk anda.

Ikuti video teaser di bawah :

Klik di bawah untuk layari laman web beliau :

www.30emailmarketing.com

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (pmt2009tris)


Tags: , , , ,

Komen (12)

  1. Baru jer sertai pertandingan review artikel disebuah blog..
    Perkongsian yang sememangnya terbaik!
    Terima kasih.

  2. Memang efktif jika lakukan dengan betul. Teknik review artikel tu memang menarik. Yang pop up un boleh tahan gak…. terbaik….

Pendapat anda?