7 Perkara Yang Penting Lakukan Untuk Perniagaan Anda Sebelum Masuk 2015  

December 03, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Perniagaan

Dalam masa beberapa hari lagi, kita akan menutup tirai tahun 2014. Seterusnya memulakan tahun 2015. Antara pembaharuan yang akan dilaksanakan, pada tahun depan adalah Goods and Services Tax (GST).

Bagi pemilik bisnes yang terlibat, penting untuk menitikberatkan perkara itu supaya tidak kelam kabut ketika sudah melaksanakannya. Berikut adalah antara apa yang pemilik bisnes boleh lakukan untuk perniagaan anda sebelum masuk tahun 2015.

1. Berkumpul dan rangka perancangan pada tahun hadapan

Berjemaah lebih baik daripada berseorang. Ada pepatah,

“If you want to go quickly, go alone. If you want to go far, go together.”

Berkumpul dengan ahli pasukan, dan bincangkan perancangan untuk tahun hadapan. Dapatkan idea daripada mereka untuk membina perancangan syarikat secara bersama dan penetapan matlamat yang jelas

Baru-baru ini Mark Zuckerberg, Chief Executive Office (CEO) Facebook telah membongkarkan rancangan jangka masa panjang beliau. Ia merefleksi beliau adalah seseorang pemilik bisnes yang berpandangan jauh untuk membina empayar perniagaan beliau.

Mark Zuckerberg

2. Hargai pekerja

Apabila kita berjaya capai matlamat, apa yang kita boleh raikan hanyalah usaha yang selama ini telah dilakukan untuk mencapainya. Dengan meraikan pekerja, mereka akan rasa dihargai untuk segala penat lelah mereka.

Program berbentuk pembelajaran yang santai adalah sesuai, untuk membina semangat berpasukan, namun mendidik mereka sesuatu. Dengan itu, apabila mereka pulang, komunikasi antara mereka lebih aktif dan secara tidak langsung membuat mereka caj semula energi mereka untuk memulakan semula tugasan seperti biasa.

3. Sistematikkan pengurusan kewangan

Bagi syarikat Sdn. Bhd. perlu hantar laporan kewangan pada tiap tahun. Andai pada tahun ini, pengurusan kewangan pada taraf tidak memuaskan, selesaikan ia pada tahun ini, supaya pada tahun hadapan, lebih teratur.

file-filing-fail

Ia termasuk seperti laporan jualan, perbelanjaan, kunci kira-kira, dan penyata kewangan. Dengan itu, kita akan tahu adakah syarikat kita mengalami kerugian atau keuntungan selama menjalankannya.

4. Lakukan aktiviti kebajikan

 

Anjurkan aktiviti kebajikan untuk syarikat sebagai salah satu aktiviti tahunan sebelum tahun ini berakhir. Dengan melakukan aktiviti kebajikan, kita dan para pekerja akan dapat merefleksi dan bermuhasabah diri dengan kekurangan yang ada pada diri dengan orang yang mereka bantu.

 

“When Allah blesses you financially, don’t raise your standard of living. Raise your standard of giving.”

 

Ayat di atas adalah refleksi, Allah memberikan kelebihan kepada kita untuk mendapat rezeki yang banyak, antaranya adalah supaya kita meningkatkan nilai pemberian kita kepada orang lain.

 

5. Rancang pengurusan tugasan sebelum pekerja bercuti

 

Adakalanya apabila seseorang pekerja yang menjadi tunggak untuk sesuatu tugasan tiada, syarikat akan menelefon mereka walau mereka sedang bercuti. Jangan begitu. Jangan hadkan mereka untuk menikmati percutian mereka.

 

Biarkan mereka menikmati percutian mereka supaya apabila mereka sudah pulang, taraf produktiviti mereka meningkat. Sebelum mereka bercuti, pastikan pengurus sudah menguruskan apa yang perlu mereka lakukan, supaya tidak akan mengganggu waktu cuti mereka.

 

6. Beri maklum balas yang membina

 

Jujur adalah sebaik-baik penyelesaian. Walaupun begitu, penting menyuntik teguran yang berhikmah kepada mereka. Sebelum menegur mereka, ucapkan terima kasih atas segala kudrat yang telah mereka sumbangkan untuk syarikat.

discussion

 

Adakalanya sebagai pemilik bisnes, kita lebih nampak kesalahan mereka berbanding pengorbanan mereka. Sentiasa hargai mereka dengan ucapan terima kasih diiringi maklum balas yang membina untuk perbaiki kekurangan yang ada.

 

7. Nilai sistem syarikat

 

Andai syarikat kita adalah jenis syarikat yang menggunakan sistem sesuatu teknologi, nilai semula adakah ia perlu atau apakah yang perlu diperbaiki untuk penambahbaikan.

 

Antaranya andai computer sekarang, tidak sesuai untuk kerja-kerja mendesign bagi pekerja kita, lihat kewangan syarikat dan nilai adakah patut beli laptop yang baru atau guna sedia ada sahaja. Nilai, perbaiki dan modifikasi mengikut kewangan dan keperluan syarikat.

 


Tags: , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?