9 Tip Daftar Cap Dagangan (Do & Don’ts)

June 25, 2012 — Penulis:

Kategori: Konvensional

Sepanjang saya mengendalikan proses permohonan cap dagangan, saya telah menemui pelbagai jenis dan versi cap dagangan yang dicipta oleh para usahawan kita.

Tip Daftar Cap Dagangan Malaysia

Ada cap dagangan yang baik untuk didaftarkan dan ada juga yang tidak sesuai untuk didaftarkan, kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Akta Cap Dagangan 1976.

Seksyen 10 & 14 Akta Cap Dagangan 1976 telah menggariskan beberapa panduan cap dagangan yang boleh dan tidak boleh didaftarkan.

Panduan ini perlu diikuti untuk memastikan permohonan cap dagangan mendapat kelulusan daripada pihak Pendaftar Cap Dagangan Malaysia.

Untuk memudahkan kefahaman usahawan sekalian, saya ringkaskan panduan ini kepada berikut:

Jenis Cap Dagangan yang Sesuai

#1 – Guna Nama Syarikat

Nama syarikat yang unik dan tidak mempunyai kaitan dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah cap dagangan yang baik untuk didaftarkan.

samsung

Sebagai contoh, cap dagangan Celcom, Maxis, Nestle dan Samsung adalah cap dagangan berdaftar yang diambil daripada nama syarikat.

Walaubagaimanapun, nama syarikat seperti Perusahaan Tekstil Sdn Bhd, Kedai Makan Enterprise dan  Klinik Telinga tidak sesuai untuk didaftarkan sebagai cap dagangan.

Kerana nama syarikat atau perniagaan tersebut mempunyai kaitan dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

#2 – Unik dan Kombinasi Multimedia

Cap dagangan yang mempunyai logo, imej, rajah atau bentuk adalah cap dagangan yang baik.

Cap-cap dagangan seperti Proton, Nestle, KFC dan LG ditampilkan dalam bentuk logo dan imej yang unik adalah contoh cap dagangan yang baik.

#3 – Perkataan Tidak Mempunyai Makna

Perkataan yang dicipta atau tidak mempunyai sebarang makna di dalam bahasa tempatan adalah cap dagangan yang baik.

Sebagai contoh, cap dagangan Adidas, Nike dan Nintendo adalah contoh perkataan yang dicipta, atau perkataan yang tidak mempunyai makna di dalam bahasa tempatan yang telah dijadikan sebagai cap dagangan.

#4 – Perkataan Tidak Merujuk Kepada Produk

Cap dagangan yang menggunakan perkataan sedia ada yang tidak merujuk kepada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, adalah cap dagangan yang baik.

Cap Dagangan Apple untuk komputer, Citizen untuk Jam, Windows untuk perisian dan Puma untuk pakaian adalah contoh cap dagangan yang baik.

Ia menggunakan perkataan sedia ada tetapi tidak menggambarkan atau merujuk produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Jenis Cap Dagangan yang Tidak Sesuai

#1 – Perkataan Merujuk Produk

Cap-cap dagangan seperti:

  • Apple untuk buah epal,
  • Ayam sedap untuk produk ayam,
  • Mi halus untuk mi,
  • Kerepek rangup untuk kerepek,
  • Kedai makan nasi campur untuk kedai makan,
  • Perkhidmatan dobi untuk kedai dobi.

Kesemua jenis yang disebutkan di atas adalah cap dagangan yang tidak baik dan tidak boleh didaftarkan.

#2 – Menggunakan Nama Tempat Di Malaysia

Elakkan daripada menggunakan nama-nama tempat seperti Bangi, Kajang, Gemas, Seremban dan Ipoh sebagai cap dagangan kerana ia tidak sesuai untuk didaftarkan.

eye on malaysia

Namun, nama-nama tempat luar Malaysia yang tidak mempunyai sebarang kepentingan atau tidak wujud di Malaysia boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran.

#3 – Mempunyai Simbol atau Perkataan Berikut:

  • Perkataan ‘Patent’, ‘Patented’, ‘By Royal Letters Patent’, ‘Registered’, ‘Registered Design’ and ‘Copyright’.
  • Perkataan ‘To counterfeit this is forgery’, ‘Registered Trade Mark’, ‘Registered Service Mark’ atau perkataan yang sama di dalam sebarang bahasa.
  • Perkataan ‘Bunga Raya’ dan imej bunga raya.
  • Perkataan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Negeri.
  • Representasi atau imej istana atau sebarang bangunan milik kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.
  • Perkataan dan logo ‘ASEAN’.
  • Perkataan ‘Red Crescent’ atau ‘Geneva Cross’ dan representasi Red Crescent, the Geneva Cross dan sebarang imej palang bewarna merah, atau representasi Swiss Federal Cross di dalam warna putih atau perak pada latar merah.

#4 – Wujud Elemen Ancaman

Cap-cap dagangan yang memaparkan perkataan atau imej lucah, perkataan kesat, dan simbol-simbol yang boleh menggugat keselamatan negara adalah contoh cap dagangan yang tidak boleh didaftarkan.

#5 – Ada Lambang atau Jata Tentera Diraja

Panduan di atas adalah panduan asas berdasarkan Akta Cap Dagangan 1976 dan pengalaman saya sepanjang mengendalikan proses permohonan cap dagangan.

Untuk maklumat lanjut, para usahawan sekalian boleh menghubungi saya atau mendapatkan konsultasi ejen cap dagangan berdekatan.

Semoga perkongsian di atas membantu usahawan mencipta cap dagangan yang baik untuk dijadikan sebagai jenama produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

Kredit: China Daily, Soya Cincau


Tags: , , , , , ,

Komen (15)

  1. ‘Sup bro, yang #3 tu x bpe paham la pulak. memang kena ade salah satu dari list tu ke? boleh bagi contoh tak

  2. Sangat informatif . Walaupun saya tak ada business, maklumat berguna untuk panduan sume bakal usahawan.

  3. muhammad taufik
    November 17, 2014

    tuan. saya mempunyai satu idea reka cipta yang telah membolehkan saya memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan di sekolah berasrama penuh MRSM beberapatahun lalu. tuan, saya ingin bertanya. dimana untuk saya mendaftar produk saya itu supaya tidak di ciplak oleh orang lain. dan procedurnya. mohon jasa baik tuan untuk beri sedikit pendapat.

  4. Sy baru mendaftar di ssm.
    Sy bercadang utk mmbuat cop dagangan bg perniagaan sy.
    Bisness online: jam,pakaian,aksesori,gadget,handpone,

    Mohon pendapt encik..

    0126050520

  5. Assalammualaikum,

    Saya mempunyai kedai makan secara kecil-kecilan. Namun begitu, saya membuat penghantaran nasi lemak seringgit pada kedai-kedai. Persoalan saya, perlukah saya melogokan produk nasi lemak saya?? (saya tahu, perniagaan saya hanya kecil-kecilan). Tapi saya masih ada kesedaran, lambat laun mesti ada pihak lain akan meniru sekaligus mendartar logo tersebut. Saya tahu kos dan proses penghantaran mahal. Maaf, terima kasih.

Pendapat anda?