7 Seni Memuji Dalam Jualan

March 09, 2012 — Penulis:

Kategori: Komunikasi

Semua orang suka dipuji.

Ini realiti sebenarnya. Apabila melakukan jualan, pujian harus diberikan apabila berhadapan dengan pelanggan.

Seolah-olah orang bercinta, puji memuji ini adat permainan dan melekakan pasangan masing-masing.

Apabila sudah kena puji, segala kemarahan, rasa tidak puas hati, dendam kesumat pasti tidak akan berlaku, dan segala perundingan yang diadakan akan mendapat satu suasana yang harmoni dan menyeronokkan.

Tahukah kita semua, hanya dengan memuji, pelanggan akan lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama dengan kita, bagi mendengar segala presentasi dan penerangan yang akan dilakukan?

Kecenderungan dan minat pelanggan terhadap kita boleh diperoleh apabila pujian yang diberikan adalah bertepatan dan benar.

seni-memuji-dalam-jualan

Jadi di sini tugasan kita agar dapat mengelakkan daripada salah dan silap memberikan pujian kepada mereka. Dikhuatiri jika tersilap langkah, kita akan diusir keluar begitu sahaja oleh pelanggan.

Antara tindakan-tindakan yang perlu bagi memastikan segala pujian yang dilakukan dapat diterima dengan baik, dan menyeronokkan pelanggan adalah:

7 Seni Memuji dalam Jualan

#1 – Puji Pada Tempat yang Sepatutnya

Pastikan kita memberi pujian kepada pelanggan mengikut pada kadarnya seperti:

  • “Cikpuan sungguh menawan hari ini.”,
  • “Kaca mata encik sememangnya bersesuaian dengan raut wajah encik.”,
  • “Corak baju encik kena dengan diri encik”

dan sebagainya yang difikirkan bersesuaian dengan pada tempatnya. Lapik mulut tu supaya tidak mengeluarkan pujian yang bukan-bukan yang langsung tidak ada kenan mengena pada dirinya.

#2 – Jangan Ada Maksud yang Tersirat

Pastikan jangan sama sekali wujudkan situasi ‘Ada udang di sebalik batu’.

Jangan tunjukkan kepada mereka yang kita lakukan pujian hanya semata-mata mengharapkan balasan daripada mereka, untuk menerima tawaran yang dikemukakan.

Biarlah berpada dan kena pada waktu dan masanya.

#3 – Jangan Keterlaluan

Pastikan jangan ‘over’ apabila berkomunikasi dengan pelanggan.

Ditakuti pelanggan tersebut akan meluat dan tersinggung pula hatinya pada kita.

#4 – Ungkapan yang Mudah Difahami

Luahan dalam bentuk kalimat amat diperlukan.

Bukan setakat kita sahaja yang faham, orang yang menerima pujian juga perlu faham dan tahu apa maksud pujian itu.

Fikirkan secara kreatif ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang paling mudah difahami oleh semua orang.

#5 – Ikhlas

Mulakan dengan berkata benar kepada pelanggan.

Ketulusan dalam memberikan pujian secara ikhlas akan mengakibatkan segala tindakan kita amat disenangi, dan boleh diterima baik oleh pelanggan kita dengan hati yang terbuka.

#6 – Jangan Memaksa

Jangan sama sekali pujian yang dikeluarkan hanya kerana terpaksa dan dipaksa. Perlu telus apa yang kita lakukan.

seni-memuji-dalam-jualan-1

Andai kata yang kita lihat itu sebenarnya amat kita tidak gemari dan sukai, jangan sama sekali memujinya.

Takut nanti kecenderungan kita mendapatkan mood yang baik untuk berkomunikasi, dan berinteraksi dengan pelanggan akan menimbulkan satu mood yang kurang baik.

#7 – Belajar Berfikiran Kreatif

Apa pun yang ingin kita lakukan, ia mesti bermula dengan belajar. Pelajari ia dengan sebaik mungkin daripada rakan sekerja, kenalan dan dari pengalaman kita sendiri.

Perkara yang baik apatah lagi untuk menggembirakan orang, pasti akan memberikan pulangan dan faedah yang baik juga kepada kita.

Wujudkanlah suasana yang ceria dan menggembirakan setiap pelanggan kita dengan sebaik yang mungkin. Elakkan diri daripada berlakunya pertelingkahan, perbalahan dan ketidakpuasan hati.

Jangan risau apa yang orang lain katakan kepada anda tetapi perlu dirisaukan apa yang akan kita perkatakan, ketika melakukan jualan kepada pelanggan kita.

Berfikiran kreatif dan ketahui jalan terbaik untuk menarik minat pelanggan, agar mereka sanggup meluangkan sedikit masa emasnya dengan kita, bagi mengetahui apa produk yang ingin kita tawarkan kepada dirinya.

Gunakanlah skil memuji ini tatkala kita rasakan perlu digunakan, bagi membolehkan kecenderungan dan minat pelanggan menerima kehadiran diri kita.

Kredit: Kim Smith-Miller, Tomasito, Vancity Allie, Paulo Arivabenne


Tags: , , , , ,

Komen (11)

  1. TQ Tuan Rosli tips yang sangat bagus yang belum pernah dikupas lebih mendalam. Biasanya kita dengar hanya membuat pujian tapi dari segi seninya ramai yang tak tahu. Betul juga selain dari hanya nak menjual perlu juga ada situasi menyeronokkan apabila pelanggan dipuji.

  2. tq atas tips2 yg dikongsi.. sya sgt brsyukur kerna adanya tips2 yg boleh membimbing diri sya dlm memperbaiki kelemahan2 serta kekurangan dlm diri.. sya akan mempraktikkan tips ini bg memajukan diri serta membolehkan sya mencapai impian sya dlm perniagaan kelak.. skg bru berjinak2 utk menceburi bidang perniagaan secara sembilan.

  3. Saya kongsikan satu pengalaman saya berdepan dengan seorang Businessman/ Jurujual.

    Syarikat saya ingin mengadakan acara Annual Dinner. Saya ditugaskan untuk melantik syarikat Event Management. Salah satu company ni punya profil kerja yang sangat bagus with a strong personality.
    Malangnya, dia bukan sahaja tidak practise communication skills yang betul malah beliau dengan bangganya membetulkan English Grammar saya. Beliau juga terlalu banyak ‘menidakkan’ kata-kata saya, sedangkan sebagai client saya berhak menentukan apa yang syarikat saya mahukan.

    Maka, dengan mengguakan kuasa Veto saya selaku Vice President Sports Club, saya decide untuk withdrawn proposal syarikat tersebut.

    Moral of the story…. fikirlah ‘DO’ and ‘DONT’ sebelum bertemu pelanggan anda.

Pendapat anda?