7 Tip Berhujah Dengan Pelanggan

December 10, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Komunikasi / Pemasaran

Dalam melakukan jualan kadang-kadang terjadi dan berlaku bangkangan jualan dari prospek yang ditemui. Mengendalikan secara baik dan berhemah amat dituntut dalam situasi sebegini. Jangan dibiarkan berlarutan.

Sememangnya kalau sesuatu perkara yang kita perkatakan itu betul dan benar tidak salah untuk kita berhujah semula dengan prospek yang ditemui. Tetapkan pendirian, agar kita tidak mudah luntur, goyang, dan merasa ragu-ragu akan apa yang telah diperkatakan untuk dipertahankan.

Pertahankan kebenaran dan pendirian kita secara berhemah, sopan dan lembut. Elakkan terlalu terikut hati yang sedang marah. Artikel ini ditulis untuk berkongsi tip-tip ketika kita berhujah.

1. Sentiasa tenang

Tip sebelum berhujah - tenang

Sentiasa berkeadaan tenang dan relaks. Disertakan sekali dengan nada suara yang intonasinya rendah memaklumkan dengan sebaik yang mungkin memikirkan tiada siapa yang hatinya boleh disakiti dengan menjaga ego mereka sebaik yang mungkin.

2. Jangan menghina atau merendah-rendahkan

Tolong jangan menghina atau merendah-rendahkan apa juga pendapat dan kenyataan yang kita terima dari mereka. Lagipun dalam Islam bukannya boleh senang-senang nak hina dan hentam orang sesuka hati kita. Sememangnya tidak dibenarkan sama sekali.

3. Bersedia menjadi pendengar yang baik

Pastikan apabila mahu berhujah kedua-dua telinga kita sudah bersedia untuk mendengarnya, berbanding bersedia untuk cakap sahaja. Peruntukkan masa fokus untuk mendengarnya.

Tip sebelum berhujah - pendengar yang baik

 

Jangan terlalu ghairah nak berhujah tanpa terlebih dahulu memberi peluang kepada prospek untuk berkata-kata.

4. Hujah yang munasabah dan logik

Hujah yang diberikan perlu munasabah dan ada logiknya. Elakkan berhujah dengan hati yang marah dan menggunakan ayat ‘lepas’.

Jangan sama sekali berhujah mengikut panas di hati, atau sesedap mulut sahaja diperkatakan. Berfikir dahulu sebelum sebarang hujah boleh diberikan. Ambil jalan selamat dari membahayakan diri kita semula.

5. Hujah tidak meleret

Apa yang diperkatakan pastikan tidak panjang berjela hujahnya. Berikan yang ringkas dan jelas tapi padat supaya seseorang dapat menerimanya dengan baik.

Kalau betul sekalipun tapi mereka yang mendengarnya terlalu panjang berjela, dikhuatiri nanti boleh menyebabkan ketidakpuasan hati. Bertimbang rasa dan berikan dengan sebaik yang mungkin.

6. Jaga masa

Jaga masa. Jangan terlalu lama mengambil masa dalam mengemukakan hujah. Pastikan ada hadnya agar tidak berlarutan. Elakkan jadi pertengkaran apatah lagi pergaduhan. Kawal suasana dengan sebaik yang mungkin kerana setiap manusia itu ada had kesabarannya.

Tip sebelum berhujah

Berhujahlah dengan bijaksana dan teratur tanpa perlu meninggi suara dan pertahankan ego kita. Penting bagi tiap jurujual mempunyai kesabaran yang banyak bagi memastikan setiap apa yang kita tawarkan di akhir pertemuan nanti berjaya mendapatkan persetujuan daripada mereka. Elakkan jualan yang berjaya dijual namun dengan cara yang pelanggan tidak berpuas hati atau berdendam dengan kita.


Tags: , ,

Komen (2)

  1. Assalamualaikum tuan Rosli,

    Saya setuju dengan perkongsian tuan tentang berhujah di atas. Dalam konteks sebagai usahawan, berhujah dengan pelanggan.

    Saya nak kongsi sedikit bagaimana Rasulullah berhujah ketika beliau menghadapi musyrikin Makkah. kita boleh ambil cara ini dan aplikasikan dalam konteks kita sebagai Usahawan.

    Satu kaedah yang Rasulullah gunakan ialah, benarkan musyrikin Makkah menyampaikan hujah mereka terlebih dahulu sehinggalah mereka tiada apa lagi yang hendak dicakapkan.

    Kemudian, selepas itu barulah Rasulullah membacakan ayat Quran sebagai jawapan terhadap hujah yang dikeluarkan oleh musyrikin Makkah.

    Jadi dalam konteks kita sebagai usahawan pula, biarkan pelanggan menyampaikan hingga habis apa yang hendak diperkatakan, kemudian barulah kita memberikan pula hujah kita.

    Inshaa Allah, kalau hujah-hujah yang kita berikan benar-benar kukuh, pelanggan akan hormat pada kita dan secara tidak langsung kredibiliti kita akan semakin bertambah di mata bakal pelanggan kita.

Pendapat anda?