8 Google Apps Yang Ramai Orang Tidak Tahu Tetapi Sangat Berguna Untuk Para Usahawan

April 12, 2017 — Penulis:

Kategori: Aplikasi & Perisian / Artikel Pilihan / Online / Teknologi

Apabila bercakap mengenai Google, rata-rata pernah guna Gmail, Gdrive dan Google Maps. Memang aplikasi ‘software’ ini sangat berguna untuk ramai orang dan pemiliknya telah mengaut keuntungan berjuta-juta kerana aplikasi yang ditawarkan sangat bermanfaat kepada orang ramai.

Tetapi, tahukah anda yang Google sebenarnya menawarkan banyak ‘apps’ lain yang sangat berguna untuk kita terutamanya usahawan. Berikut adalah senarai aplikasi yang boleh digunakan untuk para usahawan semua tidak kira waktu dan masa, yang anda perlukan adalah sambungan internet.

#Translate

Selalunya kita guna Google Translate untuk terjemahkan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan sebaliknya. Apa yang kita tidak tahu adalah, Google menawarkan aplikasi Google Translate khususnya untuk pelancong. Anda tidak perlu copy dan paste text untuk lihat terjemahannya.

Apa yang anda perlu buat adalah halakan kamera anda kearah perkataan atau teks tersebut dan aplikasi tersebut secara automatiknya akan menterjemahkannya ke bahasa pilihan anda.  Tidak kiralah dimana anda berada, untuk urusan trip bisnes misalnya, anda tidak perlu runsing untuk berkomunikasi dengan orang luar. Bagus bukan?

#Gmailify

Aplikasi ini membenarkan anda menggabungkan semua emel-emel anda  tidak kiralah sama ada Gmail, Yahoo, Outlook.com dan sebagainya. Lazimnya, seorang usahawan mempunyai lebih daripada satu emel seperti emel peribadi dan emel kerja.

Tidak kiralah berapa akaun emel pun yang anda ada, penggunaan Gmailify akan membantu anda menguruskan emel anda dalam satu akaun. Jadi anda tidak perlu pening kepala atau risau kalau terlepas pandang emel yang penting. Semuanya akan diurus dengan baik dan sistematik.

 

#Google Scholar

Selalunya, kalau nak buat carian, kita hanya pergi ke portal Google, taip dan klik pada pencarian. Memang lazimnya itu adalah cara terpantas untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Tetapi, maklumat pencarian mungkin terlalu banyak dan tidak menepati ciri yang anda mahukan.

Contohnya, jika mahukan maklumat yang lebih kepada tujuan akademik dan bersifat berat seperti kajian, cara yang terbaik adalah anda guna Google Scholar. Perisian ini adalah spesifik kepada carian akademik contohnya jika anda ingin mengetahui cara terbaik untuk mengiklankan produk di Malaysia berdasarkan kajian dan tinjauan dengan orang ramai, maka anda harus guna pakai aplikasi ini.

Mungkin anda akan mendapat idea yang tidak disangka-sangka berdasarkan pandangan subjek kajian atau komuniti.

 

# Google Keep

Merupakan aplikasi yang sangat menarik yang mana anda tidak perlu lagi untuk membawa diari atau jurnal harian anda kemana-mana. Aplikasi ini berfungsi untuk anda mencatatkan perkara penting dan mengingatkan anda pada agenda anda setiap hari.

Apa yang menarik adalah anda dapat membuat nota yang berwarna-warni dan menarik untuk dijadikan rujukan.

#Google Sky

 

Anda suka melihat bintang? Ataupun melihat ruang angkasa yang indah pada waktu malam? Bagi anda yang mempunyai hobi untuk menatap keindahan cakerawala pada waktu malam, tidak perlu berhabis ribuan ringgit untuk membeli teleskop.

Apa yang anda perlu adalah gunakan Google Sky pada telefon anda yang akan berfungsi sebagai teleskop. Anda juga boleh belajar banyak perkara baru mengenai galaksi menerusi aplikasi ini.

 

#Google Fonts

Selalunya apabila menaip, kita akan pilih secara manual jenis ‘font’ yang kita mahukan yang telah disediakan. Akan tetapi, dengan Google Font, anda dapat mencari jenis font yang sesuai dengan projek anda. Pelbagai pilihan ‘font’ tersedia untuk anda pilih.

Ini adalah perisian yang terbaik untuk seorang usahawan, misalnya untuk membantu anda bagi menyediakan pembentangan, kertas kerja, dan untuk tujuan pengiklanan.

#Google Trends

Mungkin ada antara kita yang sudah mengetahui aplikasi ini.  Dengan menggunakan aplikasi ini anda dapat melihat trend carian terkini yang popular dalam masyarakat global. Anda dapat membuat analisa pasaran dengan lebih baik dengan mengetahui perkara atau prouk yang menjadi fenomena semasa.

 #Build With Chrome

Siapa suka main LEGO? Berita baik untuk anda dan terutamanya anak anda, aplikasi ini membolehkan kita bermain permainan LEGO secara maya. Jadi, sekiranya kita ada urusan bisnes diluar dan perlu membawa anak-anak bersama, maka untuk mengelakkkan mereka berasa bosan dan menganggu urusan anda, bolehlah menggunakan aplikasi ini untuk menarik perhatian mereka.

Selain daripada membiarkan mereka bermain ‘game’ yang tiada pemantauan ataupun akses kepada video yang tiada batasan, aplikasi ini adalah yang terbaik bagi mereka untuk melatih daya kreativiti sedari kecil. Ibu dan ayah kalau hendak turut serta pun boleh juga.


Tags: ,

Pendapat anda?