8 Tip Kepimpinan Jose Mourinho (Bahagian 2)

June 07, 2011 — Penulis:

Kategori: Kepimpinan

Entri ini adalah kesinambungan daripada tip kepimpinan Jose Mourinho, yang ditulis oleh Tuan Mazlan Mohamad. Iaitu artikel yang memperjelaskan mengenai tip kepimpinan, dan implikasinya dalam dunia bisnes.Aufblasbare Zelte

Jose Mourinho ketika sesi media

Sebelum ini, Tuan Mazlan Mohamad telah menerangkan 4 tip-tip kepimpinan yang jelas dilihat dalam diri Jose Mourinho. Mari kita sama-sama mengetahui 3 lagi tip kepimpinan yang ingin beliau dedahkan Inflatable Pools.

#5 – Kuasa Perbincangan dan Bahasa

Mourinho menggunakan perbincangan dan bahasa yang difahami bersama untuk mewujudkan persefahaman di kalangan pasukannya, dalam mencapai matlamat yang telah beliau tetapkan.

Jose Mourinho ketika bersama Inter Milan

Mourinho dikatakan menguasai lebih dari 10 bahasa dan beliau sendiri mengaku mempelajari bahasa Itali selama lima jam sehari, apabila dipilih untuk menguruskan kelab bola sepak Inter Milan. Bahasa ini dipelajari selama beberapa bulan kerana mahu memastikan beliau dapat berkomunikasi secara berkesan dengan pemain, media dan para peminat.

Menerusi perbincangan dan bahasa juga beliau membina hubungan yang rapat dengan Sir Alex Ferguson, walaupun pasukan masing-masing bersaing di EPL suatu masa dahulu. Malah sebelum perlawanan akhir Juara Liga-liga yang lalu, Sir Alex sendiri mengakui beliau akan menghubungi Mourinho untuk mendapatkan tip bagi menghadapi lawan mereka.

#6 – Rundingan Berimpak Besar

Rundingan berimpak besar Mourinho melibatkan proses mempengaruhi dan memujuk pada masa yang sama.

Jose Mourinho sedang memberi kata semangat

Pada Mac 2007, dalam salah satu perlawanan Liga Juara-juara, pasukan Chelsea ketinggalan pada separuh masa pertama dan Mourinho kelihatan meradang beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Namun selepas waktu rehat, pasukan Chelsea keluar bermain dan memenangi perlawanan tersebut. Peristiwa ini kerap berlaku kepada pasukan di bawah bimbingan Mourinho.

Apa yang dikatakan oleh Mourinho kepada pasukannya di bilik persalinan pada waktu itu? Beliau tidak menjerit atau mengecam para pemainnya. Tetapi beliau mempengaruhi dan memujuk mereka untuk berubah.

Mourinho memberitahu mereka mempunyai 45 minit lagi untuk mengubah keadaan, dan membuatkan mereka berfikir dengan melontarkan soalan sama ada mereka takutkan keadaan itu atau mereka akan menikmati perlawanan tersebut.

Menurut pakar psikologi sukan terkemuka United Kingdom, Andy Barton, Mourinho sentiasa melihat untuk menukar perkara yang negatif menjadi positif. Beliau tidak bercakap mengenai kesilapan yang dilakukan oleh pemainnya.

Tetapi memfokuskan kepada perkara betul yang dilakukan mereka, dan kemudian memberitahu bagaimana mereka boleh mengubah permainan tersebut.

Seperkara lagi, Mourinho mempengaruhi setiap pemainnya untuk membina imej secara  mental tentang apa yang diperlukan untuk mereka menang. Malah, beliau akan memperuntukkan  masa yang banyak mempersiapkan para pemainnya dengan pendekatan berbeza untuk setiap perlawanan.

Begitu juga dalam menguruskan pemain-pemain ternama yang mempunyai ego yang besar, beliau menggunakan pendekatan mempengaruhi dan memujuk agar mereka mematuhi kaedah latihannya seperti pemain lain.

#7 – Menggabungkan Kekuatan

Mourinho pernah mengatakan, “Sekiranya Roman Abramovich (pemilik Chelsea) membantu saya dalam latihan pemain, kami akan menghuni tangga ke bawah liga. Dan jika saya bekerja dengannya di dalam bisnes, kami akan bankrap.”

Roman Abramovich, pemilik kelab Chelsea

Sebagai peminpin yang berkesan, Mourinho sedar tentang kemampuan dirinya yakni apa kekuatan dan kekurangan dirinya. Kerana itulah beliau melupakan cita-citanya untuk menjadi pemain bolasepak, dan menumpukan usaha untuk menjadi jurulatih.

Sebagai pengurus, beliau tahu kemampuan setiap ahli dalam pasukannya dan mengurus pasukannya berdasarkan kekuatan mereka yang berbeza antara satu sama lain agar setiap dari mereka melakukan yang terbaik.

