7 Teknik Mudah Mencipta Slogan Bisnes Berkuasa

March 18, 2011 — Penulis:

Kategori: Konvensional

Anda tahu syarikat mana yang menggunakan slogan “Connecting People”? Tepat sekali ia adalah Nokia. Begitu berkuasa slogan Nokia sehingga ramai orang yang mampu mengingatinya. Seperti yang kita ketahui, syarikat-syarikat besar dunia sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan slogan yang terbaik.

Nokia - Connecting People

Mereka mengupah marketer-marketer ternama dan berpengalaman untuk memilih slogan yang terbaik untuk syarikat dan produk mereka. Pada artikel lepas, saya telah menulis tentang ciri-ciri slogan bisnes yang berkuasa. Kali ini, saya berkongsi beberapa teknik pratikal yang digunakan oleh pakar-pakar pemasaran untuk mencipta slogan-slogan berkenaan.

1. Nyatakan Perbezaan Anda Berbanding Para Pesaing

Beritahu bahawa anda lebih baik atau sekurang-kurangnya berbeza daripada pesaing-pesaing anda.

  • “Latihan bisnes lain memberikan teori, kami berikan aplikasi”
  • “Yang pertama masih lagi yang terbaik”
  • “Tiada yang lebih berpengalaman mengendalikan remaja bermasalah berbanding konsultan kami”
  • “Masakan ikan patin dengan rempah turun-temurun.”

2. Dramakan Ia

Dramakan atau perbesar-besarkan masalah, manfaat, atau persaan yang pelanggan anda bakal perolehi.

  • “Perbaiki hubungan intim sebelum pasangan anda berubah arah”
  • “Jangan tunggu sehingga anak remaja anda di luar kawalan”
  • “Pastikan bil perubatan tidak menyebabkan anda papa”

3. Kaitkan Dengan Skeptikaliti

Apple - Think Different

Digunakan apabila pelanggan anda mempunyai persepsi buruk terhadap bidang perniagaan anda. Anda berbangga menyatakan bahawa anda berbeza daripada kebiasaan. Yakinkan pelanggan anda bahawa anda berbeza daripada stereotaip yang dikaitkan dengan bidang perniagaan anda.

  • “Di mana cara-cara lama tidak lagi diamalkan”
  • “Lupakan segala yang anda fikir tentang khidmat guaman”
  • “Pemaju perumahan yang menjaga kepentingan pembeli”

4. Gunakan Oxymoron

Cipta dua perkara yang berlawanan atau dua perkataan dengan maksud yang berbeza

  • “Putih mata hitamku”
  • “Makanan di kafe hotel pada harga warung”
  • “Telefon bimbit berteknologi maju yang mudah digunakan”

5. Tanyakan Soalan

  • “Kenapa bayar lebih?”
  • “Bagaimana anda boleh menjadi peneraju industri?”
  • “Kehidupan bagaimana yang anda inginkan?”
  • “Kenapa tidak anda?”
  • “Di mana lagi cermin mata boleh disiapkan dalam masa satu hari?”

6. Gunakan Analogi, Simile, Metafor

Kaitkan pengetahuan sedia ada pelanggan dengan jenama, faedah atau ciri-ciri produk anda.

  • “Setia seperti isteri anda”
  • “Peramah seperti kawan lama”
  • “Berseri seperti bulan purnama”

7. Jadikan Ia Pendek dan Berbentuk Perbualan

Gunakan frasa-frasa pendek atau perkataan yang selalu orang ucapkan atau dengar.

  • “Perlukan pertolongan?”
  • “Siang dan malam”
  • “Dekat lagi jimat”

Kredit gambar: Google Images (Gottabemobile, Ranker)


Tags: , , , ,
kajiankes

Kajian Kes Majalah Niaga

Ini pendedahan ekslusif bagaimana kami menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM5xxx sebulan menggunakan platform blog. Percuma dalam tempoh masa TERHAD.

Muat Turun Sekarang

Komen (27)

    1. Bergantung kepada bisnes dan produk tuan. Lebih spesifik lagi bagus. Piliah yang memberi gambaran jelas tentang syarikat dan produk tuan

      1. Bisnes besar banyak duit untuk promot slogan mereka. Jadi jika slogan yang berbentuk falsafah pun, mereka masih boleh promosikan dengan baik. Contoh SONY- MAKE.BELIEVE. Melainkan bisnes tuan seperti mereka, pilihlah slogan yang spesifik

      1. Ada banyak lagi jargon yang orang linguistik sahaja guna. Insyaallah saya akan berkongsi sedikit demi sedikit aplikasi psikologi bahasa dalam bisnes. Saya akan gabungkan pengetahuan akademik dengan pengalaman dalam bisnes dan kejurujualan. Insyaallah Tuan Mus dan Tuan Haikal akan suka.

  1. Assalamualaikum, mohon pandangan tuan-tuan yang arif lagi bijaksana di sini.

    Jika saya sebagai seorang penulis novel yang mahu menceburkan diri dalam bidang pelatihan (training) yang mensasarkan dua matlamat utama dalam penulisan khususnya sastera, iaitu:

    1. Dakwah
    2. Pendapatan

    Jadi, jika jenama yang cuba saya wujudkan berdasarkan alamat blog saya adalah kalamkhalifah.blogspot (dalam proses kepada kalamkhalifah.com) dengan tagline:

    KALAMKHALIFAH.COM – Sastera Sebagai Seni Dakwah

  2. Abell Jefrry
    March 18, 2011

    slogan untuk syarikat saya, Flopdomain Solution ialah,

    ‘you flip, we handle the flop.”

    bermaksud, “anda lakukan urusniaga anda, kami akan uruskan kesilapan anda”

    salah satu khidmat kami ialah konsultan dalam designing dan marketing.

    1. Untuk memantapkan lagi kefahaman sahabat-sahabat tentang slogan dan tagline, boleh rujuk kepada artikel saya yang terdahulu bertajuk ‘Mengapa Slogan McDonald Berkuasa?’. Artikel tersebut memberi 4 ciri-ciri slogan yang berkuasa.

  3. Nantikan artikel saya edisi awal April betajuk ‘3 Ayat Berkuasa Meruntuhkan Halangan Mental Prospek’. Sangat berguna dalam sesi pertemuan jualan.

Pendapat anda?