Ini tidak terhad kepada pemain, malah juga ahli-ahli pasukan yang lain.  Mourinho membawa bersamanya pembantu-pembantu yang berkemahiran, ke setiap kelab bola sepak yang diuruskan olehnya.

Ini kerana beliau sedar pasukan yang hebat hanya dapat dibina dengan mendapatkan mereka yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang diperlukan untuk membantunya. Salah seorang daripadanya adalah Ruj Faria, jurulatih kecergasan.

Ketika Faria ditanya tentang rahsia  kejayaan Mourinho, beliau memberitahu perbezaaan antara Mourinho dan jurulatih-jurulatih hebat yang lain adalah melakukan setiap sesuatu itu dengan lebih baik, dan beliau bekerja lebih keras daripada orang lain.

Tambah Faria, Mourinho mengkaji dengan mendalam tentang gaya permainan pemainnya dan juga tentang  corak setiap perlawanan menentang lawannya.

Dengan menganalisa kekuatan dan kelemahan setiap pemain, Mourinho menggabungkannya untuk menghasilkan kekuatan pasukan dan meminimakan kelemahan setiap pemain. Pemain-pemainnya juga sedar tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing, dan mereka saling melengkapi untuk membina kekuatan.

Mourinho begitu menekankan agar setiap pemain sedar tentang kekuatan masing-masing agar mereka boleh fokus terhadap kekuatan itu untuk kebaikan seluruh pasukannya.

Kesedaran yang ada pada setiap pemain inilah yang membezakan Mourinho dengan jurulatih-jurulatih hebat yang lain.

#8 – Mengurus Emosi

“Saya tidak suka bercakap mengenai pemain secara individu. Pemain sahaja tidak akan membantu memenangi kejuaraan, tetapi pasukan akan membantu memenangi permainan,”

Inilah antara kata-kata Mourinho setiap hari kepada pasukannya.

Mourinho tidak sekadar membina sebuah pasukan yang mantap.

 

Mourinho tidak sekadar membina sebuah pasukan yang mantap. Beliau turut melahirkan pemimpin di dalam setiap pasukan yang diurusnya. Ketika beliau mengurus Chealsea, hampir separuh dari pemainnya merupakan kapten pasukan bolasepak di negara masing-masing.

Untuk membina pasukan berprestasi tinggi,  Mourinho tahu dia perlu membentuk pemimpin-pemimpin dalam pasukannya agar kepimpinan wujud di setiap bahagian pasukan.  Bagi Mourinho, tidak guna menjadi gergasi yang hanya dikelilingi oleh orang-orang kerdil.

Justeru, beliau mengurus emosi pemain-pemainnya agar mereka sentiasa mempunyai tenaga, dan semangat yang tinggi untuk menjadi lebih baik. Beliau mendesak mereka untuk berusaha keras hingga tahap maksimum, untuk membolehkan mereka keluar dari zon selesa dan masuk ke zon keberanian.

Sebagai contonhnya, pada peringkat awal mengurus Chelsea, pasukan ini tidak mempunyai pemain bertaraf bintang dan Mourinho membentuk pemain-pemain tersebut menjadi bintang.

Contohnya John Terry dan Frank Lampard. Mereka adalah pemain yang  telah dibentuk menjadi pemain bertaraf dunia.

Dalam perkara ini  Murinho mengatakan,

“Anda bukan sahaja mesti bekerja keras tetapi juga bekerja dengan bagus. Anda perlu mewujudkan kepimpinan yang bagus dengan pemain-pemain iaitu kepimpinan yang diterima mereka, bukannya kepimpinan yang dipaksakan atas faktor kuasa dan status.

Inilah antara lapan rahsia kejayaan kepimpinan Jose Mourinho sebagai jurulatih yang hebat. Menurut Andy Barton lagi, “Seperkara tentang Mourinho ialah anda tidak akan tahu apa yang akan dia lakukan seterusnya, tetapi apa yang pastinya apa sahaja yang dilakukan adalah kerana dia tahu ianya memberi manfaat pada pasukannya.”

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (comic1105, victiusacheng709394jal5eva)


Tags: , , , ,

Komen (7)

  1. djmansor radiowebselangor
    June 8, 2011

    terima kasih, artikel yang mencetus minda berani berjuang penuh kesabaran.

  2. Gaya seorang pengurus dan pemimpin yang hebat..Ia memang patut dicontohi oleh sesiapa sahaja..sangat bermanfaat,, 🙂

  3. Mourinho menguasai lebih dari 10 bahasa. Ternyata menguasai bahasa boleh mempengaruhi anak didiknya dan perbincangan akan menjadi lebih mesra.

Pendapat anda